-->

30 Mac 2018

Sinopsis Drama Zahir Tak Terucap (Akasia TV3)

Zahir Tak Terucap, Drama Zahir Tak Terucap, Slot Akasia, TV3, Cinta, Sinopsis Zahir Tak Terucap, Pelakon Drama Zahir Tak Terucap, Saharul Ridzwan, Aeril Zafrel, Raysha Rizrose, Chacha Maembong, Esma Daniel, Farisha Irwayu, Idris Mat Diah, Rosnah Johari, Syafiqa Zamriez, Saufi Ramli, Elya Miera, Poster Drama Zahir Tak Terucap, OST,
Sinopsis Drama Zahir Tak Terucap Slot Akasia TV3

Drama Zahir Tak Terucap adalah drama terbaru di Slot Akasia TV3 bagi menggantikan Drama Tiada Arah Jodoh Kita yang telah tamat episodnya dan sudah mula bersiaran sejak 27 March yang lalu. Antara Pelakon Drama Zahir Tak Terucap ini adalah Saharul Ridzwan, Aeril Zafrel, Raysha Rizrose, Chacha Maembong, Esma Daniel, Farisha Irwayu, Idris Mat Diah, Rosnah Johari, Syafiqa Zamriez, Saufi Ramli, Elya Miera dan ramai lagi. Selain itu drama Zahir Tak Terucap ini mempunyai 13 episod dan diarahkan oleh Mohd Fazli Yahya serta diterbitkan oleh Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd. Kalau tak silap aku drama ini sepatutnya disiarkan di Slot Zehra TV3, tapi entah macam mana diorang siarkan di slot Akasia pula, biasanya drama di slot Akasia mempunyai episod yang lebih panjang, paling standard 28 episod gitu. Apa pun barisan pelakon drama ini memang best - best belaka, plus jalan ceritanya pun nampak menarik. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye.
Zahir Tak Terucap, Drama Zahir Tak Terucap, Slot Akasia, TV3, Cinta, Sinopsis Zahir Tak Terucap, Pelakon Drama Zahir Tak Terucap, Saharul Ridzwan, Aeril Zafrel, Raysha Rizrose, Chacha Maembong, Esma Daniel, Farisha Irwayu, Idris Mat Diah, Rosnah Johari, Syafiqa Zamriez, Saufi Ramli, Elya Miera, Poster Drama Zahir Tak Terucap, OST,
Sinopsis Drama Zahir Tak Terucap Slot Akasia TV3

Hisyam baru tamat pengajian dan Haziq, abangnya meraikan dengan membawanya bercuti di sebuah pulau peranginan. Di situ, Hisyam berkenalan dengan seorang gadis penjual nasi lemak, Aisyah yang periang dan peramah. Hubungan Hisyam dan Aisyah bukan sahaja dilarang oleh ibu bapa Aisyah tetapi juga dibenci oleh Lokman yang sudah lama menyimpan niat untuk mengambil Aisyah sebagai isteri. Pada malam terakhir di situ, Hisyam terkejut melihat Haziq bersama perempuan dalam keadaan mabuk. Tanpa rasa bersalah, Haziq meminta Hisyam merahsiakan perangainya jika tidak mahu Razak dan Noraini jatuh sakit. Sejak itu, Hisyam sering bergaduh dengan Haziq kerana tidak mahu bersubahat.

Zahir Tak Terucap, Drama Zahir Tak Terucap, Slot Akasia, TV3, Cinta, Sinopsis Zahir Tak Terucap, Pelakon Drama Zahir Tak Terucap, Saharul Ridzwan, Aeril Zafrel, Raysha Rizrose, Chacha Maembong, Esma Daniel, Farisha Irwayu, Idris Mat Diah, Rosnah Johari, Syafiqa Zamriez, Saufi Ramli, Elya Miera, Poster Drama Zahir Tak Terucap, OST,

Sehingga satu hari, Haziq sakit dan ditahan di wad kerana jangkitan kuman di paru-paru dan otak. Haziq terkejut dan tidak dapat terima bahawa dia akan mati. Ketika Haziq semakin lemah, dia meluahkan penyesalannya dan meninggalkan permintaan terakhir yang membuatkan Haziq tergamam. Hisyam terpaksa berkorban menjadi ‘kambing hitam’ dan mengakui segala kejahatan Haziq semata-mata mahu menutup aib abangnya itu yang telah meninggal dunia. Hisyam redha dan mencari Aisyah, cinta pandang pertamanya yang dirogol oleh abangnya dulu untuk bertanggungjawab namun mendapat halangan daripada kedua-dua keluarga dan bakal tunangnya, Aireen.

Lagu Tema /  OST Zahir Tak Terucap 
➔Delusi nyanyian MJ (Meeyo_Joe)
➔Cahaya nyanyian Syara
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,

5 ulasan:

  1. Salam jumaat miss banu, semoga bertambah rezeki di hari ini

    BalasPadam
  2. Tajuk lagu yg duet tu ape ye . plezz

    BalasPadam
  3. Ost lagu yang last episode enak, tp tak tau tajuknya

    BalasPadam
  4. Tajuk lagu yang last episode apa ya?

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017