semua serbi tak kena
meratap pada nasib yg x menyebelahiku..
badai tiba2 melanda
dimana semangat juang aku itu
adakah telah berkubur bersama semangat pejuang yg terkorban
atas semangat jihad mereka..
Allah hu Akhbar..
Allah hu Akhbar..
cemburu kah aku..pada takdir insan lain
mungkin takdir aku direncanakan pada jalan lain
yg mungkin lebih baik untukku
namun aku hanya insan biasa
tak dapat mengelak daripada merasainya
mengapa aku jadi begini..huhu
adakah ini erti hidup..
tepuk dada tnyalah selera..
aku terlalu selesa dgn keadaan sekarang
bagaimana pula dengan masa depan
pastinya kesukaran menanti diriku
aku tahu bagaimana masa depan bakal ku tempuh
namun tiada persediaan yg aku lakukan
apa nak jadi ni..
bila khabar gembira disampaikan
ianya bertukar gerhana atas pelbagai alasan..
pelbagai rasa..
sepi----
sunyi-----
mengapa tiada kebahagiaan menghampiriku
adakah kerana aku tidak layak mendapatnya
atau kerana aku yg tidak mencarinya
atau mungkinkah ianya yg bersembunyi dariku
persoalan kenapa menerjah fikiran
terbaikkah aku?tidak begitu
mungkin usaha ku tidak cukup..
entahlah..sesetengah insan pernah berasa seperti ku
namun mula berubah bila kebahagiaan menghampirinya
tidak kurang juga ada yang akan melangkah ke alam baru
ingin aku meraikan hari bahagianya
namun banyak kekangan dan halangan..
pasti meriah di sana..cantik serta sama padan
aku yakin dirinya akan menjadi wanita yg bertuah dan tercantik
di hari bahagianya..
bakal menjadi isteri org dah dirinya bersama insan tercinta..
tahniah ku ucapkan banyak halangan dalam percintaan mereka..
aku kadang2 menjadi saksi pada halangan berkenaan
namun bak kata pepatah"kalau dah jodoh x ke mana"
bagaimana pula aku?tidakkah aku mahu mengikut jejak langkahnya?
entahla..aku serah bulat2 pada jodoh..
banyak kekurangan pada diri ini
gusar tidak dapat membahagiakan org lain
kerana kehidupan sendiri juga sudah cukup serabut
dengan pelbagai masalah dan dugaan
walau x sehebat mana
ianya mampu meruntuhkan benteng keyakinanku selama ini.
semangat baru harus dicari..tapi bagaimana?
adakah dia akan datang sendiri..
atau aku yg harus mencari semngat itu yg semakin hilang..
emmmm..........
alangkah bagusnya kalau ada yg dapat membantu dan memahami
segalanya..namun sia2..
yg tersirat tetap tersirat
tak perlu menukarnya menjadi tersurat
kerana ianya tak seindah
seperti yg disangkakan dan sebagaimana yg dilihat oleh orang lain..
hati aku tiba2 sedih...mendengar perkhabaran itu..
merentap separuh semangat aku
mengenang nasib di saat ini
dan di kemudian hari..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.