16 Jan 2016

Sinopsis Telemovie Oh My GaNu 2 - Henry VS Zizang

Assalammualaikum..
Oh My English kembali dengan Telemovie terbaru yang bertajuk Oh My Ganu 2 yang akan disiarkan pada 16 Januari ini. Oh My Ganu 2! adalah telemovie kelima dalam siri Oh My English selepas Oh My Ganu!, Oh My English – Hello America, Oh My English: Villa Isabellaaa! dan Oh My Goat – Come Baaack!! Telemovie ini menyaksikan kemunculan semula Zizan Razak sebagai Zizang, musuh lama Mr Henry Middleton (Zain Saidin) yang turut sama ingin memikat Cikgu Ayu (Tiz Zaqyah)Buat pertama kalinya dalam Oh My English, penonton diberikan kuasa untuk memilih pengakhiran yang mana menjadi pilihan mereka; dengan mengundi sama ada Cikgu Ayu akan bersama Zizang ataupun Mr Henry Middleton.

Kiranya ada 2 ending gitu, agak2 Henry atau Zizang yang akan menang nanti yer? haha menarik gak bila penonton diberi kuasa untuk memilih ending kesukaan diorang. Jom layannn Sinopsis Oh My Ganu 2 kat bawah ni k..
Sinopsis Telemovie Oh My Ganu 2

Kisah bermula apabila Cikgu Ayu dan Mr Henry sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan mereka. Namun, sesuatu yang tidak dijangka berlaku, Cikgu Ayu hilang ingatan selepas terlibat dengan satu kejadian yang tidak diingini. Hal ini telah membuka peluang kepada saingan lama Henry, Zizang yang merancang merampas kembali cinta Cikgu Ayu. Adakah Cikgu Ayu berjaya mendapatkan kembali ingatannya dan meneruskan perkahwinannya bersama Henry ataupun sebaliknya menerima Zizang sebagai pasangan hidupnya? Semuanya terletak di tangan penonton dan peminat Oh My English!
Izzue Islam, akan kembali memainkan watak Aiman, adik kepada Cikgu Ayu. Bekas pelajar SMK Ayer Dalam sebelum ini seperti Azlin (Izara Aishah) dan Jibam (Akhmal Nazri) akan turut bersama memeriahkan telefilem ini bersama-sama wajah-wajah kelas 5 Merah yang disayangi ramai; See Yew Soon (Roax Tan), Zack (Juzzthin), Mazlee (Zhafir Muzani) dan Jojie (Nadiya Nisaa), yang di dalam misi membantu Cikgu Ayu mengembalikan kembali ingatannya. Penonton juga pasti akan terhibur dengan penampilan istimewa Dato Rahim Razali sebagai Tok Kadi. 

Update!! 17/1
~ Wahh Cikgu Ayu pilih Zizang hahaha Team Zizang menang, x leh blah part diorang pakai tudung tu, n part zizan nak nikahkan tok kadi dengan Ayu tu, sakit jiwa rupanyer hihihi. Kesian Henry..

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

1 ulasan:

Related Posts with Thumbnails