-->
Memaparkan catatan dengan label Slot Ratu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Slot Ratu. Papar semua catatan

23 Jan 2016

Episod Akhir Drama Alif Imani

Assalammualaikum..
Episod Akhir Drama Alif Imani di Tv9 tadi boleh tahan dramatik jugak lah, suspen gak nak tahu siapa yang Imani akan pilih antara Alif atau Rafiq. Awalnya aku ingat Imani memang akan hidup bahagia dengan Alif sebab Alif dah berubah kan n Imani pun pilih Alif kan walaupun Imani tu macam sedih gak terpaksa berpisah dengan Rafiq. Lagipun tajuk drama ni pun nama diorang so ingatkan diorang akan hidup bersama kembali. Memang tak sangka ending cite Alif Imani ni berakhir dengan kematian Alif dan akhirnya Imani kahwin dengan Rafiq tu. Scene Alif minta maaf kat mak mertua die sebelum keluar rumah tu memang sedih la, dari cara die cakap tu memang dah leh agak Alif ni akan mati tup2 betul lepas tu die memang kemalangan.

Dramatik betul episod akhir Alif Imani ni, n Alif sempat buat video untuk Imani dan dalam video tu Alif ada lafazkan cerai untuk melepaskan Imani pergi dari terus terikat dengannya. Lagi pun Alif tu banyak buat salah pada Imani sebelum ni. Scene Imani menangis-nangis dan sedih melihat video tu serta mengenangkan Alif tu memang sedih habis, sebak plak tengok scene tu. Sabar betul Rafiq tu menunggu Imani dan akhirnya Imani berkahwin dengan Rafiq manakala Anak Alif dan Suri akan dijaga oleh Imani dan Rafiq. Apapun memang best jalan cerita Alif Imani ni, dramatik gitu, kisah die agak sedih gak, lakonan pelakon seperti Ummi Nazeera, Fezrul Khan, Fasha Sandha dan Amar Baharin memang terbaik.

Read More »

17 Nov 2015

Sinopsis Drama Alif Imani Slot Ratu TV9


Assalammualaikum..
Drama Alif Imani adalah drama terbaru di Slot Ratu Tv9 menggantikan drama Cinta Iris yang telah tamat episodnya. Drama Alif Imani mempunyai 14 episod dan dilakonkan oleh pelakon hebat seperti Fezrul Khan, Fasha Sandha, Ummi Nazeera, Amar Baharin sebagai teraju utama cite ni. Drama Alif Imani ni sudah pun disiarkan mulai 13 November yang lalu dan merupakan terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd. Kalau tengok sinopsis drama ni, memang jalan ceritanya best dan penuh konflik gitu. Apapun jom layannn sinopsis cite ni kat bawah k..

Sinopsis Drama Alif Imani

Mengisahkan mengenai, Imani (Ummi Nazeera), gadis yang dibesarkan di rumah anak yatim mula mendapat sinar bahagia apabila dia diambil Suri (Fasha Sandha) untuk menjadi sebahagian daripada keluarganya. Suri, sudah berkahwin dengan Alif (Fezrul Khan) mula dirundung duka apabila disahkan menghidap penyakit jantung yang serius. Disebabkan dia tahu hidupnya bila-bila saja boleh terhenti, Suri perangkap Imani dan Alif agar mereka bernikah. Imani dan Alif telah ditangkap basah, Suri meluahkan keizinannya agar Alif bernikah dengan Imani, mereka berdua terpaku tidak percaya dengan permintaan Suri. Aliff menolak kerana dia tidak mahu melukakan Suri dan tidak cintakan Imani. Imani juga tidak mahu menikah dengan suami kakak angkat yang amat disayanginya itu.

Biarpun dia anak yatim, dia berhak untuk memilih hidup sendiri. Tapi nasihat daripada Suri merelakan perkongsian kasih mereka, membuatkan Imani tidak berdaya lagi menolak permintaan Suri. Dua bulan perkahwinan, Imani dan Alif merupakan waktu paling terseksa bagi Imani. Alif melayannya bagaikan sampah, menghinanya setiap kali balik ke rumah dan langsung tidak menyentuhnya. Alif menuduh Imani sengaja memerangkapnya kerana cemburu dengan Suri dan mahu mengikis hartanya. Alif sengaja melakukan pelbagai perkara untuk menyakitkan hati Imani tetapi Imani tetap taat dan akur sehinggalah satu hari dia tekad untuk melarikan diri setelah permintaan untuk diceraikan Alif tidak ditunaikan. Sehinggalah Alif mengetahui kebenaran daripada Suri sendiri, yang mahu Imani mengganti tempatnya untuk menjaga Zurin, satu-satunya anak mereka.


Alif kesal dengan sikapnya yang kejam terhadap Imani yang ternyata tidak bersalah. Alif cuba untuk mencari Imani tetapi gagal mengesannya lebih-lebih lagi apabila terpaksa menjaga Suri hinggalah setahun kemudian Suri meninggal dunia. Kerana dua wanita itu, Alif hidup menderita selama tiga tahun. Selama itu jugalah dia mencari Imani tapi hampa. Tiga tahun berlalu, Imani bersyukur setelah tamat pengajian, dia ditawarkan untuk berkerja disebuah butik miilik Dato’ Rohani. Perwatakan manis Imani yang sentiasa tenang dan tersenyum telah mencuri hati Rafiq (Amar Baharin), yang juga anak kepada Dato’ Rohani. Rafiq telah beberapa kali melamar Imani tetapi Imani memberi alasan yang dia masih belum bersedia untuk menjalinkan hubungan dengan lelaki.

Bukan dia tidak terpikat dengan ketampanan dan kebaikan Rafiq, cuma hatinya masih terikat dengan Alif kerana dia masih isteri Alif. Adakah Imani perlu mengorban rasa cintanya terhadap Rafiq sekali lagi dek kerana kisah silamnya bersama Alif? 

Lagu Tema / OST Alif Imani
- Dasyat nyanyian Kumpulan Mojo

Read More »

29 Jul 2015

Drama Ammara Batrisya Ditayangkan Semula Di Slot Samarinda TV3

Assalammualaikum..
Drama Ammara Batrisya lakonan Umie Aida, Erra Fazira, Adi Putra, Ungku Ismail, Betty Rahmad, Ku Haris, Tunku Hanis kini ditayangkan semula di Tv3 bermula 28 Julai ni. Drama Ammara Batrisya ini akan disiarkan dalam Slot Samarinda. Rasanya ramai jugak yang dah menonton drama ni dan tahu jalan cerita drama ni sebab cite ni pernah ditayangkan di TV9 untuk Slot Ratu pada penghujung tahun 2013. Drama ni mempunyai 14 episod dan diarahkan oleh Azma Aizal Yusof. Bagi aku drama ni ada unsur2 suspen dan misteri gitu, sebab kita akan tertanya-tanya dengan identiti Ammara yang misteri gitu dan apa motif Ammara mendekati Batrisya, Bagi yang belum menonton drama ni, aku sertakan sekali Sinopsis Drama Ammara Batrisya kat bawah ni k..

Sinopsis Ammara Batrisya

Ammara Batrisya menceritakan mengenai kehidupan dua sisi berbeza dua wanita, Ammara dan Batrisya. Ammara (Umie Aida) seorang gadis penuh misteri yang sedari kecil hidupnya dibaluti duka. Dia kehilangan kedua ibu-bapanya sejak kecil dan dibesarkan oleh mak ciknya di Australia. Ammara selain sukar ditafsir perlakuannya, dia juga dilihat terlalu obses dengan Batrisya (Erra Fazira), seorang selebriti popular yang menempa nama menerusi bidang pengacaraan.
Batrisya mempunyai personaliti menarik selain daripada menyimpan impian untuk menubuhkan sebuah yayasan bagi membela nasib wanita-wanita yang tidak bernasib baik. Kerana terlalu obses dengan Batrisya, Ammara cuba untuk mendekatkan dirinya kepada Batrisya dalam apa cara sekalipun. Satu insiden akhirnya telah menemukan mereka dan membuatkan mereka menjalinkan persahabatan tanpa Batrisyaa sedar, Ammara seakan-akan cuba mengawal kehidupan dan menjadi seperti Batrisyia. Ammara menyimpan dendam pada Batrisya dan juga ibunya kerana telah memusnahkan keluarganya ketika dirinya masih kecil.
Read More »

14 Jul 2015

Sinopsis Drama Cinta Iris Slot Ratu TV9


Assalammualaikum..
Bermula 10 Julai yang lalu drama terbaru untuk Slot Ratu iaitu Cinta Iris telah mula disiarkan. Drama ini mempunyai 14 episod dan merupakan terbitan Rumah Karya Citra. Drama Cinta Iris ini dibarisi oleh pelakon hebat seperti Raja Ilya, Ungku Ismail, Nazim Othman, Zain Hamid, Tunku Hanis dan ramai lagi. Skrip drama ini ditulis oleh Eirma Fatima dan diarahkan oleh Mohd Fazli Yahya. Tajuk asal drama ini adalah Bodyguard namun akhirnya ditukar menjadi Cinta Iris. Drama Cinta Iris ini disiarkan setiap Jumaat, jam 8.30 malam dan aku telah pun menonton episod awal drama Cinta Iris ni, dan ternyata memang best. Aku suka lakonan Raja Ilya sebagai watak utama drama ni dan nampak serasi jer die bergandingan dengan Ungku Ismail. Apapun lepas2 ni jalan cerita drama ni akan jadi sedih sikit, jadi sebelum tu jom ushaa Sinopsis Drama Cinta Iris kat bawah ni k.
Sinopsis Cinta Iris

Iris Damia (Raja Ilya) merupakan pelajar tahun akhir jurusan Kejuruteraan di Universitinya. Sikap kasarnya ala-ala tomboy membuatkan ibunya risau jika dia tidak mempunyai teman lelaki. Namun dalam diam, Iris diminati oleh seorang jejaka bernama Shahir (Ungku Ismail) daripada jurusan Pengajian Islam. Keperibadian Shahir akhirnya berjaya melembutkan hati Iris dan mereka berkahwin. Di awal perkahwinan, kehidupan mereka sangat bahagia lebih-lebih lagi apabila Iris disahkan mengandung anak pertama mereka. Namun malang menimpa apabila bayi Iris mati dalam kandungan, Iris begitu kecewa dengan apa yang terjadi dan mula bangkit dengan membuka syarikat kecil miliknya. 

Ternyata tindakan nekad Iris membuahkan hasil apabila perniagaannya kini semakin berjaya, krediblitinya mula diyakini dan syarikatnya mula menempa nama dalam bidang kejuruteraan. Iris meletakkan sepenuh kepercayaannya kepada suaminya Shahir untuk berurusan dengan pelanggan sehingga lewat malam. Kerana itu, Shahir mula berkenalan dengan seorang GRO bernama Leya (Tunku Hanis). Shahir akhirnya tergoda dengan Leya dan lupa pada pegangan agamanya selama ini. Leya mengambil peluang mengikis dan menghasut Shahir untuk meninggalkan Iris. Iris tidak menyangka Shahir tergamak berlaku curang malah telah menyelewengkan wang syarikat Iris. 

Iris tetap nekad bangkit semula demi anaknya selepas dia bercerai dengan Shahir dan turut mengupah seorang pengawal peribadi bernama Ray (Nazim Othman). Johari cuba melindungi Iris dan mahukan Iris lebih berhati-hati dengan lelaki. Johari juga menjadi tempat anak Iris bermanja. Kemunculan Johari (Zain Hamid), seorang usahawan yang dilihat cuba membantu Iris telah berjaya membuka pintu hati Iris yang sebelum ini tertutup rapat untuk lelaki. Tetapi dalam diam, Johari mempunyai perancangan untuk mempergunakan Iris. Mungkinkah ada bahagia kedua buat Iris? Adakah Iris akan sekali lagi membiarkan hatinya dilukai oleh lelaki?
Read More »

16 Apr 2015

Sinopsis Drama Ayuni Safira Slot Ratu TV9

Assalammualaikum..
Drama Ayuni Safira adalah drama terbaru di Slot Ratu Tv9 yang menggantikan drama Nasuha yang telah tamat episodnya. Drama ini mempunyai 14 episod dan dilakonkan oleh Aqasha, Siti Saleha, Maria Farida, Afiq Muiz dan ramai lagi. Drama ini adalah adaptasi daripada cerpen yang berjudul Hello My Slave. Kalau nak baca cerpen tersebut bolehlaa klik -> SiNi.. Bila dah baca cerpen tersebut memang konform best drama ni hehehe. Drama Ayuni Safira akan ditayangkan setiap Khamis dan Jumaat, jam 8.30 malam di Tv9. Jom baca Sinopsis drama ni kat bawah k..
Sinopsis Drama Ayuni Safira

Mengisahkan Ayuni Safira yang terpaksa berkahwin dengan Zafran bagi mengelakkan dia dari masalah besar. Manakala bagi Zafran pula, dia berkahwin dengan Ayuni Safira bukanlah kerana menyintai gadis itu tetapi memenuhi kehendak ibunya untuk membalas dendam kepada ibu Ayuni Safira. Ibu Zafran menyimpan dendam pada ibu Ayuni Safira kerana pernah memusnahkan rumahtangganya dulu. Setelah berkahwin Zafran mula merasakan dirinya sudah jatuh cinta pada Ayuni Safira. Apa yang bakal berlaku seterusnya, kena la tengok drama ni nanti k..
Read More »

19 Feb 2015

Sinopsis Drama Nasuha Slot Ratu TV9

Assalammualaikum..
Drama Nasuha menghiasi Slot Ratu di TV9 bagi menggantikan drama Satu Hari yang sudah tamat. Drama Nasuha ini mempunyai 14 episod dan dibintangi oleh Tasha Shilla, Shah Iskandar, Fattah Amin, Miera Liyana, Faye Khusairi dan ramai lagi. Drama ini telah pun ditayangkan di Tv9 bermula 3 Feb yang lalu dan diarahkan oleh Shuhaimi Lua serta merupakan terbitan Zeel Production. Sape tengok drama ni? apapun meh layan Sinopsis drama ni kat bawah k..

Sinopsis Drama Nasuha

Nasuha mengisahkan persahabatan akrab Nasuha dan juga Zahid. Hidup di dalam keluarga yang miskin banyak mengajarkan Nasuha erti ketabahan dan kematangan. Dan kerana itu juga, dirinya banyak dibantu oleh Zahid sejak kecil lagi. Sehinggalah satu insiden tragis yang meragut penglihatannya. Kerana keadaan keluarganya yang daif, Nasuha tidak mampu dirawat dan terpaksa menerima ketentuan dia akan menjadi buta dan tidak lagi dapat melihat keindahan dunia. Dalam meningkat remaja, Zahid memendam perasaan cinta terhadap Nasuha dan berharap Nasuha membalas cintanya. Zahid menerima seadanya Nasuha kerana kesucian hati Nasuha sudah menjadikan dia sempurna di mata Zahid.
Namun persahabatan mereka tidak kekal lama. Kerana hutang bapanya yang tidak berbayar, Zahid terpaksa menyertai satu kumpulan gengster .Zahid tiada pilihan selain membiarkan dirinya ‘mati’ dan hidup sebagai Zack, seorang penjenayah.
Kehilangan Zahid benar-benar member tamparan kepada Nasuha. Namun, kemunculan Irfan membuka hatinya tentang cinta. Marina, tunang Irfan cemburu melihat Irfan yang selalu menemaninya di pasar. Kerana cinta yang tidak berbalas dan benci melihat Nasuha bersama Irfan, Marina mengupah Zack untuk membunuh Nasuha.
Adakah Zack akan membunuh seseorang yang paling disayangi dalam hidupnya? Apakah segala rahsia ini akan terbongkar? Apakah Nasuha mengecap bahagia dalam hidupnya?
Read More »

3 Dis 2014

Sinopsis Drama Satu Hari Slot Ratu Tv9

Assalammualaikum..
Drama terbaru untuk Slot Ratu di Tv9 akan bersiaran mulai selasa ini. Drama tersebut bertajuk Satu Hari dan dilakonkan oleh Remy Ishak, Sara Ali, Rita Rudaini, Miller Khan dan ramai lagi. Drama ini akan menggantikan drama Setitis Kasih Darmia dan mempunyai 14 episod. Kalau tengok dari Sinopsis, drama ni nampak macam best jer. So jangan lupa tengok drama ni di Tv9 dalam slot ratu setiap Selasa dan Rabu pada pukul 8.30 malam. Sebelum tu jom layan Sinopsis drama ni kat bawah k..

 Sinopsis Drama Satu Hari
Mengisahkan Isfahan (Remy Ishak) yang membawa diri ke Sarajevo kerana tidak dapat menerima hakikat bahawa isterinya, Lia (lakonan Rita Rudaini) curang dengan sahabat baiknya sendiri, Moez (Miller Khan) biarpun telah berkahwin selama sembilan tahun dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Puteri. Isfahan kemudiannya bertemu Sabrina (Sara Ali) seorang penganalisa air mentah di Sarajevo. Dalam hati yang tidak keruan, tidak pernah sekali pun terdetik di hati kecil Remy bahawa dia akan bertemu cinta baharu di ibu negara Bosnia-Herzegovina itu. Keletah comel dan misteri sikap yang dimiliki si gadis, Sabrina akhirnya membuka pintu hati Isfahan untuk bercinta kembali, namun dia masih terikat dengan memori silam. Namun Isfahan terpaksa pulang semula ke tanah air gara-gara kematian Puteri. Selepas terpaksa pulang semula ke tanah air, kesetiaan hati Isfahan kemudian diduga apabila Lia kembali menagih cinta lama selepas diceraikan Moez. Adakah Remy kembali menyulam kenangan lalu atau kekal bersama cintanya bersama Sabrina yang ditinggalkan di Sarajevo? Apakah kesudahan kisah cinta mereka?
Read More »

15 Okt 2014

Sinopsis Drama Setitis Kasih Darmia TV9

Assalammualaikum..
Setelah tamat drama Astana Cinta Aleesa..kini muncul lah drama baru yang berjudul Setitis Kasih Darmia lakonan Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose. Drama ini akan bersiaran di Slot Ratu TV9. Gandingan kali kedua Sharnaaz dan Nelydia ini pastinya membuatkan penonton x sabar untuk menonton drama ni kan. Drama Setitis Kasih Darmia ini merupakan adaptasi dari novel. Dari sinopsis dibawah ni macam aku dah pernah baca jer novel ni tapi tak ingat sangat hehehe. Apa pun Jom layannn sinopsis drama ni dibawah yer..

Sinopsis Drama Setitis Kasih Darmia

Mengisahkan kehidupan gadis bernama Darmia yang kehilangan kasih ibu dan terjebak dengan perkahwinan tanpa rela dan tidak pernah diduga apabila terpaksa menikahi lelaki yang tidak pernah dikenalinya. Lelaki yang bernama suami meninggalkannya kerana maruahnya tercalar. Mujur ada Opah (Fauziah Nawi) dan Haliza (Zaryn Minn), sepupu yang memahami keadaanya sementara keluarganya yang lain mencemuh dan membenci dirinya.
Tawaran untuk menyambung pelajaran membuka lembaran baru buat Darmia apatah lagi ditawarkan untuk bekerja sambilan oleh Haliza. Dia melanjutkan pelajaran sambil bekerja separuh masa sebagai orang gaji di rumah majikan Haliza, Khairul Amir. Tanpa Darmia ketahui, Khairul Amir adalah suami yang pernah meninggalkannya empat tahun lalu. Oleh kerana dia bekerja di siang hari, dia tidak pernah bertemu dengan Khairul Amir sehinggalah satu hari mereka bertemu lalu tersingkaplah rahsia antara mereka berdua.
Menyingkap kejadian empat tahun lalu, Darmia dan Khairul Amir pernah bernikah akibat ditangkap khalwat setelah Amir cuba menyelamatkan Darmia dari menjadi mangsa rogol. Amir yang merasakan dirinya dipergunakan telah meninggalkan Darmia sejurus selepas dinikahi dan tidak pernah kembali lagi. Lelaki itu muncul dengan dendam yang tidak pernah dilupakan. Rahsianya harus disimpan sebaik mungkin. Buatlah apa sahaja pada dirinya, Darmia rela agar Haliza tidak disakiti. Dalam benci datang kasih. Jauh Darmia pergi, semakin kuat Khairul Amir mengejar.
Setitis Kasih Darmia memaparkan nilai kesabaran dan kekuatan Darmia dalam mengharungi pelbagai ujian demi pertahankan kebahagiaan hidupnya. Gandingan mereka berdua pastinya membuatkan penonton merasa teruja untuk menyaksikan kesudahan kisah kasih Darmia dan Amir yang penuh liku dan halangannya. Setitis Kasih Darmia ini turut membariskan ramai lagi pelakon hebat seperti Zarynn Minn, Josiah Hogan, Puteri Chichi, Azizah Mahzan, Fauziah Nawi, Liza Abdullah, Kazaruddin Saisi, Dato Jalaluddin dan Ziela Jalil.
Read More »

4 Sep 2014

Sinopsis Drama Astana Cinta Aleesa TV9

Assalammualaikum..
Drama terbaru di Slot Ratu TV9 yang dilakonkan oleh Emma Maembong, Nazim Othman, Amyra Rosli dan ramai lagi sudah mula ditayangkan bermula minggu lalu. Drama ini bersiaran setiap Selasa dan Rabu pukul 8.30 malam di TV9. Drama ni drama sedih, banyak bermain dengan emosi dan air mata gitu, apapun jom layan Sinopsis drama ni dibawah yer.

Sinopsis Astana Cinta Aleesa

Drama ini mengisahkan dugaan yang menimpa ke atas perkahwinan Aleesa (Emma Maembong) dan Zhariff (Nazim Othman) setelah kematian anak kedua mereka. Aleesa berubah menjadi separuh tidak betul yang akhirnya membuatkan Zhariff terpaksa menyerahkan tugas kepada Jimmy, rakan sekerjanya. Ketika itulah Jimmy mengambil kesempatan ke atas mereka. Zaleha juga salah seorang yang ingin menghancurkan kebahagiaan Aleesa kerana cemburu dengan apa yang dimiliki oleh Aleesa. Apakah yang bakal terjadi seterusnya? Mampukah Aleesa beroleh kebahagiaannya semula? kena laa tengok drama ni nanti.
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017