-->

15 Mac 2017

Pembacuh Kopi Mr Vampire - Baca Novel Online

Baca Online Novel Pembacuh Kopi Mr Vampire (Drama Adaptasi Novel)
Baca Online Novel Pembacuh Kopi Mr Vampire (Drama Adaptasi Novel)

Assalammualaikum..
Siapa dah pernah baca Novel Pembacuh Kopi MR Vampire Karya Novelis Aii Fariza ini? tajuk novel ni jer dah menarik kan, apa pun berita gembira buat peminat Novel ini yang mana Novel Ini akan diadaptasikan menjadi Drama Bersiri 30 episod yang akan disiarkan di HyppTV. Dalam Drama Pembacuh Kopi Mr Vampire ini, watak Alif Irsyad akan dilakonkan oleh Ungku Ismail Aziz manakala watak Nuzul Filzah akan dilakonkan oleh Nazeera Sardi. Mesti menarik drama ini nanti kan, Kalau korang baca Sinopsis Novel Pembacuh Kopi Mr Vampire ini pun dah rasa best, apatah lagi versi dramanya kan. Jadi sambil - sambil tengok dramanya, jom baca online beberapa bab awal Novel ini terlebih dahulu ye. Korang hanya perlu klik link yang aku kongsikan dibawah ini. Semua link tersebut credit to Blog Penulis Novel ini sendiri iaitu Aii Fariza. Selamat Membaca ye..

Baca Online Novel Pembacuh Kopi Mr Vampire

Hero Dan Heroin Drama Pembacuh Kopi Mr Vampire, Senarai Pelakon Drama Pembacuh Kopi Mr Vampire, Watak Alif Irsyad Dilakonkan Oleh Ungku Ismail manakala Watak Nuzul Filzah Dilakonkan oleh Nazeera Sardi, Sinopsis Novel Pembacuh Kopi Mr Vampire, Kisah Cinta, Baca Online Novel,
Sinopsis Novel Pembacuh Kopi Mr Vampire


Selaku CEO, Alif Irsyad tidak pernah mengimpikan jatuh cinta pada seorang waitress. Serasa putaran dunianya bertukar paksi. Teori Irsyad mudah. Gadis biasa seperti Nuzul tidak layak digandingkan bersamanya. "Logically or practically memang tak mungkin terjadi bagi kau, Syad. Tapi kau kena ingat semua perkara ini cuma terbatas di fikiran sedangkan bukannya sesuatu yang impossible untuk berlaku. Jangan sampai teori logik akal kau memakan diri. Secara praktikalnya pulak kau datang mengadu dekat aku yang kau dah jatuh cinta dengan wanita macam Nuzul." ~ Syed Saiful.

Sumpahan atau doa seorang sahabat? Bermati-matian Irsyad menafikan rasa namun, pesona si gadis merantai naluri. Akhirnya bisikan asmara mendahului jiwa yang kelelahan cinta. Lantaran itu, Irsyad akur demi meneguk kasih seorang Nuzul Filzah.



"Aku sukakan kau, Nuzul. Lebih daripada nyawa ini aku boleh berikan pada kau."

"Encik…."

"Please be mine. Jadi milik aku supaya aku boleh menjaga kau dan adik-adik kau."

"Jangan suka saya boleh tak?"

"Dah terlambat, Nuzul. Aku jatuh cinta dengan kau lebih awal daripada ini. Sekarang hati aku hanya inginkan kau. Aku nak jadi sebahagian daripada keluarga kecil kau." Impian cinta mereka berdua mula punah apabila Nuzul meninggalkan Irsyad tanpa khabar berita. Kehilangan Nuzul membuatkan hidup Irsyad tidak tentu arah. Tanpa disangka selepas 4 tahun mereka bertemu semula, Irsyad menagih jawapan Nuzul tentang sebab dirinya menghilangkan diri namun Nuzul terus - terusan mengelak dari persoalan itu. Walaupun mereka akhirnya dah berkahwin, Irsyad masih belum mendapat jawapan tentang sebab Nuzul meninggalkannya suatu ketika dulu. Apa yang berlaku seterusnya?..


2 ulasan:

  1. hi datang singgah dari segmen yang sama...salam kenal
    http://msvelentine.blogspot.my/2017/03/segmen-awak-follow-saya-saya-follow.html

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017