-->

14 Apr 2018

Sinopsis Drama Mr Grey (Astro)

Sinopsis Mr Grey, OST Mr Grey, Novel Mr Grey, Novelis Syamnuriezmil, Drama Mr Grey, Drama Adaptasi Novel, Drama Melayu, Drama Bersiri 14 Episod, Novel Online, Slot MegaDrama, Astro Ria, Baca Online Novel Mr Grey, Watak, Mr Grey, Nisa Ardina, Ilham Arsyad, Datin Musalma, Mr Red, Mr Grey Cast, Pelakon Drama Mr Grey, Fendy Bakry, Eyra Hazali, Shah Iskandar, Lisdawati, Gambir Saifullah, 2018,
Sinopsis Drama Mr Grey (Astro)

Rasanya masih belum sempat nak move on dari Drama Tak Ada Cinta Sepertimu, tup tup dah ada drama baru yang bertajuk Mr Grey yang sudah disiarkan di Astro Ria sejak 9 April 2018 yang lalu. Drama Mr Grey ini adalah adaptasi daripada Novel Mr. Grey karya novelis Syamnuriezmil dan drama ini mempunyai 14 episod. Pelakon Drama Mr Grey ini adalah Fendy Bakry, Eyra Hazali, Shah Iskandar, Gambit Saifullah, Lisdawati, Rahim Jalani, Mardiana Alwi, Scha Elinnea, Kayda, Nabil Aqil, Fauziah Ahmad Daud dan ramai lagi. Ini kali pertama aku melihat gandingan Fendy Bakry dan Eyra Hazali ini, rasanya Eyra Hazali ni muda lagi, baru 19 tahun kot tapi dah dapat jadi heroin drama gitu. Manakala Fendy Bakry pula sebelum ini memang terkenal dengan watak abang surau menerusi drama Kerna Syurga Bukan Percuma. Selain itu aku dah pernah tengok beberapa telemovie yang dilakonkan oleh Fendy Bakry ini seperti telemovie Kuntom bersama dengan Nora Danish serta telemovie Teksi Love bersama Mira Filzah. Berbalik pada drama Mr Grey ini, drama ini diarahkan oleh Riza Baharudin dan diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd. Apa pun aku suka dengan semua barisan pelakon drama Mr Grey ini, sebab semuanya best - best belaka. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye. 
Sinopsis Mr Grey, OST Mr Grey, Novel Mr Grey, Novelis Syamnuriezmil, Drama Mr Grey, Drama Adaptasi Novel, Drama Melayu, Drama Bersiri 14 Episod, Novel Online, Slot MegaDrama, Astro Ria, Baca Online Novel Mr Grey, Watak, Mr Grey, Nisa Ardina, Ilham Arsyad, Datin Musalma, Mr Red, Mr Grey Cast, Pelakon Drama Mr Grey, Fendy Bakry, Eyra Hazali, Shah Iskandar, Lisdawati, Gambir Saifullah, 2018,
Sinopsis Drama Mr Grey (Drama Adaptasi Novel)

Mengisahkan Mr.Grey (Malique Gregory Kamal) dan Nisa Ardina yang mengambil keputusan bernikah, tetapi melukakan hati dua insan, iaitu Datin Musalma yang menuduh Nisa menggoda anaknya demi harta dan Ilham Arsyad yang sudah sekian lama menyayangi Nisa. Ketika Nisa mengecapi kebahagiaan, Grey meninggalkan isterinya untuk kembali kepada ibunya yang sedari awal tidak sukakan Nisa. Apa yang bakal berlaku seterusnya? apa yang akan berlaku pada Nisa? Adakah Nisa akan menerima cinta Ilham Arsyad yang sudah lama mencintainya? Mungkinkah perpisahan ini membawa Ilham kembali kepada Nisa atau mungkin Grey menyedari kesilapannya dan kembali menuntut tempatnya dalam hati Nisa?

Lagu Tema / OST Mr Grey
➔Luar Biasa nyanyian Ismail Izzani

Baca Online Novel Mr Grey
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,

4 ulasan:

  1. Salam jumaat penghulu segala hari dari Ibu kepada sis Mulan.

    BalasPadam
  2. baru dapat tengok ulangan cerita ni tadi. best jugak kann hehehe

    BalasPadam
  3. Ramai orang suka tengok drama ni. Siqah tak tengok pun. Kena tengoklah nanti nie. Ramai review kata best drama ni.

    Nway, jemput join giveaway Siqah pula :)

    LETTER OF HAPPINESS GIVEAWAY BY BLOG SIQAHIQA

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu sis mulan

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017