-->

9 Sep 2017

Sinopsis Telemovie Siapa Dia Sebenarnya (Cerekarama TV3)

Sinopsis, Telemovie, Telefilem, Cerekarama TV3, Telemovie Siapa Dia Sebenarnya, Pelakon, Pelakon Telemovie Siapa Dia Sebenarnya, Remy Ishak, Izara Aishah, Nina Iskandar, Elly Mazlein, Dato Seri Shahreza, Salimah Mahmud, Zulkifli Ismail,
Sinopsis Telemovie Siapa Dia Sebenarnya (Cerekarama TV3)

Assalammualaikum..
Telemovie Siapa Dia Sebenarnya akan disiarkan di Slot Cerekarama TV3 pada 9 September ini, kalau tengok dari poster telemovie ini memang nampak macam seram gitu kan hehe. Pelakon Telemovie Siapa Dia Sebenarnya terdiri daripada Remy Ishak, Izara Aishah, Nina Iskandar, Elly Mazlein, Dato Seri Shahreza, Salimah Mahmud, Zulkifli Ismail dan ramai lagi. Wah ada ramai pelakon best yang berlakon dalam telefilem ini, kalau tengok dari iklan cerita ini dekat TV pun memang nampak macam menarik gitu. Selain itu Telemovie Siapa Dia Sebenarnya ini diarahkan oleh Ebby Saiful dan diterbitkan oleh Mache Allstar United. 

Tak sangka aku plot twist drama ini menarik, sebab awalnya aku memang percaya Qalif bersalah tapi lepas tu aku jadi konfius pula bila Haziqah yang dikatakan sakit mental tu, hahaha, apa pun memang terbaik, nasib bukan Arianna yang mental hahaha. Apa pun jom tengok sinopsis ringkas telemovie ini dibawah ye. 

Sinopsis Telemovie Siapa Dia Sebenarnya Cerekarama TV3

Adrianna telah berkenalan dengan pemuda kacak yang bernama Qalif. Selepas 4 bulan bercinta, Adrianna dan Qalif telah bernikah, seterusnya mereka ke sebuah pulau untuk berbulan madu. Adrianna dan Qalif kemudiannya terserempak dengan seorang gadis yang wajahnya penuh kesan parut. Gadis itu bernama Haziqah dan dia amat terkejut apabila melihat Qalif. Adrianna yang tidak sedap hati mula menyiasat dan akhirnya dalam diam - diam dia bertemu dengan Haziqah dan meminta Haziqah berterus terang dengannya tentang hubungannya dengan Qalif.

Adrianna sangat terkejut mengetahui yang Haziqah adalah Isteri Qalif yang cuba dibunuh oleh Qalif sebelum ini. Kemudian Adrianna dan Haziqah berpakat untuk mencari bukti mengenai pembunuhan yang dilakukan Qalif. Tak lama kemudian Qalif pula mengetahui tentang rancangan Adrianna dan Haziqah. Qalif kemudiannya cuba mengelirukan Adrianna supaya tidak mempercayai cerita Haziqah. Apa yang berlaku seterusnya?
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,

3 ulasan:

  1. Macam banyak suspen jak cerita dia nih..

    BalasPadam
  2. cantik dan rasa tenang tengok background blog ni.. bersih dan kemas.. (komen jujur)

    Jemput join Giveaway di blog Tengkubutang.com yea.. esok last... mana tahu ada rezeki menang apa-apa hadiah kan... kalau tak minat hadiah.. jemput join sekadar support contest di blog TB tu ke.. boleh...? heeee.. thank you.. i love you.. =)
    ni link nya.. jom meriahkan lagi contest ni disamping boleh dapat trafik dari peserta-peserta yang join untuk blogwalking.. =)

    http://www.tengkubutang.com/2017/08/tengkubutang-6-million-pageview-giveaway.html

    BalasPadam
  3. Drama nih best, agak Psycho gituu !
    Psssstt, dah join ker contest nih ~

    http://nonasani.blogspot.com/2017/08/giveaway-saya-nak-prime-buster-cream.html

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017