-->

7 Mac 2017

Sinopsis Telemovie Petanda TV9

Telemovie Petanda TV9 (Slot Skrin Di 9), Pelakon Utama Telefilem Petanda TV9
Sinopsis Telemovie Petanda Slot Skrin Di 9 (TV9)

Assalammualaikum..
Telemovie Petanda disiarkan di TV9 pada 6 Mac 2017 dan dilakonkan oleh Faizal Hussein, Aleza Shadan, Diana Rafar, Khalisa, Gambit Saifullah, Iswazir Ismail dan ramai lagi. Telemovie Petanda ini diarahkan oleh Razaisyam Ismail dan diterbitkan oleh Primeworks Studios Sdn Bhd. Telefilem Petanda ini berkisahkan tentang ibu bapa yang kehilangan anak mereka akibat diculik. Apa pun jom tengok sinopsis telemovie ini kat bawah ye..

Sinopsis Telemovie Petanda (TV9)

Mengisahkan tentang seorang budak yang hilang, emosi ayah dan ibunya terganggu akibat dari kehilangan anak tersayang. Cerita ini dimulakan dengan dua kejadian seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang bernama Azita dan Syikin. Kedua-duanya telah hilang pada tahun yang berbeza. Sehingga kini tidak ada seorang pun yang menjumpai mereka berdua. Kejadian ketiga berulang lagi apabila Sheeda, seorang gadis remaja yang cantik dan baik berumur 15 tahun juga turut hilang. Ibu bapa Sheeda serta pihak polis berusaha untuk mencari Sheeda namun tidak menjumpai Sheeda sehinggalah suatu hari bapa Sheeda mengekori kucing kesayangan Sheeda dan terjumpa Sheeda dikurung di suatu tempat. Siapa sangka ini semua angkara Siti, jiran yang paling rapat dengan emak Sheeda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017