-->

7 Mei 2016

Bajirao Mastani - Review Filem Bollywood


Assalammualaikum..
Baru2 ni ada tengok filem popular yang banyak menang anugerah kat India ni iaitu filem Bajirao Mastani. Filem Bajirao Mastani ni release sama tarikh gak laa dengan filem Dilwale lakonan SRK n Kajol tu namun filem Bajirao Mastani lebih mendapat sambutan berbanding Dilwale di India tu. Filem ini turut memenangi banyak anugerah antaranya Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik disamping turut berada dalam top 5 filem terlaris tahun 2015. Filem ini dilakonkan oleh Ranveer Singh, Deepika Padukone, Priyanka Chopra dan ramai lagi. Tak silap aku filem ni dah lama nak dibuat tapi baru sekarang jadi kenyataan n Salman Khan dan Aishwarya Rai menjadi pilihan pengarah untuk berlakon dalam filem ni selepas kejayaan filem Hun Dil De Chuke Sanam. Namun memang takdelah diorang nak berlakon sama2 dah kan hehehe. Bagi aku filem ni bukan antara filem fovourita aku lah, rasanya aku lebih suka Devdas, Black, Jodha Akhbar berbanding filem ini. Tak tahulah kenapa, bagi aku filem ni memang aku tak berapa gemar.
Di permulaan cerita hingga dekat2 pertengahan banyak babak2 perang jer hehe, bila muncul watak deepika sebagai Mastani membuatkan filem ni sedikit menarik sebab watak mastani seorang puteri yang juga pahlawan wanita gitu. Die sangat berani siap gi berperang sama2 ngan Ranveer Singh yang memegang watak Bajirao tu. Part tak leh blah bila Mastani dengan Bajirao ni saling jatuh cinta lak, sedangkan si Bajirao tu dah ada isteri yang bernama Kashi (Priyanka Chopra) Anak sulung diorang pun dah besar plak tu haha. Dah la si Kashi ni seorang isteri yang setia dan sangat sayangkan suami die si Bjirao tu, tapi boleh plak si bajirao ni angau kat Mastani. Tambah tak leh blah bila Mastani sanggup tinggalkan keluarganya, rakyatnya dan segalanya untuk datang mencari Bajirao demi menagih cinta walaupun tahu risikonya. Memang kesian giler dengan Kashi tu, die sedih dan makan hati jer dengan sikap suaminya tu. Walaupun semua orang menghalang percintaan Bajirao dan Mastani ni namun diorang tetap bersama dan menghadapi segala dugaan.
Bajirao cuba untuk memberi hak2 yang sama pada Mastani iaitu hak sebagai Isteri keduanya bukan sebagai perempuan simpanan namun hal ini dibantah oleh semua orang. Kashi tu dalam rela tapi terpaksa menerima kehadiran Mastani sebagai Madunya, siap boleh menari sama2 lagi hahaha Part tak leh blah sekali bila Kashi suruh Bajirao jangan datang kepadanya lagi sebaliknya terus berada dengan Mastani jer. Stress gak dengan watak Mastani ni sebab demi cinta die sanggup korbankan segalanya tanpa memikirkan perasaan Kashi yang terluka. Ending cite ni memang sedih gilerlah kan sebab Mastani dan Bajirao akhirnya mati, kiranya macam bersatu selepas kematian. Cuma aku tertanya-tanya gak apa nasib anak lelaki Mastani tu, adakah die dijaga oleh Kashi atau sape2? sebab masa di penjara diorang dah pisahkan Mastani dengan anaknya. Lakonan para pelakon memang bestlah kan, kalau tak best macammana boleh menang anugerah kan. Tapi Ranveer Singh dalam filem ni tak berapa hensem sangat hahaha, Deepika n Priyanka memang maintain cantiklah kan. 
Lagu2 dalam filem ni kira okeylaa tapi takde yang menarik minat aku pun. Sebelum filem ni, Ranveer dan pernah berlakon ngan Deepika dalam filem Ram-Leela yang macam cerita Romeo and Juliet versi Hindi hehehe. Persamaannya kedua2 filem ini iaitu  B.Mastani ngan Ram-Leela adalah diarahkan oleh pengarah yang sama dan endingnya dua-dua watak diorang akan mati jugak, kiranya takde happy ending. Selain itu Ranveer dan pernah berlakon sekali dengan Priyanka dalam filem Gunday ngan Dil Dhadakne Do. Aku plak lagi suka filem2 awal Ranveer Singh ni macam filem Band Baaja Baaraat dan Ladies vs Ricky Bahl. Apapun aku bagi 6 Bintang dari 10 Bintang untuk filem ini.

1 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017