23 Mei 2016

Juara Clever Girl Malaysia Milik Fatin (Kelantan)

Keputusan Clever Girl Malaysia - Fatin Juara Clever Girl

Assalammualaikum..
Berakhir sudah program Clever Girl Malaysia Tv3 yang menobatkan Fatin wakil Kelantan sebagai Juara Clever Girl Malaysia Musim Pertama (2016). Pembukaan Clever Girl diserikan dengan nyanyian lagu tema Clever Girl dari penyanyi Nikki. Fatin (Kelantan), Arina (Selangor), Mary (Pahang) dan Jane (Perak) merupakan finalis Clever Girl dan berentap di Final. Walaubagaimanapun wakil Perak iaitu Jane tersingkir di pusingan pertama kerana mendapat markah yang terendah. Manakala Arina mendapat markah tertinggi lalu layak ke pusingan penentu juara, namun Fatin dan Mary terpaksa bersaing dalam Ujian Cabaran Minda terlebih dahulu untuk menentukan siapa yang akan ke pusingan penentu juara bersama Arina.
Akhirnya Fatin berjaya dalam ujian cabaran minda lalu layak ke pusingan penentu juara untuk berentap dengan Arina. Menariknya apabila Arina dan Fatin ni merupakan peguam dan dulunya mereka sudah tersingkir namun dimasukkan semula ke dalam CleverGirlMY malah berjaya sampai ke pusingan akhir. Inilah yang dikatakan rezeki kan, di pusingan penentu juara, Fatin dan Arina dikehendaki menjawab 10 soalan setiap seorang dan siapa yang berjaya menjawab banyak soalan dengan betul akan berjaya menjadi juara. Nasib menyebelahi Fatin apabila die berjaya menjawab soalan dengan betul lebih dari Arina. RM100,000 akhirnya menjadi milik Fatin. Tahniah buat Fatin.

Jom Baca ni jugak --> X-MEN Malaysian Style!..

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

2 ulasan:

Nad Simple berkata...

Tahniah Fatin ! Hehe. Seronok jugak tengok rancangan Clever girl Malaysia ni. Dapat tambah pengetahuan :)

Nor Afidah Bte Che Azmi berkata...

Suka tgk raut wajah Fatin ni.tenang je..

Related Posts with Thumbnails