Sinopsis Drama Jangan Benci Cintaku Slot Akasia TV3
Drama Jangan Benci Cintaku sudah mula disiarkan di Slot Akasia bermula 29 Jun yang lalu bagi menggantikan Drama Halalkan Hati Yang Ku Curi yang telah tamat episodnya. Antara Pelakon Drama Jangan Benci Cintaku ini adalah Saharul Ridzwan, Zahirah Macwilson, Niena Baharun, Luqman Hafidz, Izzue Islam, Amelia Henderson, Daler Yusuf, Dilla Ahmad, Esma Dainal, Azizah Mahzan, Azhar Amir, Catriona Ross dan ramai lagi. Drama 28 episod ini adalah adaptasi daripada Novel Jangan Benci Cintaku karya novelis Emy Roberto. Manakala pengarah drama Jangan Benci Cintaku ini adalah Pali Yahya dan diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading. Aku suka dengan semua barisan pelakon drama ini, semuanya best - best, jalan cerita pun okey juga. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah okey..
Sinopsis Drama Jangan Benci Cintaku Slot Akasia TV3
Perkahwinan Rafeeqa (Zahirah Macwilson) dan Shahrizal (Saharul Ridzwan) adalah aturan keluarga ketika usia Rafeeqa masih muda. Dia yang tak bersedia dengan komitmen menganggap perkahwinan itu sebagai bebanan. Lantas, Rafeeqa tidak teragak untuk melanjutkan pelajaran ke Sunderland tanpa menghiraukan perasaan suami yang mencintainya. Lima tahun kemudian, Rafeeqa kembali ke Malaysia dan menyedari dia mula merindui suaminya dan bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri yang sepatutnya. Namun, Shahrizal sudah mempunyai kekasih hati iaitu Husna (Niena Baharun) dan Rafeeqa berjanji pada diri akan merebut cinta suaminya semula. Namun tidak semudah itu, dengan kemunculan Husna di antara dirinya dan Shahrizal, Nek Pah (Azizah Mahzan) yang tak pernah mengiktiraf kedudukannya sebagai cucu menantu dan juga Irwan (Daler Yusuf) yang tak habis-habis menempel untuk mendekatinya, semuanya menguji kesabaran. Apa yang berlaku seterusnya? dapatkah dirinya merebut cinta suaminya semula? atau adakah semuanya sudah terlambat buat Rafeeqa?.
Lagu Tema / OST Jangan Benci Cintaku
Selamat pagi sis.
BalasPadamsakit hati tgk isteri mcm tu.. kebudakan tu ok lagi.. tp bab dia keluar dgn lelaki lain tanpa izin dan pengetahuan suami tu yg menyakitkan hati. hehe
BalasPadamMama singgah blog walking, apa khabar hari ni sis mula. Apa yang kita lihat, baca dan dengar setiap hari akan mencorakkan hidup kita
BalasPadamSelamat pagi Ibu ucapkan
BalasPadamMenyampah dgn perampas suami org
BalasPadamApa kesudahannyaa ... huhu tak sabar nak tengok habis . Tp selalu tak sempat sebab kerja :'(
BalasPadamBetina perampas ðŸ˜
BalasPadam