-->

29 Jan 2016

Sinopsis Filem Ola Bola

Assalammualaikum..
Filem Ola Bola akan mula ditayangkan di pawagam bermula 28 Januari 2016 ini. Filem Ola Bola ini diarahkan oleh Chiu Keng Guan yang merupakan pengarah filem Box Office The Journey manakala penerbit untuk filem Ola Bola ini juga adalah sama dengan penerbit Filem Terlaris Malaysia iaitu Polis Evo. Mampukah filem ini turut mencatat kejayaan yang sama seperti filem The Journey dan Polis Evo?. Filem ini boleh dikategorikan sebagai filem sukan yang mengangkat tema Bola Sepak dan mengisahkan tentang kegemilangan pasukan bola sepak Kebangsaan Malaysia sewaktu berjaya memasuki Sukan Olimpik Moscow 1980. 
Antara pelakon yang terlibat dalam filem ini seperti JC Chee, Luqman Hafidz, Saran Kumar Manokaran, Marianne Tan, Katrina Ho, Bront Palarae, Frankie Lee dan ramai lagi. Aku tengok promosi filem ni sangat kuat di Astro, sebulan atau dua bulan sebelum tayangannya di pawagam, iklan, Trailer mahupun lagu tema filem Ola Bola ini sudah kerap kali ditayangkan dan dipromosikan di Tv. Rasanya banyak pengajaran filem ni, seperti perpaduan kaum, semangat malaysia boleh, bersatu padu diterapkan dalam filem ni, apapun jom layan sinopsis cite ni kat bawah k..

Sinopsis Filem Ola Bola

Kisah Ola Bola bermula ketika seorang wartawan bernama Marianne yang ditugaskan untuk membuat kajian tentang pasukan bola sepak negara yang telah mencipta nama pada era 80an dahulu yang mana ketika itu nama Malaysia dalam sukan bola sepak begitu digeruni oleh pasukan lawan khasnya di rantau Asia ini. Marianne mula merasa bosan dengan kerjayanya dan membuat keputusan untuk berhijrah ke England. Sebelum dia meninggalkan negara, dia membuat keputusan untuk menyiapkan tugasannya buat kali terakhir. Namun, dia menemui suatu perkara yang ternyata mengubah hidupnya.

Mengimbau kembali ketika di awal era 80-an, pasukan bola sepak negara ketika itu berdepan dengan cabaran di mana pemain-pemainnya mempunyai perbezaan pendapat dan tidak sehaluan sehingga menyebabkan kekalahan dalam perlawanan penting. Keadaan semakin rumit apabila hampir setiap pemain mempunyai isu dan masalah masing-masing. Walau bagaimanapun, mereka hanya mempunyai satu peluang untuk beraksi di persada mata dunia. Jadi, barisan pemain harus mengetepikan hal peribadi demi mengharumkan nama negara. Ketika semangat kembali menyemarak dalam diri, pasukan negara sekali lagi diduga dengan satu cabaran yang mematahkan semangat mereka dan harapan negara.

Ola Bola yang diilhamkan dari peristiwa sebenar ini akan membawa penonton dari pelbagai bangsa untuk sama-sama merasai semangat bersatu hati dan muhibah. Kisah yang penuh ikhtibar ini akan membawa penonton melihat semangat, keunikan dan kekuatan yang terdapat dalam kepelbagaian bangsa di Malaysia.
(Sinopsis cite ni credit kepada Wikipedia)

1 ulasan:

  1. Sinopsis Filem Ola Bola

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017