-->

9 Sep 2017

Sinopsis Drama Duda Pujaan Dara (Astro)

Drama Adaptasi Novel, Duda Pujaan Dara, Novel, Drama Melayu, Drama Bersiri, MegaDrama, Astro Ria, Baca Online Novel Duda Pujaan Dara, Sweet, Cinta, Happy Ending, Ending Drama Duda Pujaan Dara, OST Duda Pujaan Dara, Sinopsis, Romantik Komedi, Novelis, Hanny Esandra, Pelakon Drama Duda Pujaan Dara, Kamal Adli, Zahirah Macwilson, Rania Humairah, Aprena Manrose, Isyariana, Kuna, Betty Banafe, Farisha Irwayu, Watak, Ainee Marwah, Tengku Razeen, Dora, Lagu Tak Malu Nyanyian Farisha Irish, Drama Duda Pujaan Dara,
Sinopsis Drama Duda Pujaan Dara (Astro)

Assalammualaikum..
Drama Duda Pujaan Dara tengah hangat disiarkan di Astro Ria sekarang ini dan mempunyai 12 episod. Drama ini menggantikan Drama My Darling Inspektor Daniel dan dilakonkan oleh Kamal Adli, Zahirah Macwilson, Rania Humairah, Aprena Manrose, Isyariana, Kuna, Betty Banafe, Farisha Irwayu dan ramai lagi. Drama romantik komedi ini diadaptasikan daripada Novel Duda Pujaan Dara karya Novelis Hanny Esandra dan drama ini sudah mula disiarkan di Astro Ria sejak 4 September yang lalu. Secara jujurnya aku suka drama ini sebab gandingan Kamal Adli dan Zahirah Macwilson nampak serasi dan sepadan. Plus watak diorang juga menarik iaitu Tengku Razeen yang muka ketat dan jual mahal serta Ainee Marwah yang gedik habis nak memikat duda pujaannya iaitu Tengku Razeen. Persaingan Ainee Marwah dan Dora yang nak memikat Tengku Razeen tu juga menarik. Pendek katanya memang syok layan drama ini, Selain itu Drama Duda Pujaan Dara ini diarahkan oleh Jamal Khan dan diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini dibawah ye, selamat membaca..
Drama Adaptasi Novel, Duda Pujaan Dara, Novel, Drama Melayu, Drama Bersiri, MegaDrama, Astro Ria, Baca Online Novel Duda Pujaan Dara, Sweet, Cinta, Happy Ending, Ending Drama Duda Pujaan Dara, OST Duda Pujaan Dara, Sinopsis, Romantik Komedi, Novelis, Hanny Esandra, Pelakon Drama Duda Pujaan Dara, Kamal Adli, Zahirah Macwilson, Rania Humairah, Aprena Manrose, Isyariana, Kuna, Betty Banafe, Farisha Irwayu, Watak, Ainee Marwah, Tengku Razeen, Dora, Lagu Tak Malu Nyanyian Farisha Irish, Drama Duda Pujaan Dara,
Sinopsis Drama Duda Pujaan Dara (Astro)

Mengisahkan Ainee Marwah (lakonan Zahirah Macwilson) yang jatuh cinta pada Tengku Razeen (lakonan Kamal Adli) yang berstatus duda anak satu yang juga merupakan majikan kepada Ainee Marwah di tempat kerja. Sejak hari pertama Ainee bertemu dengan Tengku Razeen, dia dah mula angau dan gedik semacam, pelbagai perkara yang dilakukan oleh Ainee untuk menarik perhatian Tengku Razeen padanya, seperti sengaja jatuh tergolek di depan Tengku Razeen beberapa kali, mengenyit mata, sentiasa tersenyum, buat kek, jadi spy dan sebagainya. Namun Tengku Razeen tidak begitu memperdulikan Ainee. Hal ini dirumitkan lagi dengan kehadiran Dora yang juga ingin memikat Tengku Razeen. Manakala Tengku Razeen pula terdesak untuk mencari pengganti dan juga mama baru pada anaknya itu secepat mungkin, bagi mengelakkan ibu mertuanya membawa anaknya itu ke Australia. Ainee mengambil kesempatan meluahkan rasa cintanya pada Tengku Razeen ketika dia mengikut kawan baiknya Airis dan Tengku Razeen pergi kursus di Terengganu. 
Drama Adaptasi Novel, Duda Pujaan Dara, Novel, Drama Melayu, Drama Bersiri, MegaDrama, Astro Ria, Baca Online Novel Duda Pujaan Dara, Sweet, Cinta, Happy Ending, Ending Drama Duda Pujaan Dara, OST Duda Pujaan Dara, Sinopsis, Romantik Komedi, Novelis, Hanny Esandra, Pelakon Drama Duda Pujaan Dara, Kamal Adli, Zahirah Macwilson, Rania Humairah, Aprena Manrose, Isyariana, Kuna, Betty Banafe, Farisha Irwayu, Watak, Ainee Marwah, Tengku Razeen, Dora, Lagu Tak Malu Nyanyian Farisha Irish, Drama Duda Pujaan Dara,
Kelihatan hati Tengku Razeen mula terbuka sedikit pada Ainee selepas mendengar luahan cinta Ainee itu. Kalau dah jodoh tak ke mana apabila Tengku Razeen akhirnya melamar Ainee untuk menjadi isterinya serta mama pada anaknya itu. Selepas berkahwin, Tengku Razeen tetap sama macam dulu, tidak romantik, maka terpaksalah Ainee melakukan sesuatu untuk membuatkan Tengku Razeen benar - benar jatuh cinta padanya. Apa yang bakal berlaku seterusnya?. Selain drama ini, Kamal Adli juga turut join pertandingan Super Spontan Superstar 2017 yang akan berlangsung 8 September ini. Moga kali ini Kamal Adli dapat ke Final Super Spontan Superstar 2017 nanti.

Lagu Tema / OST Duda Pujaan Dara

Tak Malu Nyanyian Farisha Irish
➔ Oh Cintaku Nyanyian Bella Nazari
➔ Ku Hanya Sayang Padamu Nyanyian Aiman Tino
➔ Aku Mula Rindu Nyanyian Hez Hazmi
➔ Hanya Dirimu Nyanyian Eleena Harris Feat Mark Adam

Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,

1 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017