-->

19 Mac 2018

Sinopsis Telemovie Tulus Cinta (Cerekarama TV3)

Telemovie Tulus Cinta, Telefilem, Cerekarama, TV3, Cinta, Diinspirasikan Dari Kisah Benar, Pelakon Telemovie Tulus Cinta, Elizad Sharifuddin, Amar Asyraf, Puteri Aishah, Shuhanty Hanafiah, Halim Radzi, Jay Iswazir, Anne Abdullah, Fazlina Ahmad Daud, Aman Graseka, Badrul Muhayat, DFKL2018,
Sinopsis Telemovie Tulus Cinta - Cerekarama TV3

Telefilem Tulus Cinta telah pun disiarkan di Slot Cerekarama TV3 pada 17 Mac yang lalu. Antara Pelakon Telemovie Tulus Cinta ini adalah Elizad Sharifuddin, Amar Asyraf, Puteri Aishah, Shuhanty Hanafiah, Halim Radzi, Jay Iswazir, Anne Abdullah, Fazlina Ahmad Daud, Aman Graseka, Badrul Muhayat dan ramai lagi. Telemovie Tulus Cinta ini diinspirasikan daripada kisah benar dan merupakan telemovie khas sempena DFKL 2018 nanti. Pengarah telemovie ini adalah Ellie Suriaty Omar dan diterbitkan oleh Sha's Media Sdn Bhd. Kalau dah Elizad yang berlakon pastilah best telemovie ini kan, plus wataknya juga berat iaitu sebagai Maira yang merupakan pesakit Leukemia. Scene Elizad mengamuk dengan Azim tu memang terbaik, penuh emosi gitu. Walaupun jalan cerita drama ini agak sedih, tapi endingnya happy endinglah juga kan. Apa pun jom tengok sinopsis telefilem Tulus Cinta di bawah ini yer, selamat membaca okey.

Sinopsis Telefilem Tulus Cinta - Cerekarama TV3

Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya, itulah nasib Maira yang merupakan seorang pesakit leukemia yang ditakdirkan untuk bertemu dengan Azim, sehingga mereka manjadi kawan baik. Azim sentiasa menemani Maira di hospital ketika kesihatannya kritikal. Walaubagaimanapun Azim sebenarnya sudah mempunyai kekasih hati yang bernama Hana, malah mereka juga bakal berkahwin tak lama lagi. Hana juga sangat setia dengan Azim dan telah lama menunggu Azim untuk mereka berkahwin. Namun Hana mula curiga dengan tingkah laku Azim yang berubah, malah Azim juga sering menghilangkan diri dan susah untuk dihubungi. Akhirnya Hana mendapat tahu bahawa Azim dan Maira semakin akrab, lalu Hana bertindak untuk pergi berjumpa dengan Maira sendiri dan menyuruh Maira supaya tidak menggangu Azim lagi. Maira amat terkejut mendengar pengakuan Hana itu yang mengaku dirinya adalah kekasih Azim. Maira kemudiannya marah dan mengamuk dengan Azim kerana merasakan dirinya sengaja dipermainkan oleh Azim. Azim mengaku cintakan Maira namun tidak dapat melepaskan Hana pergi dari hidupnya, dia inginkan Maira menjadi cinta hatinya yang kedua. Pengakuan Azim itu membuatkan Maira bertambah marah dan meninggalkan Azim. Apa yang bakal berlaku seterusnya? Siapakan pilihan Azim?
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu,

6 ulasan:

  1. ada tngok iklan je, macam best, nanti nak tengok!

    BalasPadam
  2. geram jugak perangai lelaki macam azim ni

    BalasPadam
  3. cerita ni memang sangat best sweet plus based on true story... wajib tonton... saper kata malaysia xd citer berkualiti

    BalasPadam
    Balasan
    1. 😂😂😂😂😂
      Betul laaa tu...x ada unsur yg bermanfaat.... utk jadi tauladan..biar kisah benar...

      Padam
  4. haih! kenapa la , jadi cinta tiga segi ni

    BalasPadam
  5. knpla burok sgt watak heroin umm

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017