-->
Memaparkan catatan dengan label Traveloka. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Traveloka. Papar semua catatan

30 Jan 2019

Jom ke Lotte World dengan Traveloka Malaysia Lah!

Lotte World, Theme Park Lotte World, Taman Tema Lotte World, Kompleks Rekreasi Lotte World, Lotte World Seoul South Korea, Lotte World 2019, Traveloka, Traveloka Malaysia, Magic Island,
Jom ke Lotte World dengan Traveloka Malaysia Lah!

Hello uollssss. Haaa cuba baca tajuk tu. Jom ke Lotte World? Weh apa dia Lotte World tu? Tak kan tak tahu kot apa tu Lotte World. Rata-rata dari korang mesti pernah makan coklat peppero tu kan? Haaaa company dia Lotte lah. Sama la macam Lotte World ni. Lotte World ni taman tema tempat main-main bersuka ria. Korang yang dah berumur ni tapi dalam masih muda gitu, haaaa memang sesuai sangat untuk korang Lotte World ni. Sebelum apa-apa, korang mesti lah ambil tahu sikit. Apa sebenarnya Lotte World ni. Tak kan lah korang nak pergi terus serbu tanpa ambil tahu serba sedikit. Tak ke korang nak tahu apa ada dalam tu. Okay macam ni lah. Lotte World ni adalah salah satu kompleks rekreasi yang paling utama dekat Seoul, Korea Selatan ni tau. Haaa. So maknanya apa? Lotte World ni antara paling femes laaa senang cite.
Lotte World, Theme Park Lotte World, Taman Tema Lotte World, Kompleks Rekreasi Lotte World, Lotte World Seoul South Korea, Lotte World 2019, Traveloka, Traveloka Malaysia, Magic Island,
Bukan tu je tau, dia punya taman tema dalamannya adalah yang terbesar kat duniaaaa. Seriously daebak! Ada lagi…Dorang bukan ada taman tema dalaman je. Tapi, dorang ada taman hiburan luar juga yang dipanggil sebagai “Magic Island”. Kenapa dia panggil magic? Sebabnya dorang ada buat satu pulau buatan atau tiruan dekat tasik yang ada kat situ. Dekat pulau tu siap ada monorel, pusat membeli-belah, hotel mewah, muzium rakyat Korea, kemudahan sukan dan teater weh. Pulau tu walaupun buatan tapi macam-macam ada weh. Fuhh..Korang tau bila Lotte World ni dibuka? Mesti tak tahu kan. Lotte World ni first buka pada 12 Julai 1989. Haaa lama tak? Korang dah lahir belum time tu. Purata setiap tahun orang yang melawat Lotte World ni adalah 7.3 juta. Ramai gila yang datang sini. Silap-silap korang salah sorang yang pernah datang sini kan?.
Lotte World, Theme Park Lotte World, Taman Tema Lotte World, Kompleks Rekreasi Lotte World, Lotte World Seoul South Korea, Lotte World 2019, Traveloka, Traveloka Malaysia, Magic Island,
Nak tahu lagi pasal Lotte World ni tak? Okay baca ni. Lotte World ni terletak dekat Sincheon-dong, Songpa-gu, Seoul, South Korea. Haaaa nampak tak alamat tu. Dah bagitahu, jangan tetibe memandai korang pergi tempat lain pulak. Tetiba sampai salah taman tema kang. Bukan ada Lotte World je tau dalam Seoul ni. Lotte World ni terbahagi kepada dua section wey. Macam dah cakap tadi, first indoor theme park kan. Kedua “Magic Island” tadi. Paling bestnya, Lotte World ni beroperasi 365 hari tanpa tutup weyh. Haaa. Tak de sebab korang tak pergi taman tema ni. Setiap hari bukak, tak kira hari cuti ke tak. Dorang tak bercuti. Jangan risau. Mesti korang nak tau harga kan? Kebiasannya harga Lotte World ni utk 1-day pass adalah 50,000KRW atau pun anggaran RM 203.25. Haaa itu la harga dia. Walau pun sampai RM 200. Tapi sangat berbaloi.
Lotte World, Theme Park Lotte World, Taman Tema Lotte World, Kompleks Rekreasi Lotte World, Lotte World Seoul South Korea, Lotte World 2019, Traveloka, Traveloka Malaysia, Magic Island,
Tak percaya? Sila cuba. Korang nak tau satu rahsia? Ada cara untuk dapatkan tiket Lotte World ni dengan murah. Korang nak tau apa dia? Haa.. nak dapat murah, tak kira apa benda macam hotel mahupun tiket Lotte World ni. Korang mesti lah kena book dengan Traveloka Malaysia! Sebab apa korang kena booking dengan Traveloka Malaysia? Sebab dorang lah yang bermurah hati untuk buat jualan Lotte World cheap promos. Tahu berapa harga selepas diskaun? Kalau korang beli dengan Traveloka Malaysia, korang hanya perlu bayae RM 118.25 je weh. Tak percaya? Plsss percaya. Korang dapat jimat almost RM 100 wey. Jimat sangat-sangat. Dah boleh jimat macam ni. Kenapa nak kena beli yang mahal-mahal. Haaa jangan kata Traveloka Malaysia tak payung. Ini dorang dah bagi diskaun kaw kaw punya mehhh. Apa lagi yang korang kena tunggu? Jom lah booking tiket Lotte World dengan Traveloka Malaysia! Book semua tiket untuk anak, bini, mak, ayah dan lelain lagi. Murah sangat-sangat. Mana lagi korang nak dapat harga macam ni. Dah sekali tu, book la hotel juga dengan Traveloka Malaysia.
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

26 Jul 2018

Percutian Di Bali Indonesia

Tanah Lot, Bali, Indonesia, Holiday, Holiday In Bali, Cuti - Cuti Di Bali, Bercuti Di Bali Indonesia, Traveloka,
Percutian Di Bali Indonesia

Sebut je Bali, apa yang terbayang kat fikiran korang? Mesti macam-macam jawapan yang keluar kan. Salah satu perkataan yang boleh describe tempat ni ialah syurga. Yess, syurga! Mana taknya, Bali merupakan gerbang percutian yang sangat terkenal bukan saja di Indonesia, malahan di seluruh dunia. Berbagai tarikan menarik yang terdapat di sini seperti kawasan pantai dan lautam yang tenang dan cantik, kawasan penanaman padi yang indah, perkampungan nelayan penuh dengan ciri-ciri tradisional dan kuil-kuil Hindu, Buddha dan Cina yang masih lagi aktif dalam menjalankan amalan ritual mereka. Sebab tu, terdapat banyak jenis accommodation yang terdapat di sini, daripada resort bajet sampai la ke villa 5 bintang.

Dengan populasi penduduk seramai lebih kurang 4 juta orang, korang dapat merasakan hospitaliti dengan kelas dunia di sini. Dari Kuala Lumpur, korang akan touch down di airport yang terletak di Den Pasar, yang juga merupakan pusat bagi pulau ini. Walaupun ia merupakan hab bagi segala jenis system pengangkutan, Den Pasar bukanlah sebuah attraction di sini. Dari sini, korang boleh mengambil teksi untuk terus ke tempat penginapan. Antara kawasan yang menjadi tumpuan pengunjung untuk menginap di sini adalah di kawasan selatan pulau Bali iaitu Kuta, Sanur, Seminyak dan Tanah Lot. Pantai Seminyak sememangnya menjadi tumpuan kerana keindahannya yang boleh memberikan ketenangan selain terdapat tempat untuk membeli-belah manakala Kuta pula dikunjungi kerana terdapat pelbagai kedai-kedai yang menjual pelbagai jenis makanan dan tempat hiburan.  
Bali, Indonesia, Holiday, Holiday In Bali, Cuti - Cuti Di Bali, Bercuti Di Bali Indonesia, Traveloka, Dolphin Di Lovina Beach Bali Indonesia, Aktiviti Snorkeling, 2018, Percutian Di Indonesia,
Di kawasan utara Bali pula, korang berpeluang untuk menyaksikan dolphin di Lovina! Oleh sebab coral kat sini masih terpelihara, maka aktiviti utama di sini termasuk snokerling dan diving. Singaraja yang merupakan bandar colonial lama. Tempat ini dikenali dengan kepelbagaian etnik penduduknya. Terdapat sebuah kampong yang dipengaruhi oleh budaya Arab dan ia dikenali dengan nama Kampung Arab manakala terdapat juga tokong Cina yang terbesar di Bali. Singaraja juga merupakan pusat bagi institusi pengajian di pulau ini. Oleh itu, suasana di sini agak berbeza berbanding tempat-tempat lain di Bali.
Gunung Agung, Bali, Indonesia, Holiday, Holiday In Bali, Cuti - Cuti Di Bali, Bercuti Di Bali Indonesia, Traveloka, Percutian Di Bali Indonesia, 2018,
Bagi korang nak nak tengok gunung berapi yang masih aktif, korang bolehlah melawat ke kawasan di bahagian timur Bali iaitu di Gunung Agung. Gunung ini merupakan yang tertinggi di Bali dan gunung berapi yang ketiga tertinggi di seluruh Indonesia. Untuk mendaki gunung ni, korang bolehlah ambil pakej day trip beserta dengan guide dan waktu yang paling sesuai untuk mendaki adalah sekitar bulan April hingga Oktober. Route gunung ni dikategorikan antara yang tersusah, jadi adalah amat penting untuk korang pastikan kesihatan fizikal dan better cari guide yang boleh memenuhi keperluan korang.
Ubud, Bali, Indonesia, Holiday, Holiday In Bali, Cuti - Cuti Di Bali, Bercuti Di Bali Indonesia, Traveloka, Percutian Di Bali Indonesia, 2018, Tegallalang Rice Terraces, Padi,
Di kawasan tengah Bali, iaitu di Ubud, korang berpeluang untuk menikmati kehidupan kampung yang mengusahakan tanaman padi. Oh, untuk melihat dengan lebih dekat tanaman padi bukit yang terdapat di sini, korang boleh juga sewa basikal. Korang bolehla explore teres-teres sawah dan kampong-kampung petani yang terdapat di sini. Lagi mudah macam ni, nak berenti kat mana pun boleh, suka hati korang je. Hihihi. Kawasan ini juga telah melalui fasa permodenan dan dikomersialkan secara besar-besaran. Namun begitu, korang masih berpeluang untuk melihat sisa tinggalan kuil-kuil lama, muzium dan galeri yang memaparkan sejarah jatuh bangun kerajaan yang membuka pulau Bali ni. Korang pasti akan rasa kagum dengan seni bina dan kekayaan adat serta ritual penduduk setempat di sini.

Actually, banyak lagi tempat-tempat best kat sini. Aku rasa kalau nak cerita satu-satu, sampai esok pun tak habis. The best to get to know a place is to explore it yourself. Jangan risau pasal tiket flight dan tempat penginapan. Korang book je kat Traveloka dan terus fly from Kuala Lumpur to Bali dengan mudah! Dengan pilihan yang pelbagai dan sangat mudah untuk dikendalikan, terdapat banyak promo yang ditawarkan. Save masa dan duit, hihi. So amacam, nak pegi Bali tak? Haa jangan buang masa. Cepat pegi book sekarang. Lambat-lambat nanti melepas. Jumpa lagi dalam next post. Take care korang!
Gambar - gambar di atas credit pada ownernyer
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

4 Dis 2016

#MyTravelokaEscapade : Percutian Idamanku Di Pulau Langkawi

#MyTravelokaEscapade : Percutian Idaman Di Pulau Langkawi

Assalammualaikum..
Dalam dok fikir2 dan pilih tempat kat mana nak bercuti kalau Traveloka tunaikan impian aku ni, terdetik dihati nak pilih Langkawi. Yela nama je duduk Malaysia tapi belum berkesempatan menjejakkan kaki ke Pulau Langkawi yang sememangnya terkenal sebagai tempat tumpuan pelancong dan juga tempat percutian yang menarik. So kalau Traveloka tunaikan impian aku ni memang shopping sakanlah nanti sambil - sambil bercuti gitu. Bagi yang belum tahu Traveloka ni apa, ataupun mungkin korang dah pernah dengar tentang Traveloka ni, cuma tak ambil tahu jer, so meh sini ramai2 aku terangkan pasal Traveloka ni. Traveloka ni adalah satu website online yang memudahkan pengguna membuat pesanan untuk tempahan hotel dan tiket penerbangan. So lepas ni korang dah tak perlu nak buat pesanan ataupun tempahan hotel dan tiket penerbangan secara berasingan dah. Memang sangat senang dan mudah, sebab kita boleh lakukan kedua-duanya sekali. So kalau korang nak bercuti lepas ni atau nak ke mana-mana saja, jangan lupa menggunakan perkhidmatan Traveloka ni okey sebab ianya murah dan korang juga dapat berjimat, disamping tiada caj tersembunyi dimana apa yang korang lihat adalah apa yang korang bayar. Antara manfaat menggunakan Traveloka adalah seperti Transaksi dalam talian yang selamat, hasil carian yang paling meluas, TravelokaQuik - tempahan cara terpantas, khidmat pelanggan 24/7 (hubungi pada bila - bila masa saja) dan banyak lagi. Jadi kalau korang berminat untuk menggunakan perkhidmatan Traveloka ni bolehla ke sini ⏩⏩ http://www.traveloka.com.my/ dan juga menggunakan hashtag #MyTravelokaEscapade untuk memudahkan pencarian korang tu nanti.
Aku memilih Pulau Langkawi kerana kat situ ada banyak tempat - tempat menarik dan juga tempat bersejarah gitu. So sebagai bekas pelajar Jurusan Sejarah sememangnya Pulau Langkawi akan menjadi pilihan aku kerana di situ sangat banyak sejarahnya disamping mitos dan lagendanya yang tersendiri dan unik. Kalau tengok nama - nama tempat sekitar Langkawi tu pun unik - unik belaka kerana setiap nama tempat di sekitar Pulau Langkawi itu ada mitos dan kisahnya yang tersendiri. Kat bawah ni aku senaraikan sebab dan juga tempat - tempat menarik di Pulau Langkawi yang akan aku lawati sekiranya aku berpeluang untuk ke sana.

1) Pekan Kuah
Kat pekan Kuah ni lah terdapat Jeti, Feri, Dataran Lang dan yang paling best mestilah boleh shopping sebab ianya merupakan tempat membeli - belah bebas cukai dan bila dah bebas cukai mestilah barang - barang tu lebih murah dari biasa kan. Kat sini haruslah beli Coklat banyak - banyak kan hehe, Set Pinggan Mangkuk juga memang popular kat sini dan juga Minyak Gamat.
2) Pantai Cenang
Kalau bercuti kat Pulau Langkawi tu memang tak seronoklah kalau tak ke pantai yang cantik - cantik tu. Antara pantai yang terkenal dan sering dikunjungi ramai adalah pantai Cenang. So mestilah aku pun akan singgah kat pantai ni dan jalan - jalan kat tepi pantai gitu. Kat pantai Cenang ni gak terdapat banyak restoran dan Resort yang memudahkan pelancong untuk makan dan juga menginap. Selain pantainya yang terkenal, ada juga aktiviti water sport yang boleh dicuba gitu. Tapi rasanya aku tak berani lah kot nak cuba aktiviti water sport tu hehe, dapat jalan - jalan tepi pantai pun dah cukup bagi aku hehehe.
3) Island Hopping
Aku juga teringin nak melawat 3 pulau utama yang lain di Langkawi ni dengan menaiki Bot iaitu Pulau Dayang Bunting, Pulau Singa Besar dan Pulau Beras Basah. Bila dah sampai kat Pulau Dayang Bunting tu harus lah ke Tasik Dayang Bunting yang popular tu, bertambah menarik bila kita tahu mitos dan lagendanya yang tersendiri mengenai Tasik Dayang Bunting ni. 
4) Makam Mahsuri
Kat Pulau Langkawi ni memang tak sah kalau tak melawat Makam Mahsuri ni betul tak?. Lagipun dari sekolah lagi kita dah diajar tentang kisah lagenda Mahsuri ni, darah putih serta sumpahan Mahsuri. So mestilah aku tak kan lepaskan peluang untuk melihat sendiri Makam Mahsuri ni. Tambahan lagi aku memang penggemar cerita - cerita berkaitan sejarah ni semua.
5) Cable Car Langkawi
Teringin juga nak merasa naik kereta Kabel / Cable Car Langkawi ni, disamping dapat menikmati panorama dan pemandangan indah gitu. Sebelum ni asyik naik Cable Car Bukit Bendera yang ada kat Pulau Pinang ni jer, sekali sekala nak merasa gak naik Cable Car Langkawi pula.
6) SkyBridge
Pastu mestilah aku teringin nak berjalan - jalan kat SkyBridge ni yang merupakan jambatan melengkung yang menghubungkan 2 puncak bukit yang mana kat sini akan memudahkan pengunjung untuk berjalan dan melihat pemandangan secara 360 darjah dan SkyBridge ni juga antara jambatan melengkung terpanjang di dunia. Untuk ke SkyBridge ni, kena naik kereta kabel dulu, jadi bila dah sampai kat jambatan ni boleh berselfie, berwefie sepuas hati.
7) Telaga Air Hangat
Telaga Air Hangat adalah tempat yang best untuk dilawati, dikatakan Kolam Air Panas ni dapat merawat pelbagai jenis penyakit seperti penyakit kulit. Kat sini memang syok berendam di dalam kolam air panas ni sambil bersantai - santai gitu. Tempat ini juga mempunyai kisah lagendanya yang unik sekali.
8) Laman Padi
Kat Laman Padi ni, aku boleh merasai pengalaman dalam sawah padi yang betul disamping menikmati suasana kampung gitu. Maklumlah kat Penang ni susah dah nak jumpa padi, sawah mahupun kampung, semuanya bangunan tinggi- tinggi jer ada hehe. Sambil - sambil tu boleh gak ke Muzium Padi yang ada kat situ dan boleh juga belajar sikit tentang proses tradisi pemprosesan padi tu. Kat Laman Padi ni juga ada Seashells Restaurant yang terkenal dengan makan malam di tengah sawah gitu, istimewa betul kan..
9) Langkawi Wildlife Park
Dah nama pun bercuti kan, jadi haruslah ke sini yang merupakan Taman Hidupan Liar yang ala - ala mini zoo gitu. Disebabkan aku ni memang jenis yang sangat sukakan binatang, mestilah aku tak sabar untuk ke Bird Paradise yang mana kat sini terdapat pelbagai jenis spesies burung yang jinak yang boleh disentuh dan diberi makan. Woww best kan, seronok layann binatang - binatang comel dan jinak ni.
10) Air Terjun Telaga Tujuh
Di samping terkenal dengan mitosnya yang tersendiri, ianya juga adalah satu destinasi mandi air terjun yang menarik untuk aku lawati gitu. Dikatakan air terjun ini dinamakan telaga tujuh kerana di sepanjangnya terdapat kawasan tadahan kecil yang berbentuk seakan - akan telaga yang terbentuk secara semulajadi. Memang antara tempat menarik yang harus dilawati ni.

Tak sangka dah 10 tempat aku senaraikan hehehe, ikutkan ada banyak lagi tempat menarik yang ada kat Pulau Langkawi ni. Tapi cukuplah 10 tu, ni pun dah banyak sangat dah ni hehehe.
Kalau korang teringin nak bercuti di tempat pilihan masing - masing, apa kata korang join contest yang Traveloka buat ni, kot -kot ada rezeki ker kan, untung - untung boleh gi bercuti kan. Korang hanya perlu klik link ni ➔ https://blog.traveloka.com/en/online-contest/ untuk korang join contest yang dianjurkan oleh Traveloka ni. Jom ramai - ramai meriahkan kontest Traveloka ni, hadiah pun boleh tahan lumayan tu. Lastly terimalah pantun daripada aku untuk semua hehehe.

Berjalan - jalan ke rumah Mak Wan,
Berehat Sekejap diatas Titi
Langkawi Jadi Destinasi Pilihan,
Traveloka pula mestilah pilihan hati
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017