-->

10 Feb 2010

Secoret Kisah ttg RosLi Dhobi part 2-










Setiap selasa pukul 10.30 mlm aku x lepas peluang untuk menonton Astro Prima kerana ada cite “WARKAH TERAKHIR”seperti entry aku yg terdahulu bagi sape2 yg dah baca pasti dah faham kenapa aku minat tgk cite ni..mmg best..

Smlm aku tgk cite tu mang sedih la..terutama waktu watak Rosli Dhobi yg dilakonkan oleh Beto Khusyairy berkelakuan pelik sikit di rumahnya kerana esoknya die akan melakukan pembunuhan ke atas gabenor srwk ke-2..jadi waktu ni die banyak merenung dan memerhati gelagat ahli keluarganya..huhu sedey je tgk..sebak pun ada..

Anyway utk pengetahuan korang yg x tau, aku nk gtau bahawa dokumentari Rosli Dhoby yg disiarkan di Astro Prima tu telah pun menang Anugerah Dokumentari Ilmiah Terbaik Malaysia 2009..memang mantap kan..dan aku rasa mmg amat layak dokumentari ni menang..berbaloi-baloi la..dan selain itu dokumentari tersebut dan juga drama siri Warkah Terakhir tu telah layak ke FiNaL ASiaN TV Awards 2009 di Singapore..tapi rezeki xde..x menang..namun okla dapat masuk final kan..

Well seperti yg korang tgk..blog aku ni masih baru lg..aku pun x tau ada ke x org yg membaca apa yg aku tulis kt dlm blog ni..kalau nk tgk dr segi komen mmg selalunya xde org komen pun kosong je hehe..tp bak kata org “xde org komen x semestinya xde org yg membaca kan”hehe..kalau ade pembaca setia tu time kasihla sgt2 krn sudi jenguk2 kt blog ni..sesungguhnya yang buruk dtg dr aku dan yg baik dtg dr Allah SWT..

Berbalik ttg cite Rosli Dhobi ni..x sangka pulak aku yg anak sedara Allahyarham Rosli Dhoby iaitu En.
Bolhassan Bin Ainnie Dhoby sudi menjenguk dan membaca tulisan aku ttg Rosli Dhobi dalam entry yg terdahulu..terima kasih saya ucapkan..

Actually aku yg add En
Bolhassan Bin Ainnie Dhoby kat facebook dari situla die tau alamat blog aku sume..n die ada hantar mesej kat aku di FB dan memberitahu serba sedikit info ttg Rosli Dhobi..Menurut beliau juga info2 di Internet ttg Rosli Dhobi banyak yg tidak tepat..jd jgnla cepat percaya okey...Menurut beliau lagi,Rosli Dhoby adalah orang Melayu bukan orang Melanau spt yg ada kt bbrp blog, mungkin ada kpentingan org2 yg x btanggungjawab. Beliau juga turut terlibat secara langsung dalam pembikinan dokumentari dan juga drama berkenaan.

Apa pun syabas dgn penerbitan drama dan dokumentari berkenaan..

Al-Fatihah untuk Allahyarham Rosli Dhoby......................


p/s-aku rase mesti ade yg buat latihan ilmiah tahun ni ttg Tajuk Rosli dhobi..hehe bgus2x..time aku dulu xde lg yg buat.






Tiada ulasan:

Catat Komen

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017