14 Jan 2016

The Secret Of Annasandra - Sinopsis Drama Filipina

Assalammualaikum..
Hari tu aku ada tertengok drama Filipina ni tanpa sengaja kat Astro Bella hahaha. Ingatkan drama lama rupanya tak, kira masih baru lagi sebab ditayangkan pada tahun 2015. Drama ni bertajuk The Secret Of Annasandra kalau dalam bahasa filipina ianya disebut sebagai Ang Lihim ni Annasandra. Drama The Secret Of Annasandra ni dilakonkan oleh Andrea Torres, Mikael Daez, Pancho Magno, Chris Vilonco dan ramai lagi. Drama ni disiarkan di Astro Bella setiap Isnin hingga Ahad, jam 11 pagi dan ulangannya pada waktu malam. 
Cantik juga Andrea Torres ni manakala hero cite ni agak familiar juga bagi aku, rupanya die ada berlakon dalam drama Amaya yang ada Marian Rivera tu. Jalan cerita drama ni ada misterinya dan ala2 fantasi sikit serta mempunyai 90 episod tapi setiap episod hanya 30 minit camtu, so Astro Bella akan tayangkan 2 episod terus untuk satu jam gitu. Jom layannn Sinopsis cite ni kat bawah k..

Sinopsis Drama Filipina The Secret Of Annasandra

Mengisahkan tentang Annasandra yang terkena sumpahan semasa die masih kecil lagi. Sumpahan ini bermula apabila Bapa Annasandra terbunuh seorang kanak2 yang merupakan anak kepada Esmeralda. Setelah kematian anaknya, Esmeralda terus berdendam dengan keluarga Annasandra dan ingin melihat mereka sekeluarga menderita lalu membuat sumpahan kepada Annasandra dimana Annasandra tidak boleh menjadi manusia yang normal, kerana dirinya akan bertukar menjadi Khinzir Liar pada waktu malam dan terpaksa tinggal dalam kurungan apabila malam menjelma. Sumpahan itu terus kekal walaupun dirinya telah dewasa, namun Annasandra tetap menjalani kehidupannya dengan tabah dan tetap pergi bekerja pada waktu pagi namun cepat2 pulang ke rumah apabila hari sudah mulai senja.
Keadaan mula berubah bila majikan Annasandra iaitu William jatuh cinta pada dirinya tanpa mengetahui tentang sumpahan tersebut. Annasandra juga menyukai William namun rahsianya tetap tersimpan rapi. Ibu Bapa Annasandra awalnya berasa marah apabila mengetahui tentang perhubungannya dengan William namun akhirnya merestui percintaan mereka. Setelah Annasandra benar-benar jatuh cinta pada William, sumpahan tersebut mula hilang dan dirinya tidak lagi bertukar pada waktu malam dan hal ini membuatkan dirinya berasa sangat gembira. Perkara tersebut diketahui oleh Esmeralda dan dirinya mula marah dan berasa tidak puas hati kerana sumpahan tersebut telah hilang. Maka die mencari jalan untuk membuatkan hidup Annasandra menderita lagi serta cuba mengembalikan semula sumpahan tersebut. Apa yang bakal berlaku seterusnya??
P/s- Tak leh blah part bertukar jadi khinzir liar tu hahaha xde binatang lain ker diorang nak guna kan, guna la kucing ker, arnab ker, ayam ker hahahha.


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

2 ulasan:

Farhana Zukri berkata...

macam best je citer ni, tambah lagi cerita ala fantasi memang kegemaran Hana :)

Unknown berkata...

Memang cerita ni best dan menarik sangat..rugi kalau yg minat cerita romantik ni xtgk..

Related Posts with Thumbnails