16 Apr 2015

Sinopsis Drama Ayuni Safira Slot Ratu TV9

Assalammualaikum..
Drama Ayuni Safira adalah drama terbaru di Slot Ratu Tv9 yang menggantikan drama Nasuha yang telah tamat episodnya. Drama ini mempunyai 14 episod dan dilakonkan oleh Aqasha, Siti Saleha, Maria Farida, Afiq Muiz dan ramai lagi. Drama ini adalah adaptasi daripada cerpen yang berjudul Hello My Slave. Kalau nak baca cerpen tersebut bolehlaa klik -> SiNi.. Bila dah baca cerpen tersebut memang konform best drama ni hehehe. Drama Ayuni Safira akan ditayangkan setiap Khamis dan Jumaat, jam 8.30 malam di Tv9. Jom baca Sinopsis drama ni kat bawah k..
Sinopsis Drama Ayuni Safira

Mengisahkan Ayuni Safira yang terpaksa berkahwin dengan Zafran bagi mengelakkan dia dari masalah besar. Manakala bagi Zafran pula, dia berkahwin dengan Ayuni Safira bukanlah kerana menyintai gadis itu tetapi memenuhi kehendak ibunya untuk membalas dendam kepada ibu Ayuni Safira. Ibu Zafran menyimpan dendam pada ibu Ayuni Safira kerana pernah memusnahkan rumahtangganya dulu. Setelah berkahwin Zafran mula merasakan dirinya sudah jatuh cinta pada Ayuni Safira. Apa yang bakal berlaku seterusnya, kena la tengok drama ni nanti k..

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

1 ulasan:

Marianne Eleanor berkata...

Sebelum cakap apa-apa, paling penting kami semua suka Siti Saleha, dan Aqasha, dan lain-lain tu, terutama sekali Mak Datin ibu Zafran. Orangnya ayu cantik walaupun bukan lagi lapan belas tahun. Nampaknya wanita ini akan cantik selamanya, nasib orang, bertuahnya macam gitu. Dulu ketika jadi Kak Long, Teduhan Kasih, dia pun watak yang lebih menarik dari heroine cerita itu. Se-gila-gila dia punya jahat, ada sesuatu tentang actress ini. Bagus!! Nahh sekarang, kami punya review. Ini bukan satu orang punya pendapat - tetapi tiga. Nasihat kami pada actors, actress, pilihlah skrip dan jalan cerita betul-betul bila menilaikan diri untuk cerita-cerita. Cerita yang lembab boleh membayangkan kelemahan diri sendiri - nanti tak pasal-pasal lain kali orang pakai remote control tukar channel. Ada penulis bagus, ada yang tak bagus, ada yang betul-betul teruk walaupun bukunya dikatakan bagus - jadi carilah yang betul sesuai.
Sifat Ayuni menghampakan. LEMAH, LEMAH, LEMAH!!!!!!!! Dah sampai Episode 10 belum lagi jumpa mak angkat dia, orang tua tu dah pucat sangat!
Status Zafran suami yang bodoh. Lembu cucuk hidung. Tak pandai buat keputusan. Kejam tu dah memang expected supaya menunjukkan yang itu character dia tetapi yang lain-lain perangai tu bodoh lembab sangat!
Emelda pula susah nak kasihankan dia, jadi tak payah lah kena racun macam padan juga!
Fakri yang paling kuat dalam cerita ini, buat suka hati dia, bagus juga dia punya acting - bila peluk-peluk bantal tu muzik pun bagus, nak tak nak kasihan juga. Ya lah, bila lihat orang menyinta hingga begitu, love is love no matter how it is.
Mak Tam nak dikatakan watak yang paling teruk, tat patut dibayar gaji! Tak guna untuk Ayuni, Emelda atau adik yang satu lagi.
Orang yang dicafe tu semua acting boleh kencang tetapi tak dibanyakkan skope, kasihan! Padahal semua tukang masak dengan Abang Bud tu ada kebolehan memberi lebih cahaya pada cerita ini.
Yang kasihan si Abang angkat. Mat ni stylo milo - patuh jaga keluarga, berkebolehan, sayang pada semua. Ini baru despatch rider, kalau dia yang duduk dikerusi Zahran cafe yang tak seberapa itu barulah jadi boom town!!
Si Mak Datin pula, orangnya cantik sangat! Hitam manis, profile paras dia very interesting dari semua angles. Sayang dia punya watak asyik nak suruh anaknya membuntingkan bini. Bukannya senang kerja made to order ni. Yang bodohnya dia tak periksa si Ayuni tak disukai mama dia yang gila sombong tu. Padanlah dibodohkan-ditinggalkan lakinya dulu. Sebab dah bertahun pun tak pandai-pandai!!
Sorry lah, saya yang tergila-gila terhegeh-hegeh kan cerita ini sangat sangat sedih cerita ni lembab sangat!
Sebenarnya Aqasha actor yang bagus tetapi skrip yang diberinya dalam cerita ini, rasanya dia pun penat - muka tu dah nak macam cari kerja lain aja laa.
Nak tunggu lagi empat episode aja. Tapi dari garis sini saja nampaknya endingnya pun bukan yang boleh membuat kita lompat bagi High 5!!

Related Posts with Thumbnails