-->

28 Mac 2018

Sinopsis Drama Turki Heart Of The City TV2

Heart Of The City, Drama Turki, Turkish Drama, 2017, RTM, TV2, 2018, Bu Sehir Arkandan Gelecek, Drama Turki Heart Of The City, Sinopsis Drama Turki, Heart Of The City Synopsis, Heart Of The City Cast, Pelakon Drama Turki Heart Of The City, Leyla Lydia Tugutlu, Kerem Bursin, Osman Alkas, Nilperi Sahinkaya, Burak Tamdogan, Gurkan Uygun, Poster,
Sinopsis Drama Turki Heart Of The City (Bu Sehir Arkandan Gelecek) TV2
Drama Bersiri Turki Heart Of The City (Bu Sehir Arkandan Gelecek) telah pun disiarkan di Slot Lavender TV2 bermula 15 Februari yang lalu, Turkish Drama ini bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang. Antara Pelakon Drama Turki Heart Of The City ini adalah Leyla Lydia Tugutlu yang akan melakonkan watak Derin, Kerem Bursin sebagai watak Ali Smith, Osman Alkas sebagai Rauf, Nilperi Sahinkaya sebagai Asli, Burak Tamdogan sebagai Tekin, Gurkan Uygun sebagai Sahin dan ramai lagi. Selain itu drama Heart Of The City ini diarahkan oleh Cagri Vila Lostuvali dan memaparkan tentang cinta sepasang kekasih berbeza latar belakang keluarga selain pergolakan antara anak dan ayahnya akibat peristiwa hitam masa silam mereka. Drama Turki Heart Of The City ini juga boleh dikatakan drama baru juga sebab drama ini baru disiarkan di Turki pada tahun 2017 dan sekarang sudah pun disiarkan di Malaysia. Ikutkan Drama ini hanya mempunyai 20 episod tapi kebiasaannya durasi masa setiap episod drama Turki ini agak panjang hampir 2 jam, jadi bila disiarkan di Malaysia, mestilah setiap episodnya dipendekkan, maka jadilah 60 episod kesemuanya. Apa pun jom tengok sinopsis drama Turki Heart Of The City ini di bawah ye, selamat membaca, okey.
Heart Of The City, Drama Turki, Turkish Drama, 2017, RTM, TV2, 2018, Bu Sehir Arkandan Gelecek, Drama Turki Heart Of The City, Sinopsis Drama Turki, Heart Of The City Synopsis, Heart Of The City Cast, Pelakon Drama Turki Heart Of The City, Leyla Lydia Tugutlu, Kerem Bursin, Osman Alkas, Nilperi Sahinkaya, Burak Tamdogan, Gurkan Uygun, Poster,
Sinopsis Drama Turki Heart Of The City TV2
Mengisahkan tentang Ali Smith yang menjalani kehidupan sukar selepas ibunya dibunuh oleh bapanya ketika dirinya berusia 4 tahun. Dia mula tinggal di bot kargo bersama seorang lelaki bernama Rauf yang menjaga dia selepas tragedi tersebut. Ali bergerak ke seluruh dunia dan menganggap bot kargo sebagai rumahnya sendiri. Dia menjadi seorang lelaki tanpa negara. Ali tidak mahu kembali ke Istanbul kerana dia ingin mengelak daripada mengingati tragedi ngeri yang berlaku pada zaman kanak-kanaknya. Walau bagaimanapun, dia kembali ke Istanbul secara kebetulan apabila umurnya menginjak 20 tahun. Dia perlu menghabiskan masa 24 jam di Istanbul sehingga bot kargonya berlepas ke destinasi seterusnya. Apabila Ali berjalan kaki di Istanbul, dia mula berdepan dengan masalah. Walaupun dia mahu membantu seorang gadis muda bernama Derin, dia kehilangan pasportnya. Begitu pun hakikatnya dia dipertemukan dengan cinta sejati. Ali dan Derin menghabiskan sepanjang hari tanpa mengetahui apa yang akan berlaku keesokan harinya. Derin berasal dari keluarga kaya dan akan berkahwin dengan Yigit dalam masa 10 hari. Dia mahu menjadi penari tetapi perlu hidup menurut kehendak ibu bapanya. 

Heart Of The City, Drama Turki, Turkish Drama, 2017, RTM, TV2, 2018, Bu Sehir Arkandan Gelecek, Drama Turki Heart Of The City, Sinopsis Drama Turki, Heart Of The City Synopsis, Heart Of The City Cast, Pelakon Drama Turki Heart Of The City, Leyla Lydia Tugutlu, Kerem Bursin, Osman Alkas, Nilperi Sahinkaya, Burak Tamdogan, Gurkan Uygun, Poster,
Dia hanya mahu mempunyai satu hari yang bebas untuk melakukan apa sahaja sebelum perkahwinan itu dan melakukan apa sahaja yang dia mahu selain daripada tunangannya. Kebetulan pertemuannnya dengan Ali mengubah prinsip hidupnya dan dia mendapat keberanian untuk berterus-terang membatalkan rancangan perkahwinannya. Dia mahu meneruskan cita-cita dan impiannya. Dia masih belum bersedia untuk berkahwin apatah lagi dengan lelaki yang tidak dicintainya. Ali, sebaliknya, tidak dapat menaiki pesawat dan terpaksa tinggal di Istanbul lagi kerana masalah kehilangan pasportnya. Dia kehilangan segalanya dan pada masa sama muncul bekas juara tinju bernama Sahin tanpa mengetahui bahawa Sahin adalah bapa kandungnya yang sebenarDalam kisah ini, anda akan meneroka kasih sayang tulen antara lelaki dengan tidak ada negara dan seorang wanita dari keluarga kaya. Apa yang berlaku seterusnya? Adakah Ali dan Derin bertemu kembali? Apa yang akan Ali lakukan apabila dia mengetahui kebenaran tentang masa lalu? Adakah Ali akan memaafkan bapa kandungnya? Mampukah Ali dan Derin menyatukan hubungan cinta mereka walaupun datang dari latar belakang keluarga yang berbeza?
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,

2 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017