-->

13 Okt 2011

MaHaRaJa LawaK MeGa baKaL menGgegar SekaLi Lagi..



Assalammualaikum…

Fuhh x sangka dlm setahun boleh ada dua program Maharaja Lawak..haha..
Pandai tul Astro merancang ek..
Aku pun x sangka leh ada Maharaja Lawak Mega pasni..mula2 terpikir gak..sape
Yg akan bertanding..x kan yg dh menang sume tu bertanding lagi sekali..x logik la plak
Akhirnya terjawab sudah..para peserta kali nih rupanya mmg lebih otai,lebih berpengalaman dan lebih gamat dan lebih la segala-galanya hehe..lebih hebat turut menggabungkan pelawak2 dri Indonesia dan Singapura..fuhh mantap gak tuh.
Otai2 yg kebanyakannya mmg dikenali ramai..dan kebanyakannya mmg pelakon drama, filem,pengarah filem pun ada okey..mesti lawak giler kan..kebanyakan mereka bertanding secara berkumpulan..hanya dua orang je yg mmg berani giler bertanding secara solo iaitu JaLiL Hamid dan AdLin Aman Ramli..haha mmg dasyat la diorang nih..berlawak secara solo mmg payah..tpi diorang berani..

Bakal memulakan siaran secara langsung pada setiap hari jumaat, jam 10.00 malam bermula 28 Oktober, program ini menampilkan 47 orang pelawak professional dari tiga buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia.
Masih menggunakan format dan konsep yang hampir sama, nasib para peserta akan diadili dengan gabungan system pemarkahan juri tetap dan undian penonton. Kuasa Imuniti tetap dimiliki oleh ketiga-tiga juri tetap dan akan digunakan selepas mendapat persetujuan ketiga-tiga mereka.
Peserta yang paling menyerlah dan berjaya memikat hati juri dan para penonton bakal dinobatkan sebagai juara dan akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 350 000.
Menurut Pengurus Pakej Mustika, encik Nizam Sani, senarai peserta yang dipanggil adalah berdasarkan tawaran yang diberikan oleh pihak Astro dan kumpulan pula terbentuk berdasarkan pemilihan mereka sendiri.

“Kami member kebebasan untuk mereka sama ada untuk bertanding secara solo atau berkumpulan, ikut keselesaan mereka kerana keserasian itu dibentuk sendiri oleh peserta.
“Rancangan ini menjanjikan pelbagai kelainan menerusi penyampaian dan cara yang bakal ditonjolkan oleh setiap peserta. Hingga pada penghujung rancangan ini nanti, kita bakal menemukan juara yang akan bergelar “Otai Segala Otai”,”jelas Nizam Sani.


SENARAI PESERTA
Berkumpulan:
Pimai ( Sathiya, Imuda, dan Mat Over)
Hiro (Hamdan, Ilya, dan Ropie)
Boboi (Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik)
Anje (Achong dan Joey)
Osbon (Mr Os dan Abon)
Bawal Power (Bob Kuman dan Sobri)
Rap (Aziz Kota, Pak Lah, dan Rama)
Comel (Radhi Khalid dan Bell ngasri)
3G (Yassin, Didie Alias, dan Enot)
Syok (Suhaimi, Ifa Raziah dan Arif Sudin)
Gebu ( Hani dan Azian)
Bawel (Dodon Jambul, Amin Bawel, Dadang Ragas)
Lanun ( Jegan, Elyas dan Saiman Al Farisi)
Saehu (Eko, Bocil dan Vicha)
Caer (Adeteo, Mister Ibo dan Lugiana)

Solo:
Adlin Aman Ramli
Jalil Hamid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017