-->

16 Mei 2016

Keputusan Pemenang Gempak Superstar 2016

Elizad Juara Gempak Superstar 2016

Tahniah buat Elizad kerana berjaya menjadi juara Gempak Superstar, kemenangan Elizad sudah dijangka kerana undiannya sentiasa tinggi dan berada diatas. Di final, Elizad menyanyikan lagu Makhluk Tuhan Paling Seksi dan Ketulusan Hati. Opening Gempak Superstar diserikan dengan persembahan Azlan & The Typewriter. Projektor Band turut membuat persembahan di pertengahan acara manakala Amelina turut muncul sebagai kejutan di persembahan kedua Arja Lee. Datuk Yusof Haslam pula menjadi juri jemputan untuk pentas final ini. Tak sangka juga Nazim Othman dapat tempat kelima, dah rezeki masing2 kan, kelihatan buah hati Nazim iaitu Bella Dally turut membantu sketsa pertama Nazim tu. Yassin, Fauziah Nawi, Khir Rahman turut membantu persembahan para peserta. 
Izreen Azminda turut membuat persembahan khas dengan menyanyikan lagu Fantasia Bulan Madu dan diakhiri dengan persembahan Amy Search sendiri dengan lagu Kerja Gila. Personally aku suka dengan persembahan kedua Sherry Ibrahim dengan lagu Tak Ada Logika, nampak Sherry juga all out masa menyanyikan lagu ni. Rasa bersemangat pulak tengok die menyanyi macam tu kan hehe, apapun nampak di round kedua tu semua peserta cuba berikan yaang terbaik. Tahniah buat semua finalis, jom tengok keputusan pemenang Gempak Superstar kat bawah ni k..
Juara Gempak Superstar 2016 - Siti Elizad
Naib Juara - Sherry Ibrahim
Tempat Ketiga - Arja Lee
Tempat Keempat - Soffi Jikan
Tempat Kelima - Nazim Othman
Anugerah Juara Terlajak Superstar - Sherry Ibrahim

2 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

  • Sinopsis Filem Bo-Peng30.01.2017 - 0 Comments
  • CPUV Nuffnang Edisi April25.04.2015 - 1 Comments
  • Lagu & Lirik Hujung Dunia Nyanyian Hanie Soraya24.07.2014 - 2 Comments
  • KaD RaYa SpeciaL~ZiZaN26.08.2012 - 12 Comments
  • Lagu/Lirik Ikut Rentakku- Jaclyn Victor (AJL28)25.01.2014 - 4 Comments
  • SaNgguL BeRacUN MeNaNg BeSaR DLm AnuGeRah SkRiN 2011.05.11.2011 - 3 Comments
  • Running Man Fan Meeting- Lee Kwang Soo In Singapore29.09.2013 - 6 Comments
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017