-->

15 Feb 2010

FILEM “PISAU CUKUR’ SO QIUT..





Baru2 ni aku berkesempatan menonton filem Pisau Cukur…emm not bad, menghiburkan, mmg quit la cite ni..
Actually, sejak filem ni ditayangkan pada Nov tahun lalu, aku sudah tergerak hati ingin menontonnya..namun malangnya filem ni x ditayangkan di Prangin Mall..benggong tul..x tau knp x ditygkan..jadi aku pun terpaksa la menunggu sehingga dapat melihat cite ni baru2 ni..

Apa yg dapat aku ulas..cite dia best..namun antara sedikit kelemahan yg aku nmpk adalah pemaparan kapal dan lokasi sekitar kapal,pemaparan laut nmpk sgt mcm x berkualiti..x nmpk real..walaupun x shooting atas kapal,tp seelok-eloknya biarlah dapat menyakinkan penonton…namun kelemahan ni diatasi dgn lakonan mantap para pelakonnya. Ramai pelakon hebat dlm cite ni mcm fazura,maya Karin,aaron aziz,liyana jasmay,umie aida dll..aku mang minat ngan fazura dan maya Karin..mmg comel la..hehe..fazura mmg quit sgt..wataknya mmg sesuai ngan personality dirinya yg byk ckp tu hehe.die mmg quit sgt lam cite ni..maya Karin lagi la..mmg x dpt dinafikan kehebatan lakonan die..siap kena menari tarian cha cha lgi hehe..

Banyak isu2 yang berjya dikupas dan diketengahkan dalam filem ini misalnya isu poligami, isu status kewangan, isu hak wanita, malah isu seksualiti juga turut diselitkan..
Yakni mengenai isu gay dan lesbian..turut dipaparkan..filem ni berunsurkan moden dan urban..namun rasanya mmg enjoy tgk cite ni..setakat enjoy tu bolela..jgn harap lebih2 la..
Namun filem ni x lari dari unsur stereotype wanita..dimana ianya memaparkan wanita yg feminin semata-mata..

selain turut melabelkan wanita sebagai golongan yang materialistik, perampas suami orang dan sebagainya. Hal ini memberi persepsi yg negatif pada wanita yg seolah-olah pentingkan duit semata-mata..selain menunjukkan wanita x dpt berdikari dan hanya bergantung pada lelaki (sugar daddy) semata-mata terutamanya dari segi kewangan. Walaubagaimanapun terdapat aspek positif juga dlm cite ni dimana watak fazura cuba membuktikan dirinya juga mampu berjaya dgn usahanya sendiri tanpa bergantung dgn wajahnya yg cantik semata-mata. Begitu juga dgn watak Maya Karin yg akhirnya sedar bahawa lelaki yg hnya kaya diluaran tapi tidak didlm serta tidak mampu melindunginya dan mempertahankannya tidak akan membawa kebahagian pada dirinya..

apa pun mmg enjoy la tgk cite ni..
p/s:sekarang dok tggu filem Shah Rukh Khan n Kajol tajuknya “My Name Is Khan”..
sinopsis die best la..cite yg unik..pertembungan dua agama,budaya,kecacatan,keganasan,
konflik,perpisahan dsbnya..suatu cerita yg serius,sarat dgn konflik..menarik…kalau x menarik x kan kajol nak berlakon semula kan selepas beberapa tahun menyepikan diri.Filem ni dok tayang kt panggung wayang dh..aku tggu vcd/dvd die kuar kot..nak gi tonton kt pnggung pun xde sape yg nk tgk cite hndustan kt pnggung tmbh2 my fren.bagi aku la lau cite Shah Rukh khan bole la layan gak..tp lau cite lain tu sorry la..hehehe


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017