-->

18 Apr 2018

Sinopsis Drama Cinta Fatamorgana (Akasia TV3)

Cinta Fatamorgana, Drama Cinta Fatamorgana, Slot Akasia, TV3, Sinopsis Cinta Fatamorgana, Drama Melayu, Drama Bersiri, Drama 27 Episod, OST Cinta Fatamorgana, Ending, Main Cast, Pelakon Drama Cinta Fatamorgana, Aeril Zafrel, Azar Azmi, Syazuwan Hassan, Shahz Jaszle, Nazeera Sardi, Norman Hakim, Faezah Elai, Rusdi Ramli, Emelda Rosmila, Dayana Roza, Asry Azizan, Mak Wan, Linda Rafar, Syuhaida Abraz (Dottie), Julia Farhana Marin, Poster Drama Cinta Fatamorgana, Kisah Cinta Tiga Segi, Love Story, 2018,
Sinopsis Drama Cinta Fatamorgana Slot Akasia TV3

Drama Cinta Fatamorgana adalah drama terbaru di slot Akasia TV3 dan sudah mula disiarkan sejak 13 April yang lalu. Drama ini disiarkan bagi menggantikan drama Zahir Tak Terucap yang telah tamat episodnya. Antara Pelakon Drama Cinta Fatamorgana ini adalah Aeril Zafrel, Azar Azmi, Syazuwan Hassan, Shahz Jaszle, Nazeera Sardi, Norman Hakim, Faezah Elai, Rusdi Ramli, Emelda Rosmila, Dayana Roza, Asry Azizan, Mak Wan, Linda Rafar, Syuhaida Abraz (Dottie), Julia Farhana Marin dan ramai lagi. Drama ini bukan adaptasi novel dan mempunyai 27 episod dan disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam. Selain itu drama Cinta Fatamorgana ini diarahkan oleh Heykal Hanifah dan diterbitkan oleh Luqsar Kreatif Sdn Bhd. Nampak menarik drama ini terutamanya untuk watak Rifqi lakonan Aeril Zafrel yang lebih mengutamakan persahabatan berbanding cinta. Malah barisan pelakon pun best - best belaka, Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye.
Cinta Fatamorgana, Drama Cinta Fatamorgana, Slot Akasia, TV3, Sinopsis Cinta Fatamorgana, Drama Melayu, Drama Bersiri, Drama 27 Episod, OST Cinta Fatamorgana, Ending, Main Cast, Pelakon Drama Cinta Fatamorgana, Aeril Zafrel, Azar Azmi, Syazuwan Hassan, Shahz Jaszle, Nazeera Sardi, Norman Hakim, Faezah Elai, Rusdi Ramli, Emelda Rosmila, Dayana Roza, Asry Azizan, Mak Wan, Linda Rafar, Syuhaida Abraz (Dottie), Julia Farhana Marin, Poster Drama Cinta Fatamorgana, Kisah Cinta Tiga Segi, Love Story, 2018,
Sinopsis Drama Cinta Fatamorgana Slot Akasia TV3

Mengisahkan persahabatan di antara Rifqi (lakonan Aeril Zafrel), Huzair (lakonan Syazuwan Hassan) dan Wildad (lakonan Azar Azmi). Hubungan Rifqi dan Huzair sangat rapat. Rifqi sangat terhutang budi dengan Tuan Deraman (lakonan Norman Hakim) dan Puan Habibah (lakonan Linda Rafar) yang mengganggap Rifqi seperti anak mereka sendiri. Malah Rifqi turut tinggal bersama-sama keluarga Huzair setelah kematian bapanya yang telah banyak berjasa kepada keluarga Huzair. Dalam diam, Wildad dan Rifqi saling jatuh cinta namun terhalang kerana Huzair turut menyintai Wildad. Sikap Rifqi yang lebih mementingkan perasaan Huzair berbanding Wildad membuatkan Wildad sering berkecil hati. Namun, dalam diam hati lelakinya tetap merasa cemburu apabila melihat Huzair mesra bersama Wildad tetapi perasan itu hanya dipendam Rifqi demi menjaga persahabatan mereka. Delina (lakonan Nazeera Sardi) pula punya calon kekasih hatinya sendiri, Shakir (lakonan Asry Azizan), namun ibunya, Puan Karmila (lakonan Emelda Rosemila) menentang perhubungan mereka. Dia mahu Delina berkahwin dengan Huzair kerana mengimpikan syarikat milik Tuan Deraman.
Cinta Fatamorgana, Drama Cinta Fatamorgana, Slot Akasia, TV3, Sinopsis Cinta Fatamorgana, Drama Melayu, Drama Bersiri, Drama 27 Episod, OST Cinta Fatamorgana, Ending, Main Cast, Pelakon Drama Cinta Fatamorgana, Aeril Zafrel, Azar Azmi, Syazuwan Hassan, Shahz Jaszle, Nazeera Sardi, Norman Hakim, Faezah Elai, Rusdi Ramli, Emelda Rosmila, Dayana Roza, Asry Azizan, Mak Wan, Linda Rafar, Syuhaida Abraz (Dottie), Julia Farhana Marin, Poster Drama Cinta Fatamorgana, Kisah Cinta Tiga Segi, Love Story, 2018,


Suatu hari, keluarga Wildad ditimpa malang apabila mereka di buru Ahlong akibat hutang kakaknya, Wahidah (lakonan Faezah Elai). Apabila mengetahui masalah Wildad, Huzair meminta bantuan bapanya untuk menyelesaikan hutang Wildad. Wahidah juga turut diberi pekerjaan di syarikat mereka. Rifqi mengambil keputusan untuk menjarakkan diri apabila melihat Huzair dan Wildad semakin rapat. Wildad sebenarnya terluka dengan sikap Rifqi yang tidak ambil peduli tetapi dia juga tersepit dengan kebaikan Huzair yang telah banyak membantu keluarganya. Namun, Tuan Deraman pula tidak mahu Huzair berkawan rapat dengan Wildad kerana dia mahu menjodohkan Huzair dengan Delina, anak sahabat baiknya. Tanpa pengetahuan Huzair, Tuan Deraman membuat keputusan untuk menikahkan Rifqi dan Wildad ketika Huzair ke luar negara untuk menyambung pelajaran. Apa yang bakal berlaku seterusnya? Adakah Huzair dapat menerima orang yang dicintainya dirampas Rifqi sedangkan selama ini Wildad hanya mencintai Rifqi?.

Lagu Tema / OST Cinta Fatamorgana
 Fatamorgana Cinta nyanyian Asfan Shah

➔ Mengejar Rindu nyanyian Hyper Act
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,

3 ulasan:

  1. Salam rabu dari maznee kepada sis mulan. cinta manusia sementara saja macam fatamorgana. ilusi

    BalasPadam
  2. Best baca,seronok,terima kasih.
    Cinta hanya ilusi jika kita hanya bertepuk sebelah tangan....cinta hanya istilah....

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017