3 Apr 2015

Sinopsis Drama Puteri Bukan Nama Sebenar Slot Zehra TV3


Assalammualaikum..
Drama Puteri Bukan Nama Sebenar adalah drama baru untuk Slot Zehra Tv3 bagi menggantikan drama Cinta Illahi yang telah tamat episodnya. Drama Puteri Bukan Nama Sebenar ini mempunyai 13 episod dan diarahkan oleh Azma Aizal Yusoof yang merupakan pengarah yang sama untuk drama popular Teman Lelaki Upahan. Drama Puteri Bukan Nama Sebenar ini dilakonkan oleh Christina Suzanne, Syarul Ridzwan, Faralyna Idris, Hafeez Mikhail dan ramai lagi. Drama ini telah pun ditayangkan di Tv3 mulai 27 Mac yang lalu. Apapun Jom layan Sinopsis drama ni kat bawah k..

Sinopsis Drama Puteri Bukan Nama Sebenar

Mengisahkan tentang hidup Laila yang menjalani kehidupan yang sukar sebagai ibu tunggal kepada Adam. Pelbagai dugaan yang terpaksa ditempuhinya. Laila berpendidikan rendah tetapi terang hati dan cepat belajar, selain itu dia juga tidak pandai bergaya dan mudah terlepas cakap sebelum berfikir. Suatu hari Laila telah berkenalan dengan Puteri, dimana Puteri telah menolongnya ketika dalam kesusahan. Ketika itu, Puteri dalam keadaan sarat mengandung ingin menuju ke destinasi rumah mertuanya. Puteri baru saja kematian suaminya. Amanat terakhir suaminya menyuruh Puteri untuk datang berjumpa dengan ibunya. 

Disebabkan itu, Puteri bersusah payah menunaikan amanat suaminya, Mikail. Laila yang bersama dengan Puteri di dalam bas tersebut tidak menyangka itu adalah pertemuan terakhir mereka. Bas yang mereka naiki hampir terbabas. Puteri mengalami hentakan dan segera dikejarkan ke hospital. Namun segalanya telah terlambat apabila Puteri dan bayinya disahkan meninggal. Pihak hospital telah menyerahkan barang2 Puteri kepada Laila. Akhirnya Laila membuat keputusan untuk menyerahkan barangan tersebut ke rumah ibu mertua Puteri.

Setibanya Laila dan anaknya ke rumah ibu mertua Puteri, die terpegun melihat kemewahan rumah itu. Datin Zarina dengan wajah serius menyapa Laila, Alisha tersenyum sinis melihat gaya Laila yang ala kekampungan itu. Ditambah lagi dengan kehadiran seorang jejaka yang bermulut celupar Mirza. Makin sakit hati Laila dibuatnya. Siapa sangka di rumah agam itu, status Laila bakal berubah. Dirinya bukan lagi Laila tetapi Puteri. Laila yang tiba2 bertukar nama menjadi Puteri di rumah itu selalu saja bertengkar dengan Mirza. Mereka diibaratkan sebagai anjing dengan kucing. Apa yang bakal berlaku seterusnya....


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails