-->

11 Dis 2016

Sinopsis Filem Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng

Sinopsis Filem Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng 

Assalammualaikum..
Filem Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng kini kembali menjengah pawagam bermula 24 November yang lalu, filem ini unik kerana menggabungkan teknik animasi 3D dan juga lakonan hidup. Antara pelakon yang membintangi filem Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng terdiri daripada Asyiela Putri Azhar, Puteri Balqis, Awie, Remy Ishak, Sara Ali, Gambit Saifullah dan ramai lagi. Filem ini diarahkan oleh Erma Fatima dan Ainon Ariff serta diterbitkan secara usahasama antara Les Copaque Production dan KRU Studio. Apapun jom layann sinopsis cite ni kat bawah k.

Sinopsis Filem Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng 

Mengisahkan kehidupan seorang anak yatim bernama Balqis. Dia sangat meminati watak animasi kembar popular Upin & Ipin. Suatu hari, seorang lelaki bernama Zaman telah datang ke rumah anak yatim tempat tinggal Balqis. Melalui perbualan Zaman dengan Noreen, Balqis terdengar bahawa Rumah Anak Yatim tersebut hendak diambil alih kembali oleh Zaman yang merupakan anak kepada pemilik tanah  tersebut. Balqis mula berbincang dengan rakan-rakannya untuk menyelamatkan Rumah Anak Yatim tersebut. Balqis kemudian meluahkan masalah itu kepada Upin dan Ipin, tanpa menyedari dua watak itu mendengar luahannya dan muncul di hadapannya. Bagaimanapun, hanya Aqish saja nampak Upin dan Ipin. Pada masa yang sama, Awie penyanyi rock terkenal suatu ketika dahulu turut mengalami masalah kewangan. Dia tidak lagi popular dan sedang mencari peluang untuk menghasilkan album terbarunya bagi mendapatkan pendapatan. Awie dengan pembantunya Bo terserempak dengan Balqis yang sedang kecewa setelah bergaduh dengan Noreen. Atas pujukan dari Upin & Ipin, Balqis bersetuju untuk pulang ke rumah namun dia masih tidak berbaik dengan Noreen.
Upin & Ipin mendapat idea untuk menyelamatkan rumah anak yatim dengan memujuk Awie untuk melakukan konsert amal. Awie bersetuju untuk membuat konsert amal, Balqis kerana terlalu teruja telah membuat pengumuman bahawa Upin & Ipin akan turut bersama dalam konsert tersebut. Ini mendatangkan panik kepada Awie dan Bo yang tahu bahawa Upin & Ipin hanyalah watak animasi yang tidak wujud. Namun, pada konsert tersebut, Upin dan Ipin muncul dan membuat persembahan hebat hingga menyebabkan semua penonton teruja dan yakin dengan kewujudan Upin & Ipin. Balqis bukan sahaja berjaya menyelamatkan rumah anak yatim tempat tinggalnya malah mendapat keluarga baru apabila Noreen berkahwin dengan Zaman. Awie telah menandatangi kontrak dengan syarikat ternama dan namanya juga semakin meningkat naik seperti zaman kegemilangannya. Upin & Ipin terpaksa pergi bagi menggembirakan kanak-kanak lain, dengan berat hati Balqis melepaskan Upin & Ipin pergi.

Lagu Tema / OST Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng
Tajuk : Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!
Penyanyi : Yubi Band feat. Asyiela Putri (Upin & Ipin)

2 ulasan:

  1. Siqah tak minat filem Upin Ipin yang ni. Hope movie nya yang seterusnya, lagi menarik :D

    BalasPadam
  2. Semoga banyak lagi pelakon berbakat cam puteri Balqis ni,bukan setakat muka 'n penampilan jer cantik

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017