-->

20 Jan 2012

MaLaysia kekurangan Pemain Badminton terBaik!


Assalammualaikum..

tadi mlm tgh boring2 xde cite best kat tv..so terbuka la plak chanel Astro Arena ada perbincangan/diskusi gitu yg bertajuk Cafe Sukan.Tajuk yg dikupas mereka menarik perhatian aku untuk terpaku gitu kat depan tv tuh hehe..iaitu mengenai masa depan Badminton negara kita..macam sekarang kita tengok hanya ada datuk Lee Chong Wei yg menyerlah kat arena antarabangsa kan..pemain lain hampeh..awal2 kalah..ada gak yg x pernah masuk final pun kan..pemain pelapis ada tuh ada tapi x menyerlah..Selain itu dalam acara beregu pun mmg xde yg menyerlah asyik kalah..contohnya dulu kita ada beregu yg bergelar beregu emas yg pernah menang kejohanan All England dan Sukan Asia Doha..iaitu Tan Bon Heong dan Koo Kien Kiat pas dah dijulang sbb menang emas prestasi diorang mula menurun and demanding..siap nak tukar jurulatih lagi x nak dah guna Rexy..so bila BAM ikut cakap diorang tukar Jurulatih prestasi sama gak..ini antara isu2 yg dibincangkan dalam Cafe Sukan tuh..tetamu dalam rancangan tuh ada 3 orang seorang tu bergelar editor,seorang lagi aku x tau nama die sape hehe sorang lagi nama dia Jalani Sidek..

So x lama lagi pada bulan Febuari nanti ada kelayakan Piala Thomas di Macau dan pemain2 yg akan mewakili Malaysia adalah datuk Lee Chongh Wei,Hafiz Hashim dan Mohd AriF Latif (utk acara perseorangan)manakala beregu pula diwakili T.B.Heong dan K.K.Kiat dan beregu seterusnya aku x tau sbb maybe diorang x popular sgt kot n masih baru (ke aku yg x tau sebenarnya hehee)so prestasi pemain2 seperti Hafiz Hashim dan Mohd Arif Latif diragui begitu juga dgn beregu..prestasi Hafiz Hashim mmg sgt menurun,terbuka Msia pun kalah awal..manakala Arif latif plak x berapa diketengahkan sgt so tak tau la apa akan jadi nanti..kemungkinan juga buat pertama kalinya Malaysia kecundang awal di pusingan kelayakan Piala tHomas ..itulah yg dibimbangkan..kalau dapat masuk pusingan akhir pun x mungkin akan menang..kalau menang nasib naik jela..sepatutnya untuk Piala Thomas..L.C.Wei harus direhatkan untuk dia memberi perhatian pada kejohanan All England dan Sukan Olimpik..bukan apa Kalau L.C.Wei x direhatkan takut dia akan mengalami kecederaan..kang susah nk menang Olimpik gitu kan hehe..itu antara yg dibincangkan lah..

Mengikut pendapat aku la kan..hehe rasanya untuk Malaysia menang Piala Thomas tahun nih macam lebih susah dari sebelum2 nih..peluang kita mungkin hanya 40% je kot..kalau kita tengok dari prestasi2 pemain yg akan mewakili Msia..Nk hrp L.C.Wei je pun x boleh kan sbb ni berpasukan n kalau tgk Piala Thomas yg sebelum2 ni pun L.C.Wei sendiri pun pernah kalah dalam Piala Thomas,terutamanya ketika bertemu Lin Dan kan..so bagi aku sgt susah la..tapi kita x leh jangka apa yg akan terjadi sbb kejutan boleh berlaku bila2 masa je kan n ikut nasib jugak kan n kalau dh rezeki Malaysia buat la apa pun tetap akan menang kan lau dh rezeki kan..cuma bagi aku jangan taruh harapan tinggi sgt la kan..apa pun Malaysia tetap dihati ini..^_^

Last Malaysia menang Piala Thomas pada tahun 1992 menewaskan Indonesia...

p/s-aku suke tgk perlawanan badminton kt tv yg membabitkan Malaysia sahaja tapi aku x suke n x pandai main badminton hehehe..

1 ulasan:

  1. saya x mahir sangat men badminton.. bab wakil Malaysia pun kurang.. tapi tau gak la selok-belok permainan dan cara untuk mengadili game ni.. thanks to matrik lol.. sejak tu saya memang suka ikut citer sal badminton Malaysia.. go Malaysia :D

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017