-->

26 Jul 2018

Percutian Di Bali Indonesia

Tanah Lot, Bali, Indonesia, Holiday, Holiday In Bali, Cuti - Cuti Di Bali, Bercuti Di Bali Indonesia, Traveloka,
Percutian Di Bali Indonesia

Sebut je Bali, apa yang terbayang kat fikiran korang? Mesti macam-macam jawapan yang keluar kan. Salah satu perkataan yang boleh describe tempat ni ialah syurga. Yess, syurga! Mana taknya, Bali merupakan gerbang percutian yang sangat terkenal bukan saja di Indonesia, malahan di seluruh dunia. Berbagai tarikan menarik yang terdapat di sini seperti kawasan pantai dan lautam yang tenang dan cantik, kawasan penanaman padi yang indah, perkampungan nelayan penuh dengan ciri-ciri tradisional dan kuil-kuil Hindu, Buddha dan Cina yang masih lagi aktif dalam menjalankan amalan ritual mereka. Sebab tu, terdapat banyak jenis accommodation yang terdapat di sini, daripada resort bajet sampai la ke villa 5 bintang.

Dengan populasi penduduk seramai lebih kurang 4 juta orang, korang dapat merasakan hospitaliti dengan kelas dunia di sini. Dari Kuala Lumpur, korang akan touch down di airport yang terletak di Den Pasar, yang juga merupakan pusat bagi pulau ini. Walaupun ia merupakan hab bagi segala jenis system pengangkutan, Den Pasar bukanlah sebuah attraction di sini. Dari sini, korang boleh mengambil teksi untuk terus ke tempat penginapan. Antara kawasan yang menjadi tumpuan pengunjung untuk menginap di sini adalah di kawasan selatan pulau Bali iaitu Kuta, Sanur, Seminyak dan Tanah Lot. Pantai Seminyak sememangnya menjadi tumpuan kerana keindahannya yang boleh memberikan ketenangan selain terdapat tempat untuk membeli-belah manakala Kuta pula dikunjungi kerana terdapat pelbagai kedai-kedai yang menjual pelbagai jenis makanan dan tempat hiburan.  
Bali, Indonesia, Holiday, Holiday In Bali, Cuti - Cuti Di Bali, Bercuti Di Bali Indonesia, Traveloka, Dolphin Di Lovina Beach Bali Indonesia, Aktiviti Snorkeling, 2018, Percutian Di Indonesia,
Di kawasan utara Bali pula, korang berpeluang untuk menyaksikan dolphin di Lovina! Oleh sebab coral kat sini masih terpelihara, maka aktiviti utama di sini termasuk snokerling dan diving. Singaraja yang merupakan bandar colonial lama. Tempat ini dikenali dengan kepelbagaian etnik penduduknya. Terdapat sebuah kampong yang dipengaruhi oleh budaya Arab dan ia dikenali dengan nama Kampung Arab manakala terdapat juga tokong Cina yang terbesar di Bali. Singaraja juga merupakan pusat bagi institusi pengajian di pulau ini. Oleh itu, suasana di sini agak berbeza berbanding tempat-tempat lain di Bali.
Gunung Agung, Bali, Indonesia, Holiday, Holiday In Bali, Cuti - Cuti Di Bali, Bercuti Di Bali Indonesia, Traveloka, Percutian Di Bali Indonesia, 2018,
Bagi korang nak nak tengok gunung berapi yang masih aktif, korang bolehlah melawat ke kawasan di bahagian timur Bali iaitu di Gunung Agung. Gunung ini merupakan yang tertinggi di Bali dan gunung berapi yang ketiga tertinggi di seluruh Indonesia. Untuk mendaki gunung ni, korang bolehlah ambil pakej day trip beserta dengan guide dan waktu yang paling sesuai untuk mendaki adalah sekitar bulan April hingga Oktober. Route gunung ni dikategorikan antara yang tersusah, jadi adalah amat penting untuk korang pastikan kesihatan fizikal dan better cari guide yang boleh memenuhi keperluan korang.
Ubud, Bali, Indonesia, Holiday, Holiday In Bali, Cuti - Cuti Di Bali, Bercuti Di Bali Indonesia, Traveloka, Percutian Di Bali Indonesia, 2018, Tegallalang Rice Terraces, Padi,
Di kawasan tengah Bali, iaitu di Ubud, korang berpeluang untuk menikmati kehidupan kampung yang mengusahakan tanaman padi. Oh, untuk melihat dengan lebih dekat tanaman padi bukit yang terdapat di sini, korang boleh juga sewa basikal. Korang bolehla explore teres-teres sawah dan kampong-kampung petani yang terdapat di sini. Lagi mudah macam ni, nak berenti kat mana pun boleh, suka hati korang je. Hihihi. Kawasan ini juga telah melalui fasa permodenan dan dikomersialkan secara besar-besaran. Namun begitu, korang masih berpeluang untuk melihat sisa tinggalan kuil-kuil lama, muzium dan galeri yang memaparkan sejarah jatuh bangun kerajaan yang membuka pulau Bali ni. Korang pasti akan rasa kagum dengan seni bina dan kekayaan adat serta ritual penduduk setempat di sini.

Actually, banyak lagi tempat-tempat best kat sini. Aku rasa kalau nak cerita satu-satu, sampai esok pun tak habis. The best to get to know a place is to explore it yourself. Jangan risau pasal tiket flight dan tempat penginapan. Korang book je kat Traveloka dan terus fly from Kuala Lumpur to Bali dengan mudah! Dengan pilihan yang pelbagai dan sangat mudah untuk dikendalikan, terdapat banyak promo yang ditawarkan. Save masa dan duit, hihi. So amacam, nak pegi Bali tak? Haa jangan buang masa. Cepat pegi book sekarang. Lambat-lambat nanti melepas. Jumpa lagi dalam next post. Take care korang!
Gambar - gambar di atas credit pada ownernyer
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017