-->

3 Mei 2016

Sinopsis Drama Dia Semanis Honey

Sinopsis Drama Dia Semanis Honey (Astro)

Assalammualaikum..
Drama Dia Semanis Honey telah pun disiarkan di Astro Ria mulai 2 Mei 2016 yang lalu, menggantikan drama Suami Tanpa Cinta yang telah tamat episodnya.  Drama ini dilakonkan oleh Alif Satar sebagai watak Ahnaf Wafiy, Siti Nordiana sebagai Hani Safira, Hairul Azreen sebagai Adam Hazrul, Hafeez Mikael sebagai Hanafi, Farez Ridzwan, Ziha AF, Falisha Crossley, Aleza Shadan, Nina Juren dan ramai lagi. Selain itu drama ni merupakan adaptasi daripada Novel Dia Semanis Honey karya Dila Dyna dan diarahkan oleh Michael Ang. Nampaknya lagu popular Memori Berkasih dijadikan OST Drama Dia Semanis Honey ni dan dinyanyikan semula oleh Siti Nordiana dan Alif Satar. Nampak menarik gak drama ni, tambah2 dah lama tak tengok Siti Nordiana ni berlakon kan. Apapun jom layannn sinopsis cite ni kat bawah k..

Bagi Hani, pertunangan ni tak sepatutnya berlaku. Bagi Ahnaf pula, pertunangan ini diterima hanya kerana taatnya seorang anak. Perbalahan demi perbalahan akhirnya membibitkan cinta. Tetapi saat diri sudah bersedia untuk bergelar suami, muncul pula Ariana menghancurkan segala impiannya untuk hidup bersama Hani. Hani ditinggalkan. Tiga tahun berlalu, Ahnaf kembali setelah sekian lama menyepi. Kembalinya lelaki itu saat Hani punya Adam di sisi, dan kehadiran Bella di sisi Ahnaf mengukuhkan lagi tembok pemisah antara mereka.
Adakah perkataan ‘sahabat’ itu hanya dibibir saja, sedangkan hati berbisik mengimpikan sesuatu yang lebih dari sekadar sahabat. Akan bersatu semula dua hati yang masih memendam cinta di hati masing-masing, atau pertemuan ini hanya akan berakhir dengan perpisahan sekali lagi? Adakah pertemuan sekali lagi ini akan mencipta sekali lagi perpisahan? Atau akan menjadi titik penyatuan dua hati untuk selama-lamanya?

Jom Baca ni jugak --> Asia VS Eropah!??..

9 ulasan:

  1. lagi menarik kalau tgk sendiri drama ni fuh bestlah ! lakonan alif and siti nurdiana menjadi!! tak sabar tgk episod demi episod!

    BalasPadam
  2. Suke sgt lakonan alif dgn nana ...sweet..mohon ad lgi lakonan mereka

    BalasPadam
  3. Mohon ad lgi lakonan mereka berdua..alif and nana

    BalasPadam
  4. Alif and nana sweet gilerrr...

    BalasPadam
  5. Best crite ni rmai penyanyi jd pelakon

    BalasPadam
  6. Balasan
    1. sesuai je aku tgok..bosan tgok pelakon yg sama je n alif berlakon lagi hebag dari pelakon yg ade rupe tpi kelaut lakonannye.

      Padam
  7. Fall in love dah ngan drama ni

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017