-->

27 Feb 2019

Review Drama Korea Mama Fairy And The Woodcutter

Mama Fairy And The Woodcutter, Tale Of Fairy, Korean Drama, Drama Korea, Drama Korea 2018, Korean Drama Mama Fairy And The Woodcutter, Drama Korea Mama Fairy And The Woodcutter, Sinopsis Drama Korea Mama Fairy And The Woodcutter, Bromance In Korean Drama Mama Fairy And The Woodcutter, Moon Chae Won Drama, Poster Drama Korea Mama Fairy And The Woodcutter, Cast, Pelakon Drama Korea Mama Fairy And The Woodcutter, Moon Chae Won, Yoon Hyun Min, Seo Ji Hoon, Jeon Soo Jin, Kang Mi Na, Ahn Young Mi, Ahn Kil Kang, Kim Min Kyu, Hwang Young Hee, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, My Opinion, My Feeling, Ulasan Drama Korea Mama Fairy And The Woodcutter,
Mama Fairy And The Woodcutter - Korean Drama Review

Seperti biasa hari ini aku nak buat review Korean Drama yang bertajuk Mama Fairy And The Woodcutter atau tajuk lainnya Tale Of Fairy. Antara pelakon drama Korea Mama Fairy and The Woodcutter ini adalah Moon Chae Won, Yoon Hyun Min, Seo Ji Hoon, Jeon Soo Jin, Kang Mi Na, Ahn Young Mi, Ahn Kil Kang, Kim Min Kyu, Hwang Young Hee dan ramai lagi. Drama Korea Mama Fairy and The Woodcutter ini mempunyai 16 episod dan disiarkan di channel TVN serta merupakan adaptasi daripada web comic. Pelakon Kang So Ra telah ditawarkan menjadi heroin drama ini iaitu sebagai Sun Ok Nam tapi terpaksa menarik diri, akhirnya watak Sun Ok Nam itu menjadi milik Moon Chae Won. Korean Drama Mama Fairy and The Woodcutter ini disiarkan pada 5 November 2018 dan tamat episodnya pada 25 Disember 2018 yang lalu. Selain itu drama ini disiarkan bagi menggantikan drama 100 Days My Prince dan kemudian akan digantikan dengan drama The Crowned Clown. Aku tertarik nak tengok drama ini sebab jalan ceritanya yang unik dan ceritanya juga berkisarkan cerita rakyat Korea. Selain itu drama ini juga banyak menggunakan CGI gitu, walaupun CGI yang digunakan ada yang tak best tapi okeylah juga. Jalan cerita drama ini memang tak masuk akal tapi biasalah dah nama pun genre fantasi kan.
Mama Fairy And The Woodcutter, Tale Of Fairy, Korean Drama, Drama Korea, Drama Korea 2018, Korean Drama Mama Fairy And The Woodcutter, Drama Korea Mama Fairy And The Woodcutter, Sinopsis Drama Korea Mama Fairy And The Woodcutter, Bromance In Korean Drama Mama Fairy And The Woodcutter, Moon Chae Won Drama, Poster Drama Korea Mama Fairy And The Woodcutter, Cast, Pelakon Drama Korea Mama Fairy And The Woodcutter, Moon Chae Won, Yoon Hyun Min, Seo Ji Hoon, Jeon Soo Jin, Kang Mi Na, Ahn Young Mi, Ahn Kil Kang, Kim Min Kyu, Hwang Young Hee, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, My Opinion, My Feeling, Ulasan Drama Korea Mama Fairy And The Woodcutter, Mama Fairy And The Woodcutter GIF,
Paling best bila penonton kena berteka - teki siapa suami sebenar Sun Ok Nam yang dilahirkan semula tu. Sampai wujud 2 team gitu team Prof Jung Yi Hyun lakonan Yoon Hyun Min atau team Kim Geum lakonan Seo Ji Hoon. Bagi aku pula, aku suka kalau Sun Ok Nam (Moon Chae Won) dengan Prof Jung Yi Hyun (Yoon Hyun Min) sebab nampak diorang sepadan gitu berbanding Sun Ok Nam dengan Kim Geum, sebab pelakon Seo Ji Hoon yang memegang watak Kim Geum itu nampak terlalu muda untuk menjadi pasangan Moon Chae Won. Nampak diorang berdua lebih sesuai jadi adik - beradik berbanding kekasih. Apa pun nanti memang ada cinta tiga segi sikitlah hahaha, walaubagaimanapun watak Kim Geum tu memang sangat adorable dan terlalu baik, plus bromance antara Kim Geum dan Prof Jung Yi Hyun juga sangat comel. Walaupun diorang mencintai gadis yang sama, tapi hubungan persahabatan diorang masih kuat. Drama Korea Tale Of Fairy ini mengisahkan tentang Sun Ok Nam yang merupakan seorang pari - pari. Dia dan pari - pari lain datang ke dunia untuk mandi - manda di air terjun gunung Gyeryong. Kemudian baju pari - parinya telah disembunyikan oleh seorang pemotong kayu. Disebabkan bajunya yang hilang, dia tidak dapat pulang semula ke kayangan lalu berkahwin dengan pemotong kayu berkenaan dan kemudian mempunyai 2 orang anak.
Mama Fairy And The Woodcutter, Tale Of Fairy, Korean Drama, Drama Korea, Drama Korea 2018, Korean Drama Mama Fairy And The Woodcutter, Drama Korea Mama Fairy And The Woodcutter, Sinopsis Drama Korea Mama Fairy And The Woodcutter, Bromance In Korean Drama Mama Fairy And The Woodcutter, Moon Chae Won Drama, Poster Drama Korea Mama Fairy And The Woodcutter, Cast, Pelakon Drama Korea Mama Fairy And The Woodcutter, Moon Chae Won, Yoon Hyun Min, Seo Ji Hoon, Jeon Soo Jin, Kang Mi Na, Ahn Young Mi, Ahn Kil Kang, Kim Min Kyu, Hwang Young Hee, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, My Opinion, My Feeling, Ulasan Drama Korea Mama Fairy And The Woodcutter,
Tak lama kemudian suaminya itu telah mati akibat jatuh dari tebing bukit dan Sun Ok Nam masih tidak menjumpai baju pari - parinya itu, lalu memutuskan untuk menunggu suaminya dilahirkan semula. Di zaman moden ini, Sun Ok Nam sudah pun berumur 699 tahun, kebanyakan orang melihat dirinya dalam bentuk perempuan tua tapi sesetengah orang dapat melihat wajah sebenar Sun Ok Nam yang muda dan sangat jelita. Dia kini menjadi barista dan membuka sebuah kedai kopi di gunung Gyeryong. Tak lama kemudian dua lelaki yang datang dari Seoul iaitu Jung Yi Hyun dan Kim Geum singgah di kedainya dan Sun Ok Nam dapat merasakan yang salah seorang dari mereka adalah suaminya yang dilahirkan semula. Sun Ok Nam sebenarnya sudah tak ingat wajah suaminya itu kerana sudah beratus tahun lamanya diorang terpisah. Sun Ok Nam kemudian memutuskan untuk pergi mencari mereka berdua di Seoul, Sun Ok Nam kemudian bekerja sebagai barista di kedai kopi di Universiti tempat Jung Yi Hyun dan Kim Geum bekerja. Lebih menarik lagi apabila Jung Yi Hyun dan Kim Geum turut boleh melihat wajah sebenar Sun Ok Nam yang muda dan cantik itu. Apa yang berlaku seterusnya?. Itu adalah serba sedikit sinopsis drama Korea Mama Fairy and The Woodcutter ini. Aku suka dengan personaliti Jung Yi Hyun yang kompleks itu dan hanya percayakan fakta dan bukti semata - mata, maklumlah dia kan profesor dan pensyarah biologi gitu. Namun kehadiran Sun Ok Nam dalam hidupnya membuatkan hidupnya kucar - kacir kerana dia keliru dengan perubahan wajah Sun Ok Nam yang awalnya nampak seperti perempuan tua tapi kemudian jadi perempuan cantik pula.
Mama Fairy And The Woodcutter, Tale Of Fairy, Korean Drama, Drama Korea, Drama Korea 2018, Korean Drama Mama Fairy And The Woodcutter, Drama Korea Mama Fairy And The Woodcutter, Sinopsis Drama Korea Mama Fairy And The Woodcutter, Bromance In Korean Drama Mama Fairy And The Woodcutter, Moon Chae Won Drama, Poster Drama Korea Mama Fairy And The Woodcutter, Cast, Pelakon Drama Korea Mama Fairy And The Woodcutter, Moon Chae Won, Yoon Hyun Min, Seo Ji Hoon, Jeon Soo Jin, Kang Mi Na, Ahn Young Mi, Ahn Kil Kang, Kim Min Kyu, Hwang Young Hee, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, My Opinion, My Feeling, Ulasan Drama Korea Mama Fairy And The Woodcutter,
Jung Yi Hyun yang awalnya jual mahal akhirnya mula jatuh sayang pada Sun Ok Nam, tambahan lagi Sun Ok Nam sentiasa melayan dirinya dengan baik. Dia juga mula cemburu apabila melihat Kim Geum turut rapat dengan Sun Ok Nam. Selain suaminya yang dilahirkan semula, anak Sun Ok Nam turut dilahirkan semula dalam pelbagai bentuk hahaha, anak sulungnya kini berada dalam telur dan belum menetas lagi hahaha, manakala anak bongsunya pula dilahirkan semula dalam bentuk harimau tapi menerusi latihan, anaknya mampu menukar bentuknya menjadi kucing dan juga manusia. Ada banyak juga scene - scene kelakar dalam drama ini antaranya adalah ketika kawan baik prof Jung Yi Hyun iaitu Prof Lee Han Sook lakonan Jeon Soo Jin yang dah lama ada hati pada Jung Yi Hyun ni tapi Jung Yi Hyun ni langsung tak tahu hahaha, Tapi bila Prof Lee Han Sook nampak yang Jung Yi Hyun ni mula sukakan Sun Ok Nam, dia mula tak senang hati dan nekad untuk mengorat Jun Yi Hyun ni habis - habisan. Macam - macam cara yang dia buat untuk mengorat Jung Yi Hyun tapi semua tak menjadi hehehe. Selain itu scene ketika Jung Yi Hyun, Kim Geum dan Sun Ok Nam main game Escape Room tu pun best gak. Kemuncak cerita dan semua persoalan dalam drama ini akan terjawab dalam episod 15. Manakala episod 16 lebih pada penutup cerita dan ending untuk setiap watak.
Mama Fairy And The Woodcutter, Tale Of Fairy, Korean Drama, Drama Korea, Drama Korea 2018, Korean Drama Mama Fairy And The Woodcutter, Drama Korea Mama Fairy And The Woodcutter, Sinopsis Drama Korea Mama Fairy And The Woodcutter, Bromance In Korean Drama Mama Fairy And The Woodcutter, Moon Chae Won Drama, Poster Drama Korea Mama Fairy And The Woodcutter, Cast, Pelakon Drama Korea Mama Fairy And The Woodcutter, Moon Chae Won, Yoon Hyun Min, Seo Ji Hoon, Jeon Soo Jin, Kang Mi Na, Ahn Young Mi, Ahn Kil Kang, Kim Min Kyu, Hwang Young Hee, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, My Opinion, My Feeling, Ulasan Drama Korea Mama Fairy And The Woodcutter,
Aku rasa kewujudan 3 watak yang merupakan kawan pada Sun Ok Nam tu sangat tak penting pun dan tak kelakar pun. Aku memang akan skip semua scene - scene yang ada watak diorang saja. Drama ini memang banyak main konsep kelahiran semula okey sampai dua tiga kali orang yang sama dilahirkan semula gitu. Ending drama Korea Mama Fairy and The Woodcutter ini memang ikut versi asal seperti dalam Web Comic itu. Walaupun ending drama ini aku tak begitu suka tapi okeylah di akhirnya masing - masing happy dan move on gitu. Kesimpulannya drama ini kira okeylah, tak adalah best sangat, biasa - biasa saja. Aku bagi 6.8/10 untuk Korean Drama ini.
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,

6 ulasan:

  1. tak bestnya bila banyak scene kena skip. Nasib tak tengok dekat tv, kalau tak penat nak hadap semua scene yang tak best sampai hilang mood haha

    BalasPadam
  2. Minggu lepas baru hbis tgok citer fight for my way..boleh layan la citer tu..ok skang ni ak tgah layan my strange hero lakonan yoo seung hoo tu..dh masuk episod 4.ok la stakat ni citer dia

    BalasPadam
  3. Ok my strange hero dh habis tgok.biase2 je citer tu boleh la layan.ak bg markah 6.8..kjp lg ak nk tgok citer the crown clown.xtau la best ke tak.tgok je la.lg pun dh lame xlayan historical drama.asyik yg modern drama je.

    BalasPadam
  4. Ok ak dah mule tgok the crown clown..ak baru tgok episode 1 dah buat ht ak berdebar melonjak2 nk tau ape trjd lps ni..best sgt..episode 1 dah sedih..kesian junjung mama(permaisuri)..chusang cheona jht..mati lg helok.hahaha..ok satu episode durasinye 1 jam 15minit.gile lame nk lyan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah tengok gak episode 1 the crown clown tu, tapi maybe tak sambung kot sebab dah tahu jalan ceritanya sbb remake dari movie kan. Sekarang tgh nak habiskan drama My Strange Hero ngan drama best Less Then Evil

      Padam
  5. Aku ada cari satu drama ni xjumpa, aku lupa tajuk dia apa... Tapi berdasarkan sinopsis dia, So ada Adik beradik ni, abng dengn adik yang suka dekat 1 perempuan, tapi adik dia confess dulu, masa dorg kecil, time tu dorg batu pindah rumah, nak dijadikan cerita, bila dorg dh besar, si adik ni dh couple dgn crush abanh dia lepas tu aku lupa sebb apa tah adik dia mati, n kemudian datang sorg laki ni, muka dia sebijik macam adik dia, rupa2nya tu kembar adik dia n dia baru tahu adik dia anak angkat, masa dorg nk bakar adik dia jadi abu, time tu lah slot tv tunjuk kembar adik dia lalu dekat kawasan tu pegang payung hitam tapi dia xkenal dorg. Sapa tau tajuk cerita ni... Aku xari berhari-hari xjumpa.

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017