-->

15 Mac 2018

Gantung The Series - Drama Adaptasi Novel Fixi

Gantung The Series, Drama Gantung The Series, Drama Gantung, Gantung 2, Novel, Novel Fixi, Novel Gantung, Novelis Nadia Khan, Drama Adaptasi Novel, Drama Melayu, Malaysia, Indonesia, Pelajar Sekolah Popular, Musketeers Code, Watak Dalam Drama Gantung The Series, Gibbs, Gibran, KJ, Ray, Troll, Ratna, Tasha, Gantung The Series Cast, Pelakon Drama Gantung, Randy Pangalila, Hafreez Adam, Ikmal Amry, Gita Sucia, Brandon Salim, Mentari De Marelle, Lina Tan, Intan Najwa, Radhi Khalid, Chew Kin Wah, Gantung The Series Review, Ending Drama Gantung, Poster Drama Gantung The Series,
Gantung The Series - Drama Adaptasi Novel Fixi

Novel Gantung karya novelis Nadia Khan telah pun diadaptasikan menjadi drama bersiri 16 episod yang berdurasi 20 minit untuk setiap episod. Drama Gantung ini telah pun menjalani penggambaran pada tahun 2016 yang lalu dan aku pun memang teruja menanti Drama Gantung The Series ini disiarkan di Malaysia. Walaubagaimanapun setelah dekat 2 tahun, drama Gantung ini masih belum disiarkan di Malaysia lagi namun drama ini telah pun disiarkan di Indonesia terlebih dahulu. Antara Pelakon Drama Gantung ini adalah Randy Pangalila, Hafreez Adam, Ikmal Amry, Gita Sucia, Brandon Salim, Mentari De Marelle, Lina Tan, Intan Najwa, Radhi Khalid, Chew Kin Wah dan ramai lagi serta diarahkan oleh Syamyl Othman. Dikatakan versi dramanya tidaklah sama 100 peratus seperti dalam Novel kerana ada perubahan yang dibuat. Selain itu drama ini juga bergenre seram tapi tidaklah seram mana pun hehehe. Aku rasa antara sebab utama drama ini agak lambat disiarkan di Malaysia disebabkan plot drama ini yang agak direct, berani dan daring habis. Malah dialog yang digunakan juga kasar dan ada 3 bahasa yang digunakan dalam drama ini iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Indonesia dan juga bahasa Inggeris. Tak nampak macam tengok drama Melayu yang standard  tapi dah macam tengok drama orang putih gitu hahaha sebab jalan cerita drama ini sangat daring.
Gantung The Series, Drama Gantung The Series, Drama Gantung, Gantung 2, Novel, Novel Fixi, Novel Gantung, Novelis Nadia Khan, Drama Adaptasi Novel, Drama Melayu, Malaysia, Indonesia, Pelajar Sekolah Popular, Musketeers Code, Watak Dalam Drama Gantung The Series, Gibbs, Gibran, KJ, Ray, Troll, Ratna, Tasha, Gantung The Series Cast, Pelakon Drama Gantung, Randy Pangalila, Hafreez Adam, Ikmal Amry, Gita Sucia, Brandon Salim, Mentari De Marelle, Lina Tan, Intan Najwa, Radhi Khalid, Chew Kin Wah, Gantung The Series Review, Ending Drama Gantung, Poster Drama Gantung The Series,
Contohnya kelihatan pelajar - pelajar di sekolah tersebut sangat sosial dan mengamalkan gaya hidup bebas yang melampau. Aku tak pastilah jika drama ini disiarkan di Malaysia nanti, akan ada babak - babak yang dipotong nanti. Selain itu awal bulan Mac ini agak kecoh juga bila Drama Gantung The Series ini telah boleh di tonton mahu pun di download secara haram di media sosial seperti Facebook dan Telegram. Aku pun tak nafikan yang aku menonton drama ini secara haram juga sebab tak sabar nak tengok versi dramanya. Tapi aku harapkan drama ini akan cepat - cepat disiarkan di Malaysia supaya semua orang boleh resupport dan menonton kembali drama ini setelah ianya disiarkan di Malaysia nanti. Jadi dengan cara itu barulah drama ini boleh disambung pada musim kedua menjadi Gantung 2. Ini ditambah lagi ending drama Gantung The Series juga agak tergantung. Ada nama - nama watak yang diubah dalam drama ini, tapi cuma nama watak sajalah tapi karakter dan personaliti watak itu masih samalah kan contohnya seperti watak Deepa dalam Novel telah diganti namanya menjadi Ratna untuk versi dramanya dan juga watak - watak lain. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye.
Gantung The Series, Drama Gantung The Series, Drama Gantung, Gantung 2, Novel, Novel Fixi, Novel Gantung, Novelis Nadia Khan, Drama Adaptasi Novel, Drama Melayu, Malaysia, Indonesia, Pelajar Sekolah Popular, Musketeers Code, Watak Dalam Drama Gantung The Series, Gibbs, Gibran, KJ, Ray, Troll, Ratna, Tasha, Gantung The Series Cast, Pelakon Drama Gantung, Randy Pangalila, Hafreez Adam, Ikmal Amry, Gita Sucia, Brandon Salim, Mentari De Marelle, Lina Tan, Intan Najwa, Radhi Khalid, Chew Kin Wah, Gantung The Series Review, Ending Drama Gantung, Poster Drama Gantung The Series,
Sinopsis Drama Gantung The Series

Musketeer Code – no all for one, just one for all.”

Gibbs (Randy Pangalila), Ray (Ikmal Amry), KJ (Brandon Salim) dan Troll (Hafreez Adam) merupakan sekumpulan pelajar lelaki paling popular dan paling akrab di sebuah sekolah asrama elit. Mereka berempat mencipta Musketeer Code – peraturan yang tidak membenarkan sesiapa antara mereka untuk bercinta dan mempunyai steady girlfriend, tetapi sebarang skandal amat dialu-alukan untuk dikongsi oleh semua.

Sehinggalah peraturan itu dilanggar… dan seorang awek psiko mencetuskan tragedi yang bakal menghantui hidup mereka semua. Apa yang bakal berlaku seterusnya?.
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu,

6 ulasan:

  1. Ramai kata best. Nak tengok jgak la. Buku dia pun ika tgh nak beli hehe. lambat betul. Ika datang singgah sini dengan entry baru. https://ikashoid.blogspot.my/2018/03/bersyukurkah-kita.html

    BalasPadam
  2. ishh.. semua kawan shu cakap best, takdan tengok lagi :(

    BalasPadam
  3. rasanya part tarik towel lepastu cakap leper tu confirm kena cut hahaha

    BalasPadam
  4. mcm best jer cerita ni..

    BalasPadam
  5. Rasa mcm nk baca buku dia dlu baru tgk cerita ni

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017