-->

22 Sep 2017

Ruler : Master Of The Mask - Korean Drama Review

Ruler : Master Of The Mask, The Emperor : Owner Of The Mask, Drama Korea, Korean Drama, Korean Drama Review, Review, Review By Miss Banu, Suspen, Takhta, Zaman Raja - Raja, Pelakon Drama Korea Ruler : Master Of The Mask, Yoo Seung Ho, Kim So Hyun, L (Infinite), Yoon So Hee, Heo Jun Ho, Park Chul Min, Kim Byung Chul, Shin Hyun Soo, Kim Seo Kyung, Song In Guk, OST, Ending, Watak - Watak, Crown Prince Lee Sun, Han Ga Eun, Kim Hwa Goon,
Review Drama Korea - Ruler : Master Of The Mask

Assalammualaikum..
Hari ini aku nak buat Review Drama Korea yang bertajuk Ruler : Master Of The Mask atau pun turut dikenali sebagai The Emperor : Owner Of The Mask. Drama ini release pada 10 Mei 2017 dan tamat pada 13 Julai 2017 yang lalu. Antara Pelakon Drama Korea Ruler : Master Of The Mask ini terdiri daripada Yoo Seung Ho, Kim So Hyun, L (Infinite), Yoon So Hee, Heo Jun Ho, Park Chul Min, Kim Byung Chul, Shin Hyun Soo, Kim Seo Kyung, Song In Guk dan ramai lagi. Drama ini sepatutnya mempunyai 20 episod saja tapi disebabkan durasi masa setiap episod hanya setengah jam saja, maka kesemua episod drama ini menjadi 40 episod. Selain itu drama Ruler : Master Of The Mask ini disiarkan bagi menggantikan drama Radiant Office yang telah tamat episodnya dan kemudiannya akan digantikan dengan drama Man Who Dies To Live. Selain itu drama ini berlatarbelakangkan zaman raja - raja iaitu sekitar tahun 1700's. Dari tajuk drama ini sendiri, korang maybe dah boleh agak yang drama ini berkisarkan tentang perebutan takhta antara raja sebenar dan raja yang palsu, serta kisah perjuangan Crown Prince Lee Sun menentang kumpulan Pyunsoo yang berkuasa ketika itu. Turut diselitkan juga kisah cinta tiga segi atau mungkin juga cinta bersegi - segi hehe antara Raja Sebenar dan raja palsu merebut cinta Han Ga Eun.
Ruler : Master Of The Mask, The Emperor : Owner Of The Mask, Drama Korea, Korean Drama, Korean Drama Review, Review, Review By Miss Banu, Suspen, Takhta, Zaman Raja - Raja, Pelakon Drama Korea Ruler : Master Of The Mask, Yoo Seung Ho, Kim So Hyun, L (Infinite), Yoon So Hee, Heo Jun Ho, Park Chul Min, Kim Byung Chul, Shin Hyun Soo, Kim Seo Kyung, Song In Guk, OST, Ending, Watak - Watak, Crown Prince Lee Sun, Han Ga Eun, Kim Hwa Goon,
Selain itu, Kim Hwa Goon yang merupakan cucu kepada ketua kumpulan Pyunsoo juga sangat cintakan Crown Prince Lee Sun, ini ditambah lagi dengan Bodyguard Hwa Goon sendiri iaitu Gon yang jatuh cinta pada Hwa Goon. Jadi sebab tulah aku sebut kisah cinta bersegi - segi sebab memang complicated sikit kisah cinta diorang semua ni. Gandingan hero dan heroin drama ini iaitu Yoo Seung Ho dan Kim So Hyun sememangnya dinantikan ramai, sebab kedua - dua pelakon ini memang berbakat besar, jadi ramai yang tak sabar nak menonton drama ini. Walaubagaimanapun selepas itu .ramai juga yang komplen tidak berpuas hati dengan watak Han Ga Eun yang dilakonkan oleh Kim So Hyun itu Bagi pandangan aku sendiri, watak Han Ga Eun dibawa dengan baik sekali oleh Kim So Hyun, cuma aku tak berpuas hati dengan personaliti watak tu sendiri yang agak lemah, steroetype, dan tak begitu membantu pun pada Crown Prince Lee Sun itu. Lebih tepat lagi watak Han Ga Eun tidak meninggalkan impak yang besar pada penonton. Sepanjang drama ini, watak Han Ga Eun macam tak penting mana pun, part dia betul - betul membantu Crown Prince adalah pada di hujung cerita saja, iaitu ketika dia berjaya mencari surat raja terdahulu yang membuktikan Crown Prince Lee Sun adalah raja sebenar serta ketika dia meminum racun tu bagi membuktikan penawar racun itu berkesan sekaligus berjaya menyakinkan pembesar istana supaya tidak terus pergi meminta bantuan pada Dae Mook.
Ruler : Master Of The Mask, The Emperor : Owner Of The Mask, Drama Korea, Korean Drama, Korean Drama Review, Review, Review By Miss Banu, Suspen, Takhta, Zaman Raja - Raja, Pelakon Drama Korea Ruler : Master Of The Mask, Yoo Seung Ho, Kim So Hyun, L (Infinite), Yoon So Hee, Heo Jun Ho, Park Chul Min, Kim Byung Chul, Shin Hyun Soo, Kim Seo Kyung, Song In Guk, OST, Ending, Watak - Watak, Crown Prince Lee Sun, Han Ga Eun, Kim Hwa Goon,
Watak yang paling meninggalkan impak serta disukai penonton adalah watak Kim Hwa Goon yang dilakonkan oleh Yoon So Hee. Majoriti penonton lebih suka kalau crown prince Lee Sun memilih Hwa Goon berbanding Han Ga Eun untuk menjadi cinta hatinya itu. Ramai yang suka tengok personaliti Kim Hwa Goon yang berani, cool, setia, dan sangat mencintai crown prince itu, malah dia juga sanggup membantu Crown Prince menentang datuknya sendiri, walaupun akhirnya terpaksa mengorbankan nyawanya. Sayangnya crown prince tak dapat nak membalas cinta Kim Hwa Goon itu disebabkan dia dah tersuka dengan Han Ga Eun dari awal lagi. Aku sendiri pun suka tengok kalau Hwa Goon dapat bercinta dengan Crown Prince Lee Sun itu, lagi pun tak boleh ke kalau heroin kedua drama ni dapat hero utama kan hahaha. Memang agak frust juga tengok crown prince yang angaukan si Han Ga Eun ni plus perwatakkan Han Ga Eun sendiri memang membosankan disebabkan kesilapannya membuat penilaian dan keputusan yang tepat. Antara scene yang aku suka adalah ketika crown Prince berkawan baik dengan Han Ga Eun serta Lee Sun yang mempunyai nama yang sama dengannya. Walaubagaimanapun ketika Lee Sun tahu yang Crown Prince juga sukakan Han Ga Eun, dia mula berubah sikap dan membenci crown prince, malah memutuskan untuk merampas takhta kerajaan dari Crown Prince itu.
Ruler : Master Of The Mask, The Emperor : Owner Of The Mask, Drama Korea, Korean Drama, Korean Drama Review, Review, Review By Miss Banu, Suspen, Takhta, Zaman Raja - Raja, Pelakon Drama Korea Ruler : Master Of The Mask, Yoo Seung Ho, Kim So Hyun, L (Infinite), Yoon So Hee, Heo Jun Ho, Park Chul Min, Kim Byung Chul, Shin Hyun Soo, Kim Seo Kyung, Song In Guk, OST, Ending, Watak - Watak, Crown Prince Lee Sun, Han Ga Eun, Kim Hwa Goon,
Selain itu scene ketika kumpulan Pyunsoo dan juga ketuanya Dae Mook mempunyai strategi sendiri untuk berkuasa di Joseon juga sangat unik dan menarik dengan cara cuba memonopoli sumber air. Jadi orang ramai tidak dapat menggunakan air secara percuma lagi kerana harus membeli air dari mereka untuk kegunaan harian. Malah cara mereka membuatkan seluruh pembesar istana bergantung hidup dengan pil buatan mereka juga sungguh bijak. Apa pun scene paling best bagi aku adalah ketika Hwa Goon membakar ladang bunga popi yang sangat penting bagi kumpulan Pyunsoo itu, tindakannya memang sangat berani. Sepatutnya dia ikut crown prince lari dari situ, tapi boleh pula dia tunggu dekat situ. Ayah Hwa Goon turut main peranan penting di akhir cerita, dimana dia mendedahkan rahsia untuk membuat penawar bagi menyembuhkan semua orang yang ketagih pada pil penawar buatan Pyunsoo Group ini. Selain itu, scene ketika Lee Sun menjadi raja palsu itu dan personalitinya mula berubah menjadi jahat, berjaya membuatkan penonton berasa menyampah pula pada wataknya itu. Disebabkan mukanya sentiasa ada topeng jadi membuatkan orang lain tidak tahu yang crown prince sebenar sudah bertukar tempat. Walaubagaimanapun, nasib Lee Sun palsu ini juga sama dengan Hwa Goon yang berkorban untuk insan tersayang. Lee Sun telah terbunuh ketika cuba menyelamatkan Han Ga Eun dari dibunuh.
Ruler : Master Of The Mask, The Emperor : Owner Of The Mask, Drama Korea, Korean Drama, Korean Drama Review, Review, Review By Miss Banu, Suspen, Takhta, Zaman Raja - Raja, Pelakon Drama Korea Ruler : Master Of The Mask, Yoo Seung Ho, Kim So Hyun, L (Infinite), Yoon So Hee, Heo Jun Ho, Park Chul Min, Kim Byung Chul, Shin Hyun Soo, Kim Seo Kyung, Song In Guk, OST, Ending, Watak - Watak, Crown Prince Lee Sun, Han Ga Eun, Kim Hwa Goon,
Ending drama Ruler : Master Of The Mask ini memang happy endinglah kan, cuma yang sedihnya apabila Hwa Goon dan Lee Sun yang mati disebabkan berkorban untuk Crown Prince dan Han Ga Eun. Manakala lagu tema / OST Ruler : Master Of The Mask juga sedap didengar, lagu - lagu latar drama ini juga best terutamanya untuk scene - scene suspen. Apa pun aku bagi 7.5 Bintang dari 10 bintang untuk drama ini.
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017