-->

14 Sep 2017

Sinopsis Drama Titian Cinta (Akasia TV3)

Drama Melayu, Novel, Sinopsis, Drama Adaptasi Novel,  Drama Titian Cinta, Novel Titian Cinta, Novelis Ridhya Iman, Pelakon Drama Titian Cinta, Zul Ariffin, Farah Nabilah, Daler Yusuf, Tisha Shamsir, Dian P. Ramlee, Marisa Yasmin, Kuza, Rahim Jailani, Adam Shadan, Syuhaida Abraz (Dottie), Slot Akasia, TV3, Watak, Aisy, Harris, Rayyan, Sofea, Cinta, Sweet,
Sinopsis Drama Titian Cinta Slot Akasia TV3

Assalammualaikum..
Drama Titian Cinta sudah mula disiarkan di Slot Akasia bermula pada 11 September 2017 yang lalu bagi menggantikan Drama Meh Sandar Lagi yang telah tamat episodnya. Pelakon Drama Titian Cinta ini terdiri daripada Zul Ariffin, Farah Nabilah, Daler Yusuf, Tisha Shamsir, Dian P. Ramlee, Marisa Yasmin, Kuza, Rahim Jailani, Adam Shadan, Syuhaida Abraz (Dottie) dan ramai lagi. Drama ini mempunyai 28 episod dan merupakan adaptasi daripada Novel Titian Cinta karya Novelis Ridhya Iman. Selain itu drama ini diarahkan oleh Heykal Hanifah dan diterbitkan oleh Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd. Nampak best juga sinopsis drama ini, aku pernah tengok drama terdahulu lakonan heroin drama ini iaitu Farah Nabilah yang berlakon dalam drama Papa Ricky yang disiarkan dekat Astro dulu. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini dibawah ye.

Sinopsis Drama Titian Cinta

Mengisahkan tentang percintaan antara Rahadatul Aisy (Farah Nabilah) dan Umayr Harris (Zul Ariffin). Aisy pulang ke tanah air setelah empat tahun berada di kota London. Kepulangan Aisy memang ditunggu-tunggu oleh Harris. Disebabkan hatinya dikaburi oleh perasaan cemburu, Harris sanggup menghina dan menghalau isterinya sendiri pada empat tahun yang lalu. Dia menyesal dengan tindakannya akibat mempercayai fitnah serta hasutan Sofea (Tisha Shamsir), dan ingin menebus segala kesalahannya. Aisy yang menyangkakan dirinya sudah dicerai, terkejut dengan perubahan suaminya yang dahulu bersifat panas baran, kini sangat penyayang. Harris sabar dengan karenah dan sikap Aisy terhadapnya. Dia juga langsung tidak berputus asa untuk memikat semula hati isterinya yang telah dilukai. Pelbagai perkara telah dilakukan oleh Harris untuk melembutkan hati isterinya itu.

Drama Melayu, Novel, Sinopsis, Drama Adaptasi Novel,  Drama Titian Cinta, Novel Titian Cinta, Novelis Ridhya Iman, Pelakon Drama Titian Cinta, Zul Ariffin, Farah Nabilah, Daler Yusuf, Tisha Shamsir, Dian P. Ramlee, Marisa Yasmin, Kuza, Rahim Jailani, Adam Shadan, Syuhaida Abraz (Dottie), Slot Akasia, TV3, Watak, Aisy, Harris, Rayyan, Sofea, Cinta, Sweet,

Lama-kelamaan, hubungan antara Harris dan Aisy bertambah pulih. Aisy juga dapat menerima kembali suaminya itu. Dia menganggap jodohnya bersama Harris masih kuat lagi. Namun, apa yang tidak diketahui Aisy ialah sifat cemburu Harris sebenarnya masih belum hilang. Tatkala saat bahagia muncul kembali, dugaan baru melanda rumahtangga pasangan ini sekali lagi. Kemunculan Rayyan (Daler Yusuf) iaitu bekas tunang Aisy yang pernah ditangkap khalwat dengan Sofea, mengubah kembali perangai Harris kepada asal. Sifat cemburunya juga semakin menjadi-jadi. Sofea pula berdendam dengan Aisy kerana mengahwini bekas tunangnya iaitu Harris. Dia ingin memporak-perandakan rumahtangga Aisy dan Harris agar mereka berdua bercerai. Adakah kebahagiaan akan menjadi milik Aisy dan Harris? Mampukah titian cinta antara dua insan yang hampir retak ini boleh dicantum semula?

Lagu Tema / OST Titian Cinta
➔ Sumpah Cintaku Nyanyian Asfan Shah
➔ Kasih Nyanyian Hyper Act

Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,

1 ulasan:

  1. Tengah musim drama ni ya mulan. Sana sini orang review buku ni

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017