9 Apr 2015

Hyde, Jekyll, Me - Korean Drama Review

Assalammualaikum..
Baru-baru ni aku ada menonton drama Korea yang bertajuk Hyde, Jekyll, Me / Hyde, Jekyll & I yang dilakonkan oleh Hyun Bin, Han Ji Min, Sung Joon dan ramai lagi. Drama ini mempunyai 20 episod dan tarikan utama drama ni semestinyalah sebab Hyun Bin kann hehe. Lagi pun Hyun Bin dah lama x muncul dalam drama selepas suksess dengan drama Secret Garden..(2011). Manakala Han Ji Min yang terkenal dengan drama Rooftop Prince..(2012) bergandingan dengan Hyun Bin untuk drama ni. Drama ni berkisarkan Go Seo Jin yang mempunyai masalah psikologi yang dikenali sebagai D.I.D (Dissociative Identity Disorder) yang mana wujud satu personaliti baru dalam dirinya yang dikenali sebagai Robin. Kedua-dua mereka jatuh cinta pada wanita yang sama iaitu Jang Ha Na. Namun Jang Ha Na lebih menyukai Robin berbanding Go Seo Jin. 
Rasanya semua pun tahu ramai yang suka membuat perbandingan drama ni dengan drama Kill Me Heal Me.. disebabkan jalan ceritanya yang hampir sama, iaitu kedua-duanya menceritakan tentang D.I.D (Dissociative Identity Disorder) namun situasi dan perwatakan dalam kedua-dua drama ni berbeza lah kan. Apapun bagi pendapat aku lah kan gandingan Hyun Bin dan Han Ji Min agak kurang serasi lah, tak nampak macam kekasih pun biasa2 jer. Rating drama ni juga agak sedikit rendah. Bagi aku dalam drama ni terdapat beberapa moment yang membosankan. Aku pun sampai skip beberapa episod drama ni hehehe tapi aku still baca recap/sinopsis episod cite ni yang aku skip tu untuk aku lebih faham dan tak tertinggal apa2. Apapun aku suka gak tengok perwatakkan Robin yang baik hati dan suka tolong orang tu, paling best watak Robin sangat suka tersenyum berbanding Go Seo Jin yang sentiasa serius tu.
Dalam cerita ni juga turut diterangkan mengenai Robin yang berubah menjadi personaliti baru yang bernama Terry. Personaliti Terry ni adalah jahat dan pernah cuba untuk membunuh doktor yang merawat Go Seo Jin tu. Namun personaliti Terry ni hanya muncul sekali kot, pastu diorang dah x mention langsung pasal personaliti Terry ni lagi. Bagi pendapat aku lah kan patutnya personaliti Terry ni harus dikembangkan lagi wataknya baru jalan cerita drama ni makin menarik. Namun drama ni lebih memfokuskan mengenai Robin dan Go Seo Jin jer serta mengenai cinta tiga segi diorang dengan Jang Ha Na tu. Kemunculan watak Yoon Tae Joo atau Lee Soo Hyun tu pun menarik gak yang mana die cuba membalas dendam pada Go Seo Jin tu. Namun watak Lee Soo Hyun ni hanya muncul sampai episod 15 jer kot pastu jalan cerita lebih memfokuskan pada Robin dan Go Seo Jin.
Apapun episod 19 dan 20 dalam drama ni memang sangat sedih laa especially masa Robin dah start hilang ingatannya, memorinya sebagai Robin mula hilang sedikit demi sedikit dan Jang Ha Na sangat sedih bila die tahu Robin akan menghilang tak lama lagi kerana Go Seo Jin sudah mula sembuh. Memang 2 episod akhir ni sangat menyedihkan, namun kehilangan Robin akan membuatkan Go Seo Jin menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya kerana personalitinya dan Robin akan bersatu. OST atau lagu-lagu dalam drama ni juga best dan sedap didengar. Aku nak tergelak juga tengok perangai sepupu G.Seo Jin yang bernama Ryu Seung Yeon yang sentiasa jealous dan mencari jalan untuk menjatuhkan G.S.Jin. Die sangat busy body dengan hal2 peribadi G.S.Jin. Sampai satu tahap die plak yang jadi x betul dan terpaksa buat yoga untuk menenangkan dirinya serta membuang sifat iri hatinya pada G.S.Jin tu.
Aku juga agak menyampah gak dengan bapa Go Seo Jin tu sebab die memang terkenal dengan watak2 jahat dalam drama2 korea contohnya macam dalam drama Hotel King.., Shine or Go Crazy dll. Apapun aku bagi drama ni 3 bintang dari 5 bintang untuk drama ni.


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

4 ulasan:

Siti Aisya Ibrahim berkata...

samalah, kita pun rasa drama ni bosan sikit dekat tgh2 dia...tapi ending dia memang sedih habes...berjurai2 air mata kita....hahahahhaah :D

Cikgu Norazimah berkata...

Salam mesra..

Jemput join Segmen Bloglist Mei-Jun CN yer : http://www.cekgunorazimah.com/2015/03/segmen-bloglist-mei-jun-2015-by-cn.html

lala yusof berkata...

beestye lyn cite korea kn...kdg2 taknak stop

perubatan khalifah berkata...

ni cerita yang saya dah terlajak tengok, sejak abis 'pinocchio' ari tu.
dah sampai bab yang mana Lee Soo Hyun menyerah diri.
huhu, memang agak bosan, ni cerita korea yang pertama saya ada skip2.
haha, pe-pe hal pun, cik punyer review memang tepat dan jujur.
memang akan jadi rujukan saya selepas ni.
terima kasih.
-blogspot : rawatankanser2013

Related Posts with Thumbnails