8 Jan 2016

Sinopsis Drama Filipina Magkano Ba Ang Pag-Ibig (Wealth and Passion) Telenovela TV3

Assalammualaikum..
Telenovela / Drama Filipina kembali lagi di Tv3, Drama Filipina yang paling latest yang aku tengok adalah drama Carmela yang ada Marian Rivera tu. Drama Magkano Ba Ang  Pag-Ibig (Wealth and Passion) mula disiarkan mulai 4 Januari yang lalu dan menjadi drama pembuka tirai untuk tahun 2016 ni. Tajuk drama ni memang berbelit-belit hahaha, payah nak sebut manakala pelakonnya aku x kenal sgt cuma macam pernah nampak diorang berlakon dalam beberapa drama lain. Dilakonkan oleh Heart Evangelista, Sid Lucero, Dominic Roco, Katrina Halili, Isabel Oli dan ramai lagi. Pelakon Sid Lucero yang pegang watak Lucio/Chino tu memang agak familiar bagi aku, tak sangka dalam drama ni die dah jadi chubby / berisi sebab dulu die kurus gak. Sejujurnya kalau drama Filipina ni aku lebih suka menonton drama2 yang ada Marian Rivera ker, Jericho Rosales, Kristine Hermosa sebab dah biasa tengok diorang berlakon kan hehehe. Kalau tengok dari Sinopsis cite ni nampak macam menarik juga. Jadi jom layannn sinopsis Magkano Ba Ang Pag-Ibig kat bawah ni k..

Sinopsis Drama Filipina Magkano Ba Ang Pag-Ibig (Wealth And Passion)
Mengisahkan tentang kehidupan Eloisa Aguirre yang hidup dalam kesusahan namun tetap rajin dan berusaha untuk mengubah nasib keluarganya. Selain belajar, Eloisa juga turut membantu di ladang ternakan kecil- kecilan ayahnya. Dalam kesibukannya belajar dan membantu ayahnya itu, die berjumpa dengan Prof Lucio Aragon dan akhirnya mereka bercinta, malah keluarga Eloisa merestui dan gembira dengan perhubungan mereka berdua. Dugaan dan halangan mula muncul dalam hidup Eloisa apabila ayahnya perlu dibedah dan Eloisa tidak mempunyai duit untuk menghantar ayahnya itu ke hospital. Tiada pilihan lain Eloisa terpaksa meminta kerja dengan orang kaya Dona Hilaria. Melihatkan sikap Eloisa yang rajin, jujur dan baik hati itu, Dona Hilaria menerimanya bekerja di kilang kepunyaannya. Di sebalik kebaikan Dona Hilaria itu, die turut mempunyai niat lain iaitu ingin menyakinkan Eloisa untuk menguruskan perniagaannya serta berkahwin dengan anak ke-4 nya yang juga merupakan anak paling bongsu sekali iaitu Bobby yang mempunyai Autisme.

Bobby menjadi satu-satunya anak lelakinya yang masih hidup manakala anak lelakinya yang lain sudah meninggal dunia. Selain Bobby, ketiga-tiga menantu Dona Hilaria turut tinggal bersamanya iaitu Lualhati, Gigi, Margot serta dua cucu lelakinya. Ketiga-tiga menantunya itu masing2 inginkan harta Dona Hilaria tambahan lagi suami mereka kesemuanya telah meninggal. Hal tersebut membuatkan Dona Hilaria berasa bimbang akan nasib Bobby setelah dirinya tiada nanti, siapa yang akan menjaga Bobby setelah ketiadaannya? sebab itulah dirinya inginkan Eloisa berkahwin dengan Bobby dan menjadi menantunya. Namun Eloisa telah menolak tawaran Dona Hilaria kerana memikirkan cintanya tak dapat dibeli dengan wang ringgit. Disebabkan penolakan Eloisa itu membuatkan Dona Hilaria berasa tercabar dan mula memberi tekanan pada Eloisa dengan menghalaunya keluar dari tanahnya serta menyuruhnya membayar kesemua hutang-hutangnya. Disebabkan terlalu terdesak, Eloisa memutuskan untuk pergi ke Manila dan meminta bantuan kekasihnya iaitu Prof Lucio.

Ketika disana, die diuji lagi apabila melihat Lucio curang padanya, Lucio telah mencium wanita lain iaitu Richelle Mangahas. Apakah kejadian tersebut akan mengubah fikiran Eloisa untuk menerima tawaran Dona Hilaria? Bagaimanakah reaksi Eloisa apabila mengetahui Bobby dan Lucio adalah saudara? Sejauh manakah Eloisa dapat berkorban untuk keluarganya itu?. Adakah Eloisa dapat menerima Bobby yang menghidap autisme itu sebagai suaminya?. 


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

4 ulasan:

Asha Lya berkata...

Da lma lya x lyn drama filipin...
thnks taw sudi join bloglist sy

idayu meow berkata...

baru tgk 1 episod hari ni... dramanye klise sgt... umpama drama cedukan je... huhu...cite filipino lau pasal gadis miskin cinta ngn kaya2 , harta,, dah byk kali disiarkan .. bosan.

Tanpa Nama berkata...

Dedulu ske tgk cite yg ade Bea Alonzo ngan John Lloyd Cruz jek. Cite ni si Lucio muke ade iras si John lak

Unknown berkata...

best ni.,,haha mau gila kalau tidak tngok.

Related Posts with Thumbnails