-->

16 Dis 2011

KoNtRak BaRu waJibkaN GuRu SaNdArAN(GSTT)KeRja setiap HaRi!!!!

Kesian para guru GSTT!!


Seramai 8,000 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) mengeluh dan merayu kerajaan mempertimbangkan semula kontrak perkhidmatan baru mereka yang dianggap membebankan termasuk perlu hadir di sekolah pada hari Sabtu dan Ahad.
Pengerusi Jawatan Kuasa Bertindak GSTT Shamil Nor berkata penukaran daripada "Kontrak Khidmat kepada Kontrak untuk Berkhidmat juga menghendaki guru berkenaan memulangkan semula perbezaan gaji yang telah diterima sejak bulan Oktober hingga Disember berjumlah RM 3,476 setiap seorang.
"Kontrak yang baru ini juga tiada caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) selain perlu hadir di sekolah tujuh hari seminggu termasuk cuti umum, sungguhpun tiada sesi pembelajaran atau gaji dipotong," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Pemuda Umno, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, semalam.
Beliau juga berkata di samping itu semua mereka hanya dimaklumkan mengenai penukaran kontrak itu pada 10 Nov sedangkan kontrak ini telah berkuat kuasa pada 17 Okt.

"Walaupun kontrak yang baru ini telah berkuat kuasa namun saya dimaklumkan terdapat Pejabat Pendidikan Daerah yang masih tidak memaklumkan perkara itu kepada guru sandaran di daerah mereka sedangkan esok semua guru sandaran diminta menandatangani Surat Akujanji berhubung kontrak yang baru itu," katanya.
Sementara itu Setiausaha Pemuda Umno Datuk Megat Firdouz Megat Junid berkata pihaknya akan berbincang dengan pihak Kementerian Pelajaran bagi mencari jalan penyelesaian terbaik berhubung masalah itu.
- BERNAMA


Emmm first time baca mmg kesian n cam x percaya pun ada,biar betul?sampai macam tu sekali??
sampai xde cuti,dah la kerja sbg guru ni byk tekanan..kerja biasa2 pun ada cuti kot
rasanya mmg lepasan spm n stpm boleh mohon gstt nih..tpi kebanyakan guru gstt nih byk merupakan pemegang ijazah juga.cuma diorang dulu x amik kos pendidikan..
berdasarkn pengalaman kwn aku tugas guru gstt sama je ngan guru2 tetap kt sekolah tuh,cuma guru gstt ni slalu dipandang rendah oleh guru2 tetap/senior(x semua la gitu)n kdg2 selalu kena buli mcm kena buat kerja org lain..ni kawan aku yang cerita laa...
so dgn wujudnya kontrak tuh aku x taulaa what happen next....tpi kalau dlm diri tuh dh wujud semangat keguruan yg padu terpaksalah harungi juga nama pun cari rezeki kan..

Tiada ulasan:

Catat Komen

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017