9 Mei 2016

Neelofa Menang Bintang Paling Popular ABPBH 29

Neelofa Menang Pengacara TV Paling Popular & Bintang Paling Popular

Rasanya dah lama takde artis wanita yang menang Bintang Paling Popular selepas Dato Siti Nurhaliza. Sebelum ini trofi Bintang Paling Popular saling bertukar-tukar antara Aaron Aziz dan juga Shaheizy Sam. Kali ni memang rezeki Neelofa untuk menang besar di Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian Ke-29. Neelofa juga turut menang Pengacara TV Popular. Sebenarnya aku dah dapat mengagak dari awal yang Neelofa ada harapan nak menang Bintang Paling Popular kerana di edisi ABPBH sebelum2 ini, Neelofa sentiasa berada dalam kedudukan top 3 so kali ni memang rezeki memihak pada Neelofa. Sebelum pengumuman pemenang Bintang Paling Popular, aku jangka sama ada Neelofa atau Ayda Jebat mungkin ada harapan menang dan ternyata tuah milik Lofa. Tahniah buat Neelofa, murah rezeki die kan, pastu lofa ni plak sentiasa suksess dalam apa yang die lakukan.
Berbalik pada keputusan ABPBH29 yang bertemakan #Respek ni ternyata Mira Filzah yang comel tu berjaya mengalahkan saingan terdekatnya Janna Nick dan Ruhainies dalam Artis Baharu Wanita Popular. Begitu juga dengan Adira yang membuat kejutan menang dna mengalahkan saingannya iaitu Dayang Nurfaizah dan Ayda Jebat dalam kategori Penyanyi Wanita Popular. Emma Maembong pula berjaya menang dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular. Begitu juga dengan Fathia Latif yang menang Pelakon Filem Wanita Popular. Dari aspek persembahan, aku suka persembahan tribute yang dibuat oleh Jamal Abdillah, Misha Omar dan Liza Hanim. Woww suara Liza Hanim masih seperti dulu, sedap dan best. Hope Liza Hanim join Gegar Vaganza tahun ni yer. Persembahan Artis Indonesia Isyana tu juga best, begitu juga persembahan Ziana Zain dan Siti Nordiana tu, cuma aku tak berapa suka dengan pemilihan lagu Syurga Di Hati Kita dan Dingin tu.
Rasanya kalau Ziana Zain n Siti Nordiana pilih lagu lain maybe lagi meletop persembahan diorang tu, banyak kot lagu2 Ziana yang best2, pastu selitkan sikit lagu Putus Terpaksa tu hehehe, kiranya macam nyanyi sikit jer part intro ker apa ker, sebab sebagai penonton kita memahami juga bukan senang nak nyanyi lagu Putus Terpaksa tu kan. Tak pun pilih lagu lain yang best2. Nampaknya kameraman sangat suka zoom kat wajah manis Emma Maembong tu especially masa part Zizan dan Mira Filzah dok berdrama cinta masa di awal rancangan tu hahahaha. Bagi aku Hos akan lagi best n acara ABPBH akan bertambah meriah kalau Johan n Zizan turut sama2 jadi hos heehehe. Kalau Zizan jer ada atas pentas tu macam x lengkap jer, apapun tahniah buat Neelofa.

Jom Baca ni jugak --> Asia VS Eropah!??..


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

1 ulasan:

cikgu zamrud berkata...

antara neolofa dengan tudung neolofar, yg mana lebih popular?


lama dh tak menapak kat cni, blog makin hebat.
http://www.cikguzamrud.com/2016/05/salam-ziarah-daripada-cikgu-zamrud-part.html

Related Posts with Thumbnails