-->

14 Nov 2018

Sinopsis Drama Isteri Bukan Untuk Disewa

Isteri Untuk Disewa, Drama Melayu, Drama 24 Episod, Drama Isteri Untuk Disewa, Drama Adaptasi Novel, Slot MegaDrama, Astro Ria, Novel Isteri Untuk Disewa, Karya Novelis Syamnuriezmil, 2018, Poster Drama Isteri Untuk Disewa, Cast, Pelakon Drama Isteri Untuk Disewa, Tiz Zaqyah, Fattah Amin, Halim Radzi, Zaki Azeman, Harris Annuar, Lia Natalia, Daniella Sya, Zul Helmy, Nynaa Harizal, Rashidah Jaafar, Kazar, Zaidi Omar, Dian P Ramlee, Hilal Azman, Arahan Osman Ali, Cinta, Sweet, OST Isteri Untuk Disewa,
Sinopsis Drama Isteri Bukan Untuk Disewa Slot MegaDrama Astro Ria

Drama Isteri Bukan Untuk Disewa adalah drama terbaru yang disiarkan di slot MegaDrama Astro Ria bagi menggantikan drama Cik Reen & Encik Ngok Ngek yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Isteri Untuk Disewa ini adalah Tiz Zaqyah, Fattah Amin, Halim Radzi, Zaki Azeman, Harris Annuar, Lia Natalia, Daniella Sya, Zul Helmy, Nynaa Harizal, Rashidah Jaafar, Kazar, Zaidi Omar, Dian P Ramlee, Hilal Azman dan ramai lagi. Drama Isteri Untuk Disewa ini adalah adaptasi daripada Novel Isteri Untuk Disewa karya novelis terkenal Syamnuriezmil. Selain itu drama ini sudah mula disiarkan sejak 5 November 2018 yang lalu dan mempunyai 24 episod. Pengarah drama ini adalah Osman Ali dan drama ini diterbitkan oleh Nuansa Sdn Bhd. 
Rasanya ini kali pertama Fattah Amin bergandingan dengan Tiz Zaqyah. Nampak menarik juga drama ini, apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye.


Nur Adreiana (Tiz Zaqyah) seorang gadis yang sukakan warna merah jambu dan minat kepada Remy Ishak. Nur menawarkan perkhidmatan menyewa dirinya yang tidak pernah dibuat orang lain. Ia dilakukan bagi menyara hidup sementara dirinya mendapat pekerjaan tetap. Noah Ryzal (Fattah Amin) pelanggan pertamanya ingin menyewa Nur menyamar menjadi isteri untuk sehari dengan bayaran lumayan. Tujuannya supaya Noah tidak perlu berkahwin dengan pilihan keluarga. 
Isteri Untuk Disewa, Drama Melayu, Drama 24 Episod, Drama Isteri Untuk Disewa, Drama Adaptasi Novel, Slot MegaDrama, Astro Ria, Novel Isteri Untuk Disewa, Karya Novelis Syamnuriezmil, 2018, Poster Drama Isteri Untuk Disewa, Cast, Pelakon Drama Isteri Untuk Disewa, Tiz Zaqyah, Fattah Amin, Halim Radzi, Zaki Azeman, Harris Annuar, Lia Natalia, Daniella Sya, Zul Helmy, Nynaa Harizal, Rashidah Jaafar, Kazar, Zaidi Omar, Dian P Ramlee, Hilal Azman, Arahan Osman Ali, Cinta, Sweet, OST Isteri Untuk Disewa,
Namun sewaan sehari menjadi dua minggu. Noah mula jatuh hati pada Nur. Lebih parah apabila empat lelaki yang menggunakan perkhidmataannya itu mula jatuh hati kepada Nur. Selain Noah, Putera Raiyan (Harris Annuar), CEO tempat Nur Bekerja, Imtiyaz Irdad (Zaki Azeman) kawan baik dari kecil, Suffi Naufal (Halim Radzi) muka seiras Remy Ishak turut manaruh hati pada Nur. Keempat mereka melamar Nur, siapakah yang bakal menjadi pilihan Nur?

Update! - Atas kontroversi yang berlaku disebabkan tajuk drama ini, akhirnya tajuknya ditukar sedikit dari Isteri Untuk Disewa kepada Isteri Bukan Untuk Disewa.

Lagu Tema / OST Isteri Untuk Disewa
➔ Isterimewa nyanyian Fattah Amin

My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,

5 ulasan:

  1. Suka tengok citer nih! lagipun dah lama tak tengok Tiz berlakon citer baharu

    BalasPadam
  2. Dari episod 1 sampai episod sekarang memang tak boleh ketingalan episod,sebab saya minat Fatah Amin yang belakon dalam cita ni..

    BalasPadam
  3. yaa..memang kontroversi. sebab tiz yang buat shu tunggu citer ni.

    BalasPadam
  4. sbb tiz zakiah membuatkan x boleh nak skip cite ni

    BalasPadam
  5. Sweet sgt Farrah dgn Tiz berlakon dlm drama ni sampai xsabar nak tunggu next episode.

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017