-->

6 Mei 2019

Episod Akhir Drama Kamar Kamariah (TV3)

Kamar Kamariah, Drama Kamar Kamariah, Episod Akhir Drama Kamar Kamariah, Episod 13 Drama Kamar Kamariah, Ending Drama Kamar Kamariah, Slot Akasia, TV3, Drama Review By Miss Banu, Pelakon, Nabila Huda, Fizz Fairuz, Tasha Shilla, Syafie Naswip,  Riena Diana, Aidil Aziz, Engku Faridah, Shuhanty Hanafiah, Zetty Shahibullah, Ismail Yaacob, Rose Aida, Mohamad Sobri Hussain, Halimah Naim,
Episod Akhir Drama Kamar Kamariah (TV3)

Memang best layan drama Kamar Kamariah yang disiarkan di slot Akasia TV3 tu, sayangnya bila drama best, episodnya pula tak panjang, drama Kamar Kamariah ini hanya mempunyai 13 episod saja. Pelakon yang membintangi drama Kamar Kamariah ini juga terbaik dan berpengalaman gitu no wonderlah drama ni boleh jadi best gitu. Para pelakon drama Kamar Kamariah ini terdiri daripada Nabila Huda, Fizz Fairuz, Tasha Shilla, Syafie Naswip,  Riena Diana, Aidil Aziz, Engku Faridah, Shuhanty Hanafiah, Zetty Shahibullah, Ismail Yaacob, Rose Aida, Mohamad Sobri Hussain, Halimah Naim dan ramai lagi. Bagi aku drama ni semua okey, jalan cerita pun best, tapi satu je yang kurang best bila aku tengok Nabila Huda dan Tasha Shilla tu pakai rambut palsu pendek masa watak diorang muda tu hahaha, kelakar jadinya bila tengok diorang pakai rambut palsu tu hehe.

Berbalik pada episod akhir drama Kamar Kamariah ni, semua rahsia terbongkar di episod 13 ini. Murad (Fizz Fairuz) sakit dan masuk hospital, manakala Kamariah pula baru tahu pekerjaan sebenar Murad di Kuala Lumpur, lepas anaknya Qayyum buka rahsia ayahnya itu. Kamariah juga terserempak dengan rakan lamanya Maria di hospital dan Kamariah merayu pada Maria untuk memberitahunya tentang siapa lelaki yang merogolnya dulu. Maria awalnya tak nak beritahu tapi selepas dia tahu siapa suami Kamariah, barulah Maria buka cerita. Qalif juga dah terdengar semuanya dan baru tahu cerita sebenar. Reaksi Murad lepas dapat tahu yang Qalif adalah anak kandungnya tu memang terbaik hehehe. Apa pun bagi aku ending drama ni agak sedih jugalah bila Murad dan ibunya akhirnya mati namun Murad sempat bertaubat dan mati ketika solat.

Drama 30 Pesanan Suara lakonan Hannah Delisha, Shukri Yahaya dan Saharul Ridzwan akan menggantikan drama ini. Drama 30 Pesanan Suara ini juga adalah drama terbaru di slot Akasia sempena bulan Ramadan ini.

(Blog Miss Banu Story)
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,

1 ulasan:

  1. jalan cerita best, tapi serius la satu episod pon sy tak tengok lagi.. kena cari nih kot ada kat youtube nnt.

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017