-->

3 Dis 2016

Sinopsis Telemovie Tangisan Izara

Sinopsis Telemovie Tangisan Izara (Cerekarama TV3)

Assalammualaikum..
Telemovie Tangisan Izara akan disiarkan di Slot Cerekarama Tv3 pada 3 Disember 2016 ini. Telemovie ini dilakonkan oleh Raja Afiq, Janna Nick, Puteri Balqis, Ku Faridah dan ramai lagi. Telemovie / Telefilem Tangisan Izara ini diarahkan oleh Shuhaimi Lua dan diterbitkan oleh Tanah Beris Film Production. Kalau tengok daripada sinopsis telemovie ni, memang kisah sedih ni, so sedia siap2 tisu okey, apapun jom layannn sinopsis cite ni kat bawah k..

Sinopsis Telemovie Tangisan Izara (Cerekarama TV3)
Telefilem ini mengisahkan seorang eksekutif bernama Haikal (lakonan Raja Afiq) dan isterinya Raihana (Janna Nick) yang bekerja sebagai kerani di syarikat swasta. Pasangan muda itu mula berkenalan ketika mereka berdua mendapatkan rawatan terhadap penyakit mereka di hospital sama. Haikal mengalami masalah jantung manakala Raihana pula menghidap barah. Daripada pertemuan biasa yang pada mulanya berkongsi rasa mengenai penyakit yang mereka hadapi, kemudian timbul rasa cinta. Mereka berdua amat serasi kerana Haikal dan Raihana yatim piatu. Selepas tiga bulan terjalin persahabatan, Haikal melamar Raihana untuk menjadi isteri.
Raihana cuba menolak cinta Haikal kerana dia tidak mahu lelaki itu turut menanggung penderitaannya. Pada masa sama, Haikal sangat memerlukan sokongan Raihana untuk menghadapi penyakit yang dideritainya lalu mereka berkahwin dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Izara (Puteri Balqis). Ketika mereka keluar bekerja, Izara dijaga pengasuhnya, Mak Dah (Ku Fridah). Apa yang bakal berlaku seterusnya? Apakah nasib Izara setelah ibu bapanya meninggal dunia?.

1 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017