21 Mei 2016

Piala Thomas 2016 - Malaysia Tewas Denmark Ke Final

Malaysia Kalah dan Denmark Ke Final Piala Thomas 2016

Nampaknya bukan rezeki Malaysia untuk melangkah ke Pusingan Akhir Piala Thomas 2016 apabila kalah dengan Denmark 3:2. Dato Lee Chong Wei dan pasangan beregu iaitu Goh V Shem dan Tan Wee Kiong berjaya menang ke atas lawan masing2 dan menghadiahkan 2 mata untuk Malaysia. Walaubagaimanapun Iskandar Zulkarnain gagal mengulangi kecemerlangannya sebelum ini dan tewas. Beregu kedua negara iaitu Koo Kien Kiat dan Tan Boon Heong cemerlang di set pertama, namun tewas teruk di set kedua sebelum gagal bangkit di set ketiga lalu tewas. Chong Wei Feng menggalas beban yang berat untuk menang di game terakhir ni namun nasib masih tidak menyebelahi Malaysia apabila Chong Wei Feng kalah straight set walaupun die cuba bangkit di hujung2 set kedua, namun segalanya sudah terlambat apabila die juga tewas.
Sengit juga game Malaysia VS Denmark ni, sedih plak Malaysia kalah dan tak dapat ke Final Thomas Cup 2016. Lagi sedih bila ini merupakan penampilan terakhir Dato Lee Chong Wei untuk Piala Thomas. Lagipun Piala Thomas edisi akan datang lambat lagi iaitu pada tahun 2018. Tak leh blah lepas Malaysia kalah tu, Kamera terus fokus kat wajah Dato Lee Chong Wei yang turut menyaksikan perlawanan tu, sempat lagi Dato LCW tu sembunyikan muka die kat belakang Tan Wee Kiong hahaha. Kan best kalau Msia dapat ke Final tapi nak buat camne takde rezeki kan, mana tau kan kot2 nanti Dato Lee Chong Wei akan menang Emas Olimpik ker nanti kan. Final akan berlangsung ahad ini dan menyaksikan Indonesia akan bertemu Denmark. Ramalan aku kemungkinan besar Indonesia akan menang kot huhuhu.

Keputusan Final Piala Thomas 2016
--> Denmark Juarai Piala Thomas Buat Kali Pertama Menewaskan Indonesia 3:2


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails