Malaysia Bertemu Denmark Di Perlawanan Badminton Separuh Akhir Piala Thomas 2016
Assalammualaikum..
Dari dulu lagi aku memang suka tengok perlawanan Badminton berbanding Bola hahaha. Last Malaysia jadi juara dan menang Piala Thomas adalah pada tahun 1992. Selepas tu banyak kali juga Malaysia layak ke Final Piala Thomas tapi selalunya kalah huhu. Pada edisi Piala Thomas 2014 Malaysia layak ke perlawanan akhir Piala Thomas namun kalah dengan Jepun laa pulak. Hope tahun ni Malaysia mampu menang. Di edisi kali ini, Jepun telah kalah di perlawanan Suku Akhir dengan Denmark dan Denmark akan menentang Malaysia di Separuh Akhir, Indonesia juga telah layak ke Separuh Akhir dan akan menentang Korea nanti. Seandainya Malaysia menang menentang Denmark, lawan yang menunggu Malaysia di Final sama ada Indonesia atau pun Korea.
Agak sengit juga perlawanan Korea vs China tu, dan akhirnya China tewas di tempat sendiri, Malaysia dah pun menentang Korea di peringkat kumpulan dan Malaysia menang 3:2 dan jadi juara kumpulan seterusnya menang menentang Chinese Taipei. Ketika menentang Korea, Malaysia menang untuk ketiga-tiga perlawanan perseorangan. Manakala kalah untuk beregu, Sememangnya beregu Korea sangat kuat dan laju dari segi corak permainannya. Pantang bola tinggi asyik nak smash hihi. Apapun aku harap Malaysia akan menang menentang Denmark nanti, takut gak kalau Denmark buat kejutan plak haha, apapun Malaysia Boleh!.. #ThomasCup2016
Jom Baca ni jugak --> Apa Yang Bestnyer Kat Brazil Tu!??..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.