-->

16 Apr 2018

Sinopsis Drama Mak Cun 4 (Dahlia TV3)

Mak Cun 4, Drama Mak Cun 4, Slot Dahlia, TV3, Drama Mak Cun Musim Keempat, Lawak, Komedi, Perniagaan, Drama Melayu, Drama Bersiri, Pelakon Drama Mak Cun 4, Eirma Fatima, Umie Aida, Dato' Rahim Razali, Balkisyh Semundur Khan, Aiman Tino, Jay Nazif, Nur Khadra Syamimi, Awie, Erra Fazira, Ziana Zain, Syuhaida Abraz, Zarina Zainuddin, Fazlina Dato Ahmad Daud, 2018,
Sinopsis Drama Mak Cun Musim Ke - 4 Slot Dahlia TV3

Drama Mak Cun kembali lagi untuk musim keempat dan kali ini drama Mak Cun disiarkan di Slot Dahlia TV3, bermula 7 April yang lalu, setiap Sabtu dan Ahad, jam 6.58 petang. Antara Pelakon Drama Mak Cun 4 ini adalah Eirma Fatima, Umie Aida, Dato' Rahim Razali, Balkisyh Semundur Khan, Aiman Tino, Jay Nazif, Nur Khadra Syamimi, Awie, Erra Fazira, Ziana Zain, Syuhaida Abraz, Zarina Zainuddin, Fazlina Dato Ahmad Daud dan ramai lagi. Wow barisan pelakon untuk Drama Mak Cun musim ke -4 ini best - best belaka, siap ada Awie, Erra Fazira, Ziana Zain, Aiman Tino dan lain - lain lagi. Drama Mak Cun 4 ini diarahkan oleh Izuan Mokhtar dan Amie Maziah serta diterbitkan oleh Rumah Karya Citra Sdn Bhd. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah okey.

Sinopsis Drama Mak Cun 4 Slot Dahlia TV3

Kali ini, Mak Cun (Erma Fatima) mengumpul usahawan kampung seperti Miss Olio (lakonan Erra Fazira) dan Rock (lakonan Awie) untuk menjadi geng Mak Cun. Dalam masa yang sama, Atin dan Atan, cucu Mak Cun yang berusia 7 tahun, mewarisi minat dalam perniagaan seperti Mak Cun. Atin bijak dalam Matematik manakala Atan mahir dalam Internet dan gajet. Perniagaan Mak Cun semakin viral dan maju dengan bantuan mereka. Mak Cun mula memikirkan cara untuk memajukan kedai jahitnya itu kepada butik dengan bantuan Normah. Mak Cun terdengar misi ke New York Fashion Week dan dia berusaha untuk melebarkan empayar perniagaannya ke sana. Apa yang bakal berlaku seterusnya? adakah cita - cita Mak Cun tersebut akan tercapai?.
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu,

5 ulasan:

  1. walau kekadang agak stress dengan penggunaan loghat utaqa dalam drama Mak Cun ni layan jugak sebab ada lawak dan santai..bila dengaq depa cakap rasa macam nak meroyan pun ada jugak hehe

    BalasPadam
  2. Suka dengan jalan cerita tapi tak brapa gemar, bukan loghat diorg tapi suara yg terjerit2.. hihi nenek, cucu dengan mak sama2 naik suara soprano..

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum & Selamat pagi. Ibu singgah blog walking. Semoga murah rezeki sis mulan hari ni.

    BalasPadam
  4. suka tgk mokcun. tp kadang2 rasa annoying jugak, haha

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017