-->

16 Mei 2019

Review Drama Korea - The Player

The Player, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama The Player, Drama Korea The Player, Sinopsis Drama Korea The Player, Aksi, Suspen, Drama Best, Poster Drama Korea The Player, Ending Drama Korea The Player, Korean Drama Ending, Drama Korea 2018, The Player Cast, Pelakon Drama Korea The Player, Seung Heon, Krystal, Lee Si Un, Tae Won Suk, Kim Won Hae, Ahn Se Ho, Kim Jong Tae, Kwak Ja Hyung, Song Seung Heon New Drama, My Favorite Drama, My Opinion, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story,
Korean Drama Review - The Player

Hari ini aku nak buat review drama Korea yang bertajuk The Player, drama Korea The Player ini mempunyai 14 episod saja dan disiarkan di channel OCN. Drama ini release pada 29 September 2018 dan tamat episodnya pada 11 November 2018. Antara pelakon drama Korea The Player ini adalah Song Seung Heon, Krystal, Lee Si Un, Tae Won Suk, Kim Won Hae, Ahn Se Ho, Kim Jong Tae, Kwak Ja Hyung dan ramai lagi. Selain itu pelakon Yoo Seung Ho, Wang Ji Hye, Jo Jae Yun turut membuat kemunculan khas (cameo) dalam Korean Drama The Player ini. Selain itu drama ini disiarkan bagi menggantikan drama Voice 2 dan kemudian akan digantikan dengan drama Priest. Walaupun Song Seung Heon dan Krystal adalah hero dan heroin drama The Player ini, tapi tiada kisah cinta dalam drama ini ye, hubungan watak diorang dah macam adik - beradik gitu. Bila tengok drama ini secara tak langsung mengingatkan aku terhadap 2 drama Korea yang lain iaitu drama 38 Task Force lakonan Seo In Guk serta drama Switch : Change The World lakonan Jang Geun Suk yang turut mempunyai genre yang sama, plot cerita yang bergerak laju dan menarik tapi mestilah sinopsisnya tak sama kan hehehe. Berbalik pada drama ini, aku suka dengan jalan ceritanya, plus episodnya pun tak banyak sangat.
The Player, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama The Player, Drama Korea The Player, Sinopsis Drama Korea The Player, Aksi, Suspen, Drama Best, Poster Drama Korea The Player, Ending Drama Korea The Player, Korean Drama Ending, Drama Korea 2018, The Player Cast, Pelakon Drama Korea The Player, Seung Heon, Krystal, Lee Si Un, Tae Won Suk, Kim Won Hae, Ahn Se Ho, Kim Jong Tae, Kwak Ja Hyung, Song Seung Heon New Drama, My Favorite Drama, My Opinion, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story,
Drama Korea The Player ini mengisahkan 4 Individu yang berbakat dalam bidang masing - masing iaitu Kang Ha Ri (Song Seung Heon) pakar menipu, Do Jin Woong (Tae Won Suk) powerful fighter, Im Byung Min (Lee Sin Un) a talented hacker dan Cha Ah Ryung (Krystal) a skilled driver bergabung untuk mendapatkan duit dari orang - orang kaya yang berpengaruh yang banyak melakukan jenayah. Mereka berempat kemudiannya bekerjasama pula dengan  Pendakwaraya Jang In Gyu untuk mencari bukti - bukti kesalahan jenayah yang dibuat oleh orang - orang kaya yang berpengaruh itu. Pendakwaraya Jang In Gyu dah terdesak dan terpaksa bekerjasama dengan team Kang Ha Ri itu walaupun caranya itu salah dari segi undang - undang. Namun dia sudah tidak ada cara lain untuk menangkap penjenayah tersebut yang sering terlepas dari undang - undang disebabkan bukti yang tidak mencukupi. Dalam diam Kang Ha Ri sebenarnya mempunyai motif lain yang tidak diketahui oleh rakan - rakannya itu. Kang Ha Ri ingin mengetahui siapa "That Person" yang terlalu berkuasa itu yang sebenarnya dah menghancurkan hidup keluarganya dan Kang Ha Ri ingin membalas dendam. Apa yang berlaku seterusnya? okey itu adalah serba sedikit sinopsis drama Korea The Player ini.
The Player, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama The Player, Drama Korea The Player, Sinopsis Drama Korea The Player, Aksi, Suspen, Drama Best, Poster Drama Korea The Player, Ending Drama Korea The Player, Korean Drama Ending, Drama Korea 2018, The Player Cast, Pelakon Drama Korea The Player, Seung Heon, Krystal, Lee Si Un, Tae Won Suk, Kim Won Hae, Ahn Se Ho, Kim Jong Tae, Kwak Ja Hyung, Song Seung Heon New Drama, My Favorite Drama, My Opinion, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story,
Lagu tema, lagu background, OST Korean Drama The Player ini semuanya best - best, sedap didengar dan sesuai dengan jalan cerita. Selain itu aku suka tengok hubungan persahabatan Kang Ha Ri dengan kumpulannya tu. Scene ketika Cha Ah Ryung kena culik tu memang best dan lawak bila tengok diorang semua risau betul dengan keselamatan Ah Ryung tu. Nampaklah kasih sayang seorang abang pada adiknya gitu. Selain tu scene ketika Byung Min dapat tahu identiti sebenar Kang Ha Ri tu memang sedih betul, sebab Byung Min rasa bersalah pada Kang Ha Ri tu. Ending drama Korea The Player ini happy ending gitu dan ikutkan diorang boleh buat musim kedua gitu sebab jalan ceritanya boleh disambung lagi. Plus pelakon utamanya Song Seun Heon turut memberi respon positif untuk berlakon dalam musim kedua andai drama ni jadi disambung ke musim seterusnya. Apa pun secara keseluruhannya drama ni best untuk ditonton, suspen dan ada plot twist juga, malah endingnya juga memuaskan hati gitu. Apa pun aku bagi 8.5/10 bintang untuk drama ini.

Jom Baca Ini juga ➔ Review Drama Korea Familiar Wife

(Blog Miss Banu Story)
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,

3 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017