-->

22 Dis 2016

Moon Lovers : Scarlet Heart Ryeo - Korean Drama Review

Review Drama Korea - Moon Lovers : Scarlet Heart Ryeo

Assalammualaikum..
Hari ni tibalah giliran Drama Korea yang bertajuk Moon Lovers : Scarlet Heart Ryeo untuk direviewkan. Drama 20 episod ini release pada 29 Ogos yang lalu dan tamat pada 1 November 2016. Ada ramai pelakon best yang berlakon dalam drama ni, antaranya adalah Lee Joon Ki, IU, Kang Ha Neul, Hong Jong Hyun, Nam Joo Hyuk, Baekhyun, Ji Soo, Seohyun (Girl Generation), Yoon Sun Woo, Kang Han Na, Kim Sung Kyun, Z Hera dan ramai lagi. Selain itu, Lee Joon Ki, Kang Ha Neul dan Hong Jong Hyun sempat jadi guest dalam Running Man sambil mempromosikan drama ini. Drama Moon Lovers ; Scarlet Heart Ryeo ni disiarkan untuk menggantikan drama Doctors dan kemudiannya akan digantikan pula dengan drama Romantic Doctor Teacher Kim. Pengarah drama ni pula pernah mengarah drama2 popular seperti A Love To Kill, Secret Love, Iris, It's Okay Thats Love, That Winter, The Wind Blows dan banyak lagi. Drama ini bersaing sengit dengan Drama Love In The Moonlight, walaubagaimanapun di Korea, ramai yang memilih untuk menonton Drama Park Bo Gum tu berbanding Drama Moon Lovers ni. Pada pendapat aku lah kan, Drama Moon Lovers : Scarlet Heart Ryeo ni lebih best, lebih suspen, lebih syok dan lebih tragis berbanding drama Love In The Moonlight tu. Kalau tengok ruangan komen di sesetengah laman web online yang menyiarkan drama ni, ramai yang suka drama ni sampai beribu komen gitu. Episod terakhir drama ini mendapat rating tertinggi walaupun endingnya agak sedih dan tragis giler huhu.
Ketika menonton online drama ni, ramai juga yang komplen tentang ada scene2 best yang kena potong disebabkan ada 2 versi video yang mana ada versi SBS dan versi International yang buatkan penonton jadi pening sampai ada yang sanggup menonton kedua - dua versi hahaha baru puas hati gitu. Bagi yang pernah menonton Drama Korea Shine Or Go Crazy, korang mesti perasan dan tahu bahawa ada persamaan antara drama tersebut dan drama ni kerana kedua - dua drama tersebut mengambil latar tempat yang sama iaitu ketika di Zaman Goryeo dan juga watak2 putera raja yang ramai serta memfokuskan tentang Wang So (Putera Raja Ke-4). Walaubagaimanapun jalan cerita kedua - dua drama itu sedikit berbezalah kan dan kalau nak dibandingkan Drama Shine Or Go Crazy dan juga drama ni, mestilah aku pilih drama Moon Lovers ni sebab drama ini lebih menarik dan best. Aku juga suka lakonan IU dalam drama ni n lakonan die nampak lebih matang dan meyakinkan berbanding sebelum ini dan IU juga nampak sangat qiut dan lawa dalam drama ni. Aku suka tengok Hae Soo tu boleh serasi dengan semua putera raja tu dan lagi best hampir semua putera raja tu ada hati dengan die kecuali putera raja yang pertama, ketiga dan kesembilan jer yang takde hati dengan Hae Soo. Apapun aku suka tengok scene2 Hae Soo bergembira dan bergurau senda dengan semua anak2 raja tu haha.
Watak Wang Wook tu memang nampak baik jer di permulaan cerita sebelum bertukar jadi jahat semua tu. Manakala Wang Yo tu memang dari awal dah nampak jahatnyer tu tambah2 disokong kuat pulak oleh maknya iaitu Queen Yoo. Tak leh blah bila Queen Yo tu boleh benci sangat dengan anak sendiri iaitu Wang So, kesian giler Wang So dapat mak kejam giler. Selain itu aku juga menyampah dengan Wang Won yang merupakan Putera Raja Ke-9, die ni pun jahat tapi lebih pada jadi pengikut kepada Wang Yo dan Wang Wook yang nak sangat akan takhta tu untuk jadi Raja. Tak leh blah lama plak Wang Won ni hidup walaupun yang lain2 dah mati, Banyak scene2 sedih dan tragis dalam drama ni, antara scene paling sedih mestilah masa scene Wang Eun (Putera raja ke-10) dan isterinya mati sebab kena bunuh dengan Wang Yo yang jadi Raja ketika itu. Selain itu, masa Woo Hee iaitu kekasih Baek Ah (Putera Ke-13) bunuh diri tu pun sedih gak. Part paling sedih sekali mestilah masa scene Hae Soo tinggalkan Wang So dan pergi bersama dengan Wang Jung (Putera Raja Ke-14). Lagi sedih bila Wang So tak tahu yang Hae Soo dah mati, datang2 jer Hae Soo dah takde, menangis la jawabnyer. Kesian dengan Wang So sebab die sorang2 jer sampai ke akhir hayat, semua yang rapat dengan die dah tinggalkan die macam Hae Soo dan Baek Ah. Satu lagi watak jahat dan annoying giler adalah Yeon Hwa yang merupakan adik Wang Wook tu.
Kadang2 geram gak dengan Wang Jung ni, die ni putera bongsu dan merupakan adik Wang Yo dan Wang So. Bila ada masalah yang berlaku die mesti akan salahkan Wang So. Hae Soo pun sama, ikut emosi die jer dan tinggalkan Wang So. Anak Hae Soo dan Wang Soo tu comel giler dan akan dijaga oleh Wang Jung. Ending drama ni berakhir kat zaman moden, dimana Hae Soo akan berada di muzium dan di sana akan ada pameran barang2 dan gambar2 di zaman Goryeo. Akhirnya bila die datang ke pameran ni, Hae Soo akan mengingati semula apa yang terjadi ketika die di zaman itu dan seterusnya menangis teresak - esak huhu. Ramai juga yang frust bila Wang So tak menjelma atau dilahirkan semula di zaman moden ni dan berjumpa dengan Hae soo kat pameran Goryeo tu. Lagu tema / OST drama ni memang best dan sedap2 belaka, sesuai dengan jalan ceritanyer. Sampai sekarang boleh teringat lagi lagu yang bertajuk "Can You Hear My Heart" nyanyian Lee Hi ft Epik High tu hehe. Apapun aku memang enjoy dan terhibur menonton drama Moon Lovers : Scarlet Heart Ryeo ni, drama ni memang harus ditonton sebab ada banyak unsur2 suspen dan sedih gitu. Kiranya berbaloi la tengok drama ni dan aku bagi 9.3 Bintang dari 10 Bintang untuk drama ni.

6 ulasan:

  1. Sha pun suka drama nie.. suspen giler.. emosi semua.. tragis lagi..

    BalasPadam
  2. Kutiplah hikmah di mana mana saja :)

    BalasPadam
  3. saya pun follow drama ni, napelah ending dia macam tu je. huhuhhu sedih kan

    BalasPadam
  4. Siqah tengok on off drama ni. Plan nak tengok marathon hari ni dan esok di OneHD. Hii. Walaupun tak tengok drama sangat, tapi siqah dah beli hampir semua OST drama ni. Hihi

    BalasPadam
  5. Same heree. I prefer scarlet heart than love in the moonlight as Sh has more story n interesting than LITM. LITM is just so cliché for me. Anyway love reading your review 😘

    BalasPadam
  6. One more thing, im not the type that interested in drama's ost but ive already downloaded all the ost for this dramaaaa. I just love it ok😍. Can u hear my hearr is dabombb but my fav is Say yes-loco and for you- exo cbx😍

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017