-->

24 Mei 2016

Babysitter & Page Turner - Korean Drama Review

Review Drama Korea Babysitter dan Page Turner

Assalammualaikum..
hari tu ada yang request review drama Korea Babysitter so ini reviewnyer, tapi aku akan buat review ringkas 2 drama sekaligus sebab kedua-duanya drama ini adalah drama special, yang mana episodnya sedikit saja iaitu antara 3 hingga 4 episod jer. Drama Korea Babysitter ada 4 episod jer dan disiarkan pada 14 Mac hingga 22 Mac 2016 manakala drama Page Turner ada 3 episod dan disiarkan pada 26 Mac hingga 9 April. Aku akan start dengan review drama Babysitter dulu k, drama Babysitter ni dilakonkan oleh Kim Min Joon sebagai watak Yoo Sang Won, Cho Yeo Jeong sebagai Chun Eun Joo (isteri Yoo Sang Won), Shin Yoon Joo sebagai Jang Seok Ryu (Babysitter), Lee Seung Joon sebagai Pyo Yeong Gyun. Rasanya sape2 yang tengok drama Babysitter ni pastinya geram dengan gelagat Babysitter yang sepatutnya menjaga anak2 majikan tapi sebaliknya berlaku apabila die ada affair dengan suami majikannya. Si suami pun satu hal, dah ada anak dan isteri yang cantik pun masih ada hati nak curang dengan perempuan lain. Jang Seok Ryu merupakan seorang perempuan muda yang cantik, terpelajar dan cuba mencari duit lebih dengan menjadi babysitter kepada satu keluarga yang kaya raya ni. Siapa sangka yang Jang Seok Ryu seorang perempuan licik dan materialistik.
Dari awal lagi Jang Seok Ryu sudah ada plan dan rancangannya yang tersendiri iaitu menggoda Yoo Sang Won. Tak leh blah bila Yoo Sang Woon ni pun boleh tergoda dan seterusnya ada affair dengan perempuan tu dibelakang isterinya iaitu Chun Eun Joo. Walaubagaimanapun Chun Eun Joo sudah berasa tidak sedap hati dan boleh mengagak yang suaminya ada affair dengan babysitternya sendiri. Seterusnya Chun Eun Joo cuba memberhentikan Babysitternya seterusnya memberi amaran agar jangan ganggu suaminya lagi. Namun Babysitter tersebut iaitu Jang Seok Ryu langsung tidak takut ataupun tergugat dengan amaran C.Eun Joo malah menjadi lebih berani untuk menggoda Y. Sang Won. Lebih sakit hati apabila suaminya masih meneruskan kecurangannya walaupun tahu isterinya sudah sedia maklum akan hal tersebut. Lakonan Shin Yoon Joo sebagai Babysitter tu patut dipuji sebab memang menjadi memang rasa benci, geram dan menyampah giler dengan watak die ni, part x leh blah sekali bila die sentiasa yakin dan langsung tak makan saman. Lagi menyakitkan hati apabila mak, ayah Yoo Sang Won yang merupakan mertua kepada C.Eun Joo juga suka pada keperibadian J.Seok Ryu yang terpelajar tu.
Lagi menyampah bila Jang Seok Ryu berkahwin dengan kawan baik Yoo Sang Won iaitu Pyo Yeong Gyun. Bila die dah kahwin lagilah Yoo Sang Won tu jadi tak tentu arah sebab dah tergilakan bekas babysitter tersebut hahaha. Aku pun tak faham dengan gelagat Pyo Yeong Gyun yang sangat open minded tu, walaupun tahu perangai isteri die macam mana tapi still boleh terima sebab perangai die pun playboy gak. Memang kesian giler laa dengan watak Chun Eun Joo tu, dah laa suami curang, pastu mak dan ayah mertua tak suka plak kat die, lebih tragis bila die dimasukkan ke hospital mental walaupun die tak giler, dan kemudian die dimasukkan ke dalam penjara pula. Memang kesian giler ditambah lagi apabila babysitter tersebut boleh lak gi melawat plak tu pastu seronok tengok C.E.Joo tu menderita. Di akhir cerita baru kita tahu yang babysitter tu ada dendam kat C.Eun Joo sebab dah rosakkan keluarganya tapi memang tak logik gak laa dendam tu, sebab bukan salah Chun Eun Joo tu. Dalam drama ni juga ada twist yang tidak dijangka, sebab ingatkan C.Eun Joo yang bunuh babysitter, suami die dan suami babysitter tu rupanya tidak sebab suaminya Yoo Sang Won masih hidup dan die lah yang bunuh sebab terlampau marah n cemburu semua. Ending drama ni agak kurang jelas sikit dan mengejutkan jugak laa sebab tak sangka yang akhirnya C.Eun Joo bunuh suaminya yang tak guna tu dengan merancang kemalangannya. 
Tapi still ada something yang kurang jelas sikit bagi aku, apapun memang emosi giler laa tengok drama ni hahaha, suspen n ada twistnya yang best. Ost lagu2 dalam drama ni memang best, unik dan sedap didengar. Apapun aku bagi 7.5 bintang untuk drama Babysitter ni. Drama Page Turner pula dilakonkan oleh Kim Soo Hyun, Ji Soo, Shin Jae Ha, Ye Ji Won dan ramai lagi. Jalan cerita drama ni lebih simple mengenai cita-cita dan impian. Awalnya agak stress tengok perangai mak Yoo Seul yang terlampau mengongkong hidup anak die tu tanpa memikirkan perasaan anak die. Yoo Seul ni jenis anak yang baik dan ikut cakap mak die, Yoo Seul seorang pelajar seni dan mempunyai kemahiran untuk bermain piano dengan baik. Tambahan lagi mak die juga seorang pengajar Piano, Yoo Seul sentiasa menang pertandingan yang disertainya. Walaubagaimanapun Yoo Seul ni sentiasa bermusuh dengan Jin Mok yang merupakan pesaing terdekatnya. Suatu hari Yoo Seul mengalami kemalangan dan akhirnya menjadi buta dan tidak dapat bermain piano lagi selepas ini. Yoo Seul mula berasa benci dengan sikap mak die yang cuba mencari jalan untuk die bermain piano lagi. Kehadiran kawan barunya Cha Sik dan pertolongan Ji Mok berjaya mengubah hidup Yoo Seul ke arah lebih baik.
Drama ni mempunyai banyak pengajaran dan nilai2 murni, disamping tiada scene2 cinta tiga segi ker apa ker, sebaliknya memfokuskan tentang kehidupan 3 orang anak muda yang cuba mencari impian baru, dan mencapai apa yang diimpikan dengan berusaha keras. Tak boleh blah part Cha Sik yang percaya bulat2 kata2 mak die yang ayahnya seorang bintang terkenal. Siap hantar surat banyak2 kat orang yang disangka bapanyer haha. Kecewa betul bila die tahu, mak die just reka2 cerita jer supaya die dapat impian baru. Kalau korang nak tengok drama yang boleh bagi inspirasi atau semangat boleh laa try tengok drama Page Turner ni. Ending drama ni juga tergantung apabila die habis tiba2 tanpa kita ketahui bagaimana reaksi Yoo Seul, apabila die tahu bukan partner die Cha Sik yang bermain piano bersamanya di pertandingan tersebut tetapi sebaliknya musuh ketatnya Ji Mok yang membantu dan menggantikan tempat Cha Sik dengan dibantu oleh Mak Yoo Seul sendiri sebagai Page Turner. Aku dah boleh bayangkan mesti Yoo Seul tu marah giler bila die tahu perkara sebenar, namun akhirnya die mesti happy gak sebab die menang pertandingan tersebut. Cara diorang main piano tu memang nampak menyakinkan betul, macam real jer diorang main piano tu semua hehe. Apapun aku bagi 7 Bintang dari 10 Bintang untuk drama Page Turner ni.

3 ulasan:

  1. skg yui bru layan descendants of the sun..huhuh.
    t lyn len lak

    BalasPadam
  2. Suka drama korea sangat2.Padahal biasa ja jalan cerita dia kan..

    BalasPadam
  3. Asalamualaikum...dik cik akak dah beli novel..
    nanti ada pos laju hantar....
    Novel: Lelaki edisi terhad...
    maklumkan akak kalau dah dapat ok....

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017