-->

31 Mac 2017

Sinopsis Drama Cik Serba Tahu (Astro)

Sinopsis Drama Cik Serba Tahu (Astro), MegaDrama Astro, Drama Adaptasi Novel, Senarai Pelakon Drama Cik Serba Tahu, Pelakon, Remy Ishak, Sari Yanti. Zarul Umbrella, Iedil Putra, Ilya,
Sinopsis Drama Cik Serba Tahu (Astro) Lakonan Remy Ishak & Sari Yanti

Assalammualaikum..
Drama Cik Serba Tahu sudah mula disiarkan di Astro Ria bermula 27 Mac yang lalu menggantikan Drama Dia Bidadariku yang telah tamat episodnya. Drama 16 episod ini dilakonkan oleh Remy Ishak, Sari Yanti, Zarul Umbrella, Iedil Putra, Ilya Buang, Ako Mustapha, Riana AF, Dynas Mokhtar, Nadia Brian, Idris Khan, Syazuwan Hassan, Sherry Merlis dan ramai lagi. Drama ini diadaptasikan daripada Novel Cik Serba Tahu Karya Novelis Syamnuriezmil dan diarahkan oleh Shuhaimi Zulkefli serta diterbitkan oleh Orangtree Production Sdn Bhd. Ramai pelakon best yang berlakon dalam drama ini serta ini merupakan kali pertama aku tengok gandingan Remy Ishak dan Sari Yanti sebagai hero dan heroin drama. Tak silap aku Mira Filzah yang sepatutnya melakonkan watak Aerna itu tapi akhirnya diganti oleh Sari Yanti. Apa pun Mira Filzah dan Sari Yanti memang kedua - duanya comel, qiut dan berbakat. Apa pun jom tengok sinopsis Drama Cik Serba Tahu di bawah ini ye..
Pelakon Utama Drama Cik Serba Tahu, Hero dan Heroin Drama Cik Serba Tahu, Sari Yanti, Remy Ishak, Senarai Pelakon Drama Cik Serba Tahu, OST Cik Serba Tahu,
Sinopsis Drama Cik Serba Tahu

Berbagai usaha yang dilakukan oleh Carl Adham untuk memikat hati Aerna, namun Aerna sukar menerima cinta dari Carl Adham sedangkan mereka baharu sahaja berkenalan. Memandangkan Carl dengan tiba-tiba mengajak Aerna bertunang kemudian bernikah. Rakan-rakan sekerja di pejabat menggelarkan Aerna sebagai Cik Serba Tahu kerana semuanya dia boleh tahu. Sebab benda yang diagak selalunya betul dan banyak rahsia yang dia tahu terutama rahsia Encik Ben dan Encik BunDan disebabkan serba tahunya itu, ayahnya bimbang jika anaknya itu terlupa tentang diri sendiri. Ayah Aerna nekad untuk mempercepatkan perkahwinan anaknya dengan sesiapa saja yang gentleman asalkan Aerna terbuka hati untuk menerima cinta. Adakah dengan mudah Aerna dapat menerima pilihan ayahnya? Adakah Aerna akan bersedia membuka pintu hatinya seperti yang dipinta oleh ayahnya?
Remy Ishak dan Sari Yanti, Hero dan Heroin Drama Cik Serba Tahu, Drama Adaptasi Novel, Senarai Pelakon Drama Cik Serba Tahu, Pelakon, Zarul Umbrella, Iedil Putra, Idris Khan, Nadia Brian, Ako Mustapha,
Lagu Tema / OST Cik Serba Tahu
Tajuk Lagu - Cinta Apa Adanya
Penyanyi - Tasha Manshahar

Baca ini juga ➔ Novel Cik Serba Tahu..

3 ulasan:

  1. aku dah tengok...memang best ar cerita dia...lagi lagi bila aku tengok si zarul umbrella tu berlakon..hehe..

    BalasPadam
  2. Mrs.A follow jugak citer ni.
    Suka tengok lakonan Sari Yanti part dia marah-marah kat Carl Adam.

    BalasPadam
  3. Memang seronok juga drama ni. Ringan untuk difahamkan jalan ceritanya. Santai

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017