-->

5 Sep 2017

Baca Online Novel Duda Pujaan Dara

Baca Online, Novel, Drama Adaptasi Novel, Novelis Hanny Esandra, Novel Duda Pujaan Dara, Drama Duda Pujaan Dara, Watak, Tengku Razeen, Ainee Marwah, Dora, Pelakon Drama Duda Pujaan Dara, Kamal Adli, Zahirah Macwilson, Aprena Manrose, Cinta, Gedik, Gaya Ainee Marwah Memikat Tengku Razeen, Love, Ending, OST, Sinopsis Novel Duda Pujaan Dara,
Baca Online Novel Duda Pujaan Dara (Drama Adaptasi Novel)

Assalammualaikum..
Kali ini giliran Novel Duda Pujaan Dara karya Novelis Hanny Esandra yang akan diadaptasikan menjadi drama bersiri yang akan disiarkan di Slot Mega Drama di Astro Ria. Drama Duda Pujaan Dara ini akan menggantikan drama My Darling Inspektor Daniel yang telah tamat episodnya. Kamal Adli akan memegang watak sebagai Tengku Razeen manakala Zahirah Macwilson pula akan memegang watak sebagai Ainee Marwah, Aprena Manrose pula akan membawakan watak Dora. Kalau tak silap aku ini juga adalah kali kedua Kamal Adli dan Zahirah Macwilson bergandingan selepas Telemovie Cik Oxford Mr Mesir. Tengok dari iklan drama ini, memang nampak macam best je drama adaptasi novel Duda Pujaan Dara ni. Jadi sambil - sambil tengok drama ini kat TV, korang juga boleh Baca Online Novel ini dengan cara Klik saja link kat bawah ini ye. Selamat Membaca okey..


Sinopsis Novel Duda Pujaan Dara

Si dara yang bercita-cita mahukan si duda. Katanya duda banyak pengalaman. Pelik-pelik sahaja impian Ainee Marwah. Lalu, Ainee Marwah bertemu dengan Tengku Razeen. Si duda yang mempunyai anak satu. Dia merupakan bos di tempat kerja Ainee Marwah. Seorang lelaki yang sudah kematian isteri dan mahu mencari pengganti demi anak tercinta, Tengku Rafanda. Sikap Ainee Marwah yang gedik mahukan duda mana boleh ditahan-tahan. Maka, dia rancang bermacam-macam cara untuk pikat si duda pujaan. Senyum sudah, langgar bahu sudah, main mata sudah, malah jatuh tergolek pun Ainee Marwah sanggup demi mahu menarik perhatian Tengku Razeen. Usaha bagai nak rak, tetapi lelaki itu tetap kaku macam paku. Muka ketat pakai skru. Lagi yang buat Ainee Marwah sakit hati, Tengku Razeen cair hati pula bila bersama dengan Dora yang Ainee Marwah gelar… Doraemon!

Baca Online, Novel, Drama Adaptasi Novel, Novelis Hanny Esandra, Novel Duda Pujaan Dara, Drama Duda Pujaan Dara, Watak, Tengku Razeen, Ainee Marwah, Dora, Pelakon Drama Duda Pujaan Dara, Kamal Adli, Zahirah Macwilson, Aprena Manrose, Cinta, Gedik, Gaya Ainee Marwah Memikat Tengku Razeen, Love, Ending, OST, Sinopsis Novel Duda Pujaan Dara,

“Botol kicap, botol cuka. Saya ni bermimpi ke?”- Ainee Marwah

“Kain sutera, kain guni. Saya tanya betul-betul ni.”- Tengku Razeen

Rasa mahu berhenti jantung Ainee Marwah bila Tengku Razeen tiba-tiba melamarnya. Bercinta dengan Dora, tapi dia yang dilamar. Fuh! Mencabar rupa-rupanya berkahwin dengan lelaki bergelar duda.

Ikan kembung, ikan yu. I love you… - Ainee Marwah

Pengkalan Batu, Pengkalan Chepa. I love you tu apa?- Tengku Razeen

Sakitnya hati bila suami tidak romantik. Tapi, Ainee Marwah tidak berputus asa. Kalau sebelum kahwin dia sudah nakal, selepas berkahwin bertambah nakal. Dia sanggup lakukan apa sahaja untuk beli hati Tengku Razeen.

Jom Baca ini juga ➔Antara Filem Seram Paling Meletop Di Pawagam September 2017 Ini!..
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,

4 ulasan:

  1. mcm best jer ni...dah baca pun skt..so leh layan. sbb pelakon pun best.. tq dear!!

    BalasPadam
  2. macam best je novel ni. Nak try tengok lah drama dia nanti

    BalasPadam
  3. Memang sampai bab 13 je ke ??

    BalasPadam
  4. Mmg best.. Dah beli novelnya..

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017