-->

18 Ogo 2019

Sinopsis Drama Tuan Danial (TV3)

Tuan Danial, Drama Tuan Danial, Slot Lestary, TV3, Drama Melayu TV3 2019, Drama Bersiri Tuan Danial, Drama Adaptasi, OST Drama Tuan Danial, Sinopsis Penuh Drama Tuan Danial, Poster Drama Tuan Danial, Watak Pelakon, Pelakon Drama Tuan Danial, Idris Khan, Intan Najuwa, Luqman Hafidz, Atikah Suhaime, Aman Graseka, Scha Elinnea, Mathni Razak, Syafi Tee DFKL, Afifah Nasir, Noniswara, Zuhairi Ibrahim,
Sinopsis Drama Tuan Danial Slot Lestary TV3

Drama 13 episod Tuan Danial adalah drama terbaru di slot Lestary TV3 yang mula disiarkan pada 9 Ogos 2019, setiap Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam. Antara pelakon drama Tuan Danial ini adalah Idris Khan, Intan Najuwa, Luqman Hafidz, Atikah Suhaime, Aman Graseka, Scha Elinnea, Mathni Razak, Syafi Tee DFKL, Afifah Nasir, Noniswara, Zuhairi Ibrahim dan ramai lagi. Selain itu drama ini adalah adaptasi daripada Novel Tuan Danial karya novelis Azizah Ami dan drama Tuan Danial ini diarahkan oleh Idora Abdul Rahman serta diterbitkan oleh Creative Skill Solution. Nampak menarik drama ni kan, apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah okey..
Tuan Danial, Drama Tuan Danial, Slot Lestary, TV3, Drama Melayu TV3 2019, Drama Bersiri Tuan Danial, Drama Adaptasi, OST Drama Tuan Danial, Sinopsis Penuh Drama Tuan Danial, Poster Drama Tuan Danial, Watak Pelakon, Pelakon Drama Tuan Danial, Idris Khan, Intan Najuwa, Luqman Hafidz, Atikah Suhaime, Aman Graseka, Scha Elinnea, Mathni Razak, Syafi Tee DFKL, Afifah Nasir, Noniswara, Zuhairi Ibrahim,

Cinta yang cuba diatur oleh keluarga Tengku Ismahanim (Intan Najuwa) dengan jejaka yang tidak dikenali bernama Danial telah mendorongnya menyamar sebagai pembantu rumah. Danial bukan lelaki pertama yang membuatkan Tengku Ismahanim atau Is, menyamar sebagai pembantu rumah. Penyamaran Is ini adalah untuk menyiasat latar belakang dan sikap sebenar bakal-bakal suami yang dicadangkan oleh bapanya, Tengku Khalil (Aman Graseka) namun semua calon itu tidak berjaya memikat hati Is sehinggalah Is menyamar menjadi pembantu rumah milik keluarga Tuan Danial (Idris Khan)Berlainan dengan lelaki-lelaki sebelumnya, walaupun kelihatan agak sombong dan tegas Is tertarik dengan Tuan Danial tidak terlalu bergantung kepada pembantu rumah. Berlaku pelbagai insiden melucukan ketika Is menyamar menjadi pembantu rumah Tuan Danial kerana Is sentiasa mengingkari arahannya dan Is sememangnya tidak tahu membuat kerja sebagai pembantu rumah. Namun, lama kelamaan Tuan Danial mula lembut hati dan tertarik dengan sikap Is yang kelam kabut tetapi masih kelihatan comel. 
Tuan Danial, Drama Tuan Danial, Slot Lestary, TV3, Drama Melayu TV3 2019, Drama Bersiri Tuan Danial, Drama Adaptasi, OST Drama Tuan Danial, Sinopsis Penuh Drama Tuan Danial, Poster Drama Tuan Danial, Watak Pelakon, Pelakon Drama Tuan Danial, Idris Khan, Intan Najuwa, Luqman Hafidz, Atikah Suhaime, Aman Graseka, Scha Elinnea, Mathni Razak, Syafi Tee DFKL, Afifah Nasir, Noniswara, Zuhairi Ibrahim,
Tengku Hatta (Syafi Tee DFKL), adik Is turut terlibat sama dalam rancangannya iaitu berpura-pura mesra untuk membuatkan Tuan Danial cemburu melihat hubungan mesra mereka. Kehadiran Nell (Atikah Suhaime), bekas tunang Tuan Danial yang kembali dari luar negara membuatkan Is rasa tidak sedap hati. Nell kelihatan cuba untuk kembali memiliki Tuan Danial. Pelbagai agenda cuba dilakukan oleh Nell cuba untuk menawan Tuan Danial, termasuklah mengugut untuk membunuh diri supaya Tuan Danial bersimpati kepadanya. Bukan Is sahaja mempunyai saingan, Tuan Danial juga tergugat oleh kehadiran Rizal (Luqman Hafidz), jiran sebelah rumahnya yang obses untuk memiliki Is. Rizal cuba menggoda Is dengan menghantar kad dan bunga. Rizal juga berani menengking Is yang telah membuang bunganya dan menumbuk Tuan Danial dengan teruk sekali semata-mata kerana inginkan Is. Adakah cinta di antara Is dan Tuan Danial bakal bersatu dengan kehadiran Nell dan Rizal?

Lagu Tema / OST Drama Tuan Danial

⏩ Goodbye nyanyian Heeloluqman
⏩ Bisik nyanyian Khareez
⏩ Satu nyanyian Reyza & NeonSoul feat Kaka Azraf
⏩ Sentiasa nyanyian Syakirah Noble

Jom Baca Ini juga ➔ Baca Online Novel Tuan Danial

(Blog Miss Banu Story)
My Signature, Tandatangan, Tandatangan Miss Banu, Miss Syahbanu, Blog Miss Banu Story,

4 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017