-->

12 Mac 2017

Sinopsis Telemovie Trauma (Cerekarama TV3)

Telemovie Trauma Dilakonkan oleh Janna Nick, Saharul Ridzwan, Zara Zya, Idris Khan, Raja Afiq, Dayana Roza, Indah Emeerlda, Senarai Pelakon Cerekarama Trauma
Sinopsis Telemovie Trauma (Cerekarama TV3)

Assalammualaikum..
Telemovie Trauma akan disiarkan di Slot Cerekarama TV3 pada 11 Mac ini, nampaknya ada ramai pelakon best dan popular berlakon dalam Telemovie Trauma ini, konform rating mencanak naiknyer hehe. Telefilem Trauma ini dilakonkan oleh Janna Nick, Saharul Ridzwan, Zara Zya, Idris Khan, Raja Afiq, Dayana Roza, Indah Emeerlda dan ramai lagi. Telemovie Trauma ini diarahkan oleh Azman Yahya (Jinggo) dan diterbitkan oleh JS Pictures Sdn Bhd. Apa pun jom tengok sinopsis ringkas telemovie ini dibawah ye..

Sinopsis Telemovie Trauma (Cerekarama TV3)

Mengisahkan tentang 6 orang kawan yang berkenalan menerusi laman sosial ‘Chatroom’. Mereka adalah Roza (Janna Nick), Budin (Saharul Ridzwan), Haneem (Zara Zya), Edi (Idris Khan), Faz (Raja Afiq) dan Jaja (Dayana Roza). Ada satu persamaan yang ketara di antara keenam-enam sahabat ini. Masing-masing pernah mengalami trauma dalam hidup. Suatu hari mereka merancang untuk bertemu dan bercuti bersama. Roza telah menawarkan diri untuk menjadi penganjur percutian mereka. Ketika Roza mahu mengambil kunci rumah sewa daripada seorang jiran, dia ditegur dengan satu pepatah iaitu adakah buaya menolak bangkai. Malah seorang demi seorang yang masuk ke dalam pagar rumah terbabit turut ditegur oleh jiran tersebut dengan pepatah yang berbeza-beza. 

Tanpa mereka duga,  berlaku pula pelbagai kejadian aneh dan mereka tidak dapat menyelamatkan diri mereka untuk keluar dari rumah sewa itu. Siapa sangka yang ini semua angkara Roza, dia telah membunuh satu persatu kawan - kawannya namun Roza tidak menyangka yang Budin dan Haneem belum mati dan mereka masih hidup dan cuba menyelamatkan diri mereka. Manakala Roza pula cuba mencari mereka berdua di sekitar Villa tersebut. Apa yang bakal berlaku seterusnya?.

Jom Baca ni juga ➔Sinopsis Telemovie Kekasih Elektrik (Astro Citra)
➔ 7 Perkara Menarik Tentang Fungsi GrabShare dalam Grab Car Yang Korang Kena Tahu!

5 ulasan:

  1. Tengok tadi. Banyak miss part. Roza tu memang asalnya macam tu ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. aah roza mmg psiko, die dah rancang dari mula lagi, tapi Roza jadi macam tu sebab zaman kanak - kanak die yang teruk dan buat die jadi psiko mcm tu.

      Padam
  2. Ni kisah benar ke

    BalasPadam
  3. elsa tengok nie semalam! best best!

    BalasPadam
  4. kayknya bagus ni acara telemovie...

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017