-->
Memaparkan catatan dengan label Oh My English. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Oh My English. Papar semua catatan

16 Jan 2016

Sinopsis Telemovie Oh My GaNu 2 - Henry VS Zizang

Assalammualaikum..
Oh My English kembali dengan Telemovie terbaru yang bertajuk Oh My Ganu 2 yang akan disiarkan pada 16 Januari ini. Oh My Ganu 2! adalah telemovie kelima dalam siri Oh My English selepas Oh My Ganu!, Oh My English – Hello America, Oh My English: Villa Isabellaaa! dan Oh My Goat – Come Baaack!! Telemovie ini menyaksikan kemunculan semula Zizan Razak sebagai Zizang, musuh lama Mr Henry Middleton (Zain Saidin) yang turut sama ingin memikat Cikgu Ayu (Tiz Zaqyah)Buat pertama kalinya dalam Oh My English, penonton diberikan kuasa untuk memilih pengakhiran yang mana menjadi pilihan mereka; dengan mengundi sama ada Cikgu Ayu akan bersama Zizang ataupun Mr Henry Middleton.

Kiranya ada 2 ending gitu, agak2 Henry atau Zizang yang akan menang nanti yer? haha menarik gak bila penonton diberi kuasa untuk memilih ending kesukaan diorang. Jom layannn Sinopsis Oh My Ganu 2 kat bawah ni k..
Sinopsis Telemovie Oh My Ganu 2

Kisah bermula apabila Cikgu Ayu dan Mr Henry sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan mereka. Namun, sesuatu yang tidak dijangka berlaku, Cikgu Ayu hilang ingatan selepas terlibat dengan satu kejadian yang tidak diingini. Hal ini telah membuka peluang kepada saingan lama Henry, Zizang yang merancang merampas kembali cinta Cikgu Ayu. Adakah Cikgu Ayu berjaya mendapatkan kembali ingatannya dan meneruskan perkahwinannya bersama Henry ataupun sebaliknya menerima Zizang sebagai pasangan hidupnya? Semuanya terletak di tangan penonton dan peminat Oh My English!
Izzue Islam, akan kembali memainkan watak Aiman, adik kepada Cikgu Ayu. Bekas pelajar SMK Ayer Dalam sebelum ini seperti Azlin (Izara Aishah) dan Jibam (Akhmal Nazri) akan turut bersama memeriahkan telefilem ini bersama-sama wajah-wajah kelas 5 Merah yang disayangi ramai; See Yew Soon (Roax Tan), Zack (Juzzthin), Mazlee (Zhafir Muzani) dan Jojie (Nadiya Nisaa), yang di dalam misi membantu Cikgu Ayu mengembalikan kembali ingatannya. Penonton juga pasti akan terhibur dengan penampilan istimewa Dato Rahim Razali sebagai Tok Kadi. 

Update!! 17/1
~ Wahh Cikgu Ayu pilih Zizang hahaha Team Zizang menang, x leh blah part diorang pakai tudung tu, n part zizan nak nikahkan tok kadi dengan Ayu tu, sakit jiwa rupanyer hihihi. Kesian Henry..
Read More »

17 Jan 2014

Oh My English- Hello America

Assalammualaikum..
Rabu lepas sempat tengok telefilem Oh My English- Hello America, best gak shooting kat New York, Washington, America tuh fuhhh, paling best yang aku suka sekali adalah kualiti gambar dlm cite ni mmang terbaik, awsome giler. Cantik kualiti gambar cite ni, kita yang tengok pun rasa macam puas sebab clear n cantik semua. Cuma rasa sekejap sangat lak cite ni dlm 1 jam setengah jer. Lepas tu satu lagi yang kurengg adalah krn apa yang berlaku di America tu hanyalah mimpi Jibam semata-mata hihi. 

Part ending mimpi ni jerla yg buat kurenggg tu. Lagi satu cite ni memang trending habis kat Twitter hehe n hari sebelum tu Jibam & SYS ada jadi guest kat program Meletop. Antara part yg best masa Cikgu Henry n Cikgu Malik terpaksa berkongsi bilik hotel sekali, pastu bilik yang diorang dpt adalah bilik khas untuk honeymoon hehe siap ada bunga2 bentuk love bagai, masing2 tak puas hati hehehe.
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017